“Apa, kita kena pindah lagi?! Mama, lepas ni ke mana pula?” balas Ryaz setelah ibunya mengumumkan berita yang agak gempar buat dirinya ketika mereka anak beranak sedang berjemaah menjamah hidangan makan malam di ruang makan.
“Riz, mama terpaksa tukar. Kalau tak mama kena buang kerja. Lagi pun papa dapat tawaran kerja di sana,” ujar Puan Zaha dengan nada memujuk kepada anaknya. Encik Raif yang dari tadinya hanya diam membisu sambil matanya dipaksa bergilir-gilir melihat ke arah pinggan yang berisi makanan dan bertukar pula ke arah skrin besar berjenama Sony yang memancarkan siaran berita di hadapannya turut mula bersuara.
“Betul tu Riz. Kenapa, bunyi macam tak setuju je? ujar Encik Raif.
“Bukan tak setuju. Tapi mama, papa, kita kan baru tujuh bulan di sini, lepas tu terpaksa pindah lagi. Riz penat la macam ni. Lagi pun, Riz baru je nak berseronok-seronok dengan kawan-kawan baru di sini.Kalau boleh Riz tak nak ikut,” bantah Ryaz pula.
Raut wajah Puan Zaha dan Encik Raif berubah. Namun, perubahan yang ditunjukkan oleh Encik Raif hanya sekejap. Tidak sampai lima saat, matanya kembali ke arah LCD. Andaian tanpa soal selidiknya mengatakan bahawa kata-kata anaknya itu hanya gurauan semata-mata. Lain pula dengan Puan Zaha. Dia terkedu seribu bahasa. Acuh tak acuh mahu dibalas kata-kata anaknya itu, tetapi sudah terlambat. Ryaz telah pun bangun dari tempat duduknya. Seleranya berkurang. Makanan kegemaran yang terhidang tidak jadi untuk ditambah. Kebetulan pula nasi dalam pinggannya itu telah habis dilicinkan. Jadi ada alasan kukuh untuk dia terus beredar dari situ. Tanpa berlengah kakinya terus melangkah ke dapur untuk mencuci pinggannya itu dan terus naik ke tingkat atas.
Encik Raif dan Puan Zaha hanya melihat gerak- geri anaknya itu. Hendak dipanggil, mulut bagaikan sudah dilekat dengan gam berkuasa kuat, iaitu gam bercap Gajah. Hanya perubahan pada ekspressi wajah sahaja mampu dinampakkan dek kerenah pelik anaknya itu. Mereka pun terus menjamah makanan sambil membincangkan masalah anak mereka itu.
“Satu kuasa satu, campur dua kuasa dua, campur tiga kuasa tiga……”. Begitulah kata-kata yang akan diungkapkan dengan sekadar mengumat-ngamitkan mulut sahaja oleh Ryaz setiap kali menaiki tangga apabila tiap-tiap kali emosinya terganggu. Kemudian, setelah sampai pada anak tangga terakhir, dia akan menjumlahkan pengiraannya itu.
Ryaz Umar merupakan anak tunggal kesayangan Encik Syed Raif dan Puan Zaha. Dia sangat terkenal dengan kecekapan otaknya bermain dengan digit pelbagai angka di setiap sekolah yang ditujunya. Hal ini dibuktikan apabila Ryaz mampu mengira digit sama ada beroperasi tambah, tolak, darab, bahagi,mempunyai kuasa dua, kuasa tiga dan lain-lain walaupun digit itu mencecah sehingga lima enam angka. Ryaz juga dikenali sebagai peta bergerak kerana nama-nama negara di seluruh dunia diingatinya. Bukan sekadar itu, malah, ibu nagara, kedudukan negara tersebut, daerah-daerah kecil di setiap negara juga turut melekat di ingatan Ryaz. Semua orang di sekolahnya amat kagum dengan kehebatannya itu. Ada yang menggelarnya “Stephen Hawking Junior”, ada juga rakan berbangsa Cina dan India di sekolahnya membuat gelaran tidak masuk akal pada dirinya dengan mengatakan bahawa dia merupakan “anugerah tuhan dari langit” dan macam-macam lagi gelaran yang diberi oleh rakan-rakan kepadanya.
Kadangkala, Ryaz rimas mendengar kata-kata yang boleh membangkitkan perasaan ria’ dalam dirinya. Namun, Ryaz hanya mendengar sekadar “masuk telinga kanan keluar telinga kiri” sahaja segala perkataan pujian pada dirinya itu. Tidak ada satu pun yang terlepas masuk ke dalam hatinya. Semuanya hanya berlegar-legar di sekitar kawasan telinga sahaja.Hal ini membuatkan dia sangat digemari ramai. Ryaz yang sangat suka berkawan berasa seronok setiap kali barada di sekolah.
Namun keseronokan dan kegembiraannya itu sering kali dirampas oleh ibu bapanya yang sangat sibuk dengan pekerjaan bagaikan tiada ruang untuk memikirkan perasaan anaknya itu. Hal ini dapat dibuktikan apabila baru sahaja beberapa bulan atau kadang-kadang dalam tempoh setahun dua berada di kawasan baru, ibunya akan membuat suatu pengunguman penting dan meminta belas ihsan daripada anaknya: “Riz, dua minggu lagi, kita kena pindah ke……” Sekiranya mendapat bantahan Ryaz pula:“Riz, mama terpaksa, kalau tak mama kena buang kerja. Tolonglah Riz…”
Begitulah kata-kata yang sering keluar dari mulut Puan Zaha lebih kurang setiap dua tahun atau setahun semenjak tujuh lapan tahun yang lalu. Pada permulaannya, setiap kali Puan Zaha membuat pengumuman tergempar ini, Ryaz akan menguntum senyuman tanda setuju dengan ibunya itu. Maklumlah pertama kali ketika usia setahun jagung, berpindah-randah merupakan suatu perkara yang menyeronokkan kerana dapat bersiar-siar ataupun berulang-alik dalam kereta. Tetapi kali ini, buat pertama kalinya dia telah memulakan bantahan terhadap kedua ibu bapanya kerana hendak ke luar negara.
Jika selama ini Encik Raif dan puan Zaha hanya bertukar dalam negara sahaja, kali ini mereka akan ke luar negara- Jepun. Itulah yang membuatkan Ryaz membantah keras dan nekad dengan keputusannya itu. Walaupun sesetengah orang menganggap keputusan Ryaz amat ini pelik dan merugikan kerana peluang di depan mata untuk ke negara matahari terbit dan itu ditolak bulat-bulat, tetapi baginya lebih beruntung dan bahagia sekiranya masa di negara sendiri dihabiskan dengan menikmati serta merasai sepuas-puasnya budaya dan pantang larang negara sendiri. Pemikiran Ryaz ini juga boleh dikenali sebagai proses mengenali negara sendiri dengan lebih mendalam. Dia sedikit pun tidak berminat dengan negara luar walaupun dalam kotak ingatannya dipenuhi dengan beratus-ratus nama negara sedunia. Mungkin setelah puas berada di negara tempat tumpah darahnya, baharulah timbul keinginan untuk menjelajah dan menetap di luar negara pula.
****************
“Macam mana ni Bang, Riz tu memang dah nekad tak nak ikut kita. Saya dah pujuk banyak kali dah. Macam-macam umpan dah saya beri. Satu pun tak jalan. Dia memang dah nekad,”kata Puan Zaha kepada suaminya ketika mereka sedang berehat santai di ruang rehat yang dilengkapi dengan set “home theatre” itu.
“Masalah besar ni. Oh,ya. Baru saya teringat. Hari tu masa saya jumpa Chad, dia ada beritahu fasal sekolah khas untuk budak-budak macam anak kita ni. Dengar macam bagus sekolah tu,” ulas Encik Raif kepada isterinya.
“Oh,baguslah kalau dah macam tu. Kita serahkan pada dia sahajalah waktu kita tiada di sini nanti. Lagipun dia yang paling rapat dengan Riz tu. Nanti abang call lah dia untuk confirm kan,” pinta Puan Zaha.
Encik Raif hanya mengangguk dan terus menyambung bacaannya. Puan Zaha pada mulanya berat hati hendak membenarkan Ryaz tinggal di Malaysia. Namun setelah memikirkan keadaan anaknya yang bertekad tidak mahu mengikuti mereka tidak dapat dapat berbuat apa-apa dan hanya menerima keputusan anaknya itu. Encik Raif dan Puan Zaha jarang sekali meluangkan masa dengan anak tunggalnya itu. Tetapi Ryaz dapat menjaga dirinya dengan baik walaupun kekurangan tumpuan dan perhatian. Mungkin Ryaz memanfaatkan tumpuan yang diberi oleh ibu bapanya apabila dia dibawa bercuti ke tempat-tempat menarik terutamanya di luar negara . Lazimnya mereka akan bercuti seminggu atau dua minggu di sana.
Sedang asyik rancak berbual, Ryaz tiba-tiba terpacul di hadapan mereka dengan tangan yang memegang erat cawan berisi Ice Lemon tea. Dia turut serta dalam berbincangan ibu dan bapanya yang dari tadi tidak henti-henti bagaikan kereta api Bullet yang berkelajuan berkelajuan 300 km per jam.
“Ha, Riz, semalam papa ada call Uncle Chad. Kami bincang fasal Riz…..”ujar Encik Raif sambil diperhatikan Puan Zaha.
Belum sempat Encik Raif menghabiskan ayat-ayatnya,
“Papa call Uncle Chad? Oh, cakap fasal sekolah Riz kan?” Riz membuat celahan tidak berizin.
Hasil dan rezeki yang baik. Cubaan meneka tepat dan tidak memalukan diri. Encik Raif dan Puan Zaha tercengang. Sudah lebih daripada sekali adegan sebegini rupa berulang. Cubaan meneka yang dibuat oleh Ryaz sentiasa tepat dengan apa yang hendak diperkatakan. Encik Raif dan Puan Zaha pada mulanya menganggap fenomena ini merupakan perkara biasa, tetapi setelah berkali-kali cubaannya tepat pada sasaran, ianya bertukar melepasi tahap normal. Pelik. Boleh pula dia membaca fikiran atau gerak hati orang lain? Seperti pula Saidina Umar yang memberitahu Saidina Huzaifah tentang kehadiran musuh di belakangnya walaupun kedua-dua mereka berada di tempat yang jauh berbeza. Namun, disebabkan semangat inkuiri yang lemah terhadap perkara pelik ini, Encik Raif dan isterinya hanya mendiam dan mengiyakan sahaja.
“Ya, disebabkan Riz tak mahu ikut papa dengan mama, Riz terpaksa dipindahkan ke sekolah berasrama penuh. Uncle Chad yang cadangkan sekolah tu. Katanya bagus,” terang bapanya tanpa memberitahu bahawa sekolah yang dicadangkan itu merupakan sekolah khas.
Ryaz mengulum senyuman tanda setuju dan gembira kerana dia dibenarkan untuk tidak mengikuti ibu bapanya ke negara Nippon itu.
“Apa nama sekolah tu papa? Tempatnya di mana?” Tanya Ryaz rancak. Tidak sabar untuk mengetahui serba sedikit tentang sekolah yang bakal dimasukinya itu.
“Akademi Wawasan Diraja,di Subang Jaya,” celah Puan Zaha tiba-tiba.
Hari ini, genaplah waktu untuk Encik Raif dan Puan Zaha bertolak ke negara matahari terbit itu. “Flight” yang akan dinaiki akan bertolak pada jam 8.30 malam. Ini bererti mereka berdua perlu keluar dari rumah dua atau tiga jam lebih awal untuk menjalani prosedur-prosedur yang perlbagai termasuk dengan perjalanan menuju ke lapangan terbang. Pagi itu, mereka sibuk bersiap-siap mengemas barang-barang untuk pergi dan duduk di negara orang.
Setelah selesai, Puan Zaha membuat pesanan terakhir kepada anaknya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan hal di rumah. Dia memberitahu Ryaz bahawa kad kredit dan sejumlah wang tunai telah diletakkan di dalam laci almari di ruang tamu. Puan Zaha juga memberitahu anaknya itu bahawa wang bulanan akan dimasukkan ke dalam bank setiap bulan. Ryaz terdiam apabila ibunya memberitahu pelbagai tugasan yang perlu dibuat ketika ketiadaan mereka berdua.
“Esok pagi Uncle Chad datang. Riz tunggu dia. Nanti dia bawa Riz Pergi ke sekolah tu. Kalau Riz perlukan apa-apa, beritahu dia, ok?” pesan Puan Zaha lagi. Ryaz hanya menggangguk dengan raut wajah seperti kanak-kanak yang baru mendapat pelajaran baru dari cikgunya.
Teksi yang ditempah Encik Raif telah tiba untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ryaz keluar ke halaman luar rumah untuk mengucapkan selamat tinggal kapada kedua ibu bapanya. Setelah selesai anak beranak itu bersalaman dan berpelukan, kini tinggallah Ryaz seorang ditemani dengan dua buah kereta kepunyaan ibu bapanya- BMW 525i dan Ferrari Cayyenne S di halaman rumah itu. Sunyi.
Pada keesokan harinya, tepat jam 8.59 pagi, Uncle Chad tiba di rumah banglo yang tersergam indah itu. Ryaz sangat gembira kerana tahap kebosanannya semakin meningkat seolah-olah meningkatnya suhu air yang telah mendidih sehingga paras 100 darjah Celcius. Uncle Chad yang merupakan adik kepada Encik Raif sering berkunjung ke rumah mereka terutamanya pada hari minggu. Lebih-lebih lagi, faktor jarak antara rumah keluarga Encik Raif dengan rumahnya membuatkan dia kerap datang ke rumah abangnya itu. Dia yang juga masih bujang dan seorang pereka persendirian pelbagai bidang sangat akrab dengan anak buahnya ini. Disebabkan Uncle Chad bekerja secara persendirian, dia sentiasa kelihatan seperti penganggur kerana dia boleh bekerja bila-bila masa yang diinginkan tidak mengikut tepoh dan waktu tertentu.
Setelah selesai berborak-borak, bersantai di depan televisyen dan makan tengah hari, Uncle Chad membawa Ryaz ke sekolah yang dikatakan istimewa itu untuk didaftarmasukkan. Setelah mengisi borang butir peribadi, bakal pelajar hendaklah menunjukkan bakat atau kelebihan luar biasa tersendiri kepada pihak bertugas yang mengendalikan kemasukan pelajar baru di sekolah tersebut. Kemudian setelah selesai menunjuk atau menerangkan tentang kelebihan pada diri sendiri, bakal pelajar akan diuji untuk memastikan kesahihannya. Begitulah antara prosedur atau langkah-langkah untuk memasuki ke sekolah ini.
“Pelik. Takkan semudah ini untuk masuk ke sekolah khas ini,” bisik hati Ryaz sendirian.
Sekolah yang tidak mempunyai pembelajaran khas ini hanya menitikberatkan apa yang ada pada diri pelajar itu sendiri dan mementingkan pengalaman. Disebabkan setiap pelajar mempunyai kelebihan masing-masing, para pelajar akan dihimpunkan di dalam satu kelas yang sama walaupun kelebihan atau kecenderungan bidang yang mereka miliki berbeza-beza. Hal ini bertujuan untuk mengajar pelajar-pelajar tersebut cara berinteraksi dan bekerjasama sesama mereka supaya mereka dapat menguasai perkara-perkara lain di luar bidang mereka. Dengan cara ini, misi ataupun projek yang ingin dilaksanakan akan bertambah hebta dengan adanya gabungan idea daripada pelajar-pelajar hebat yang berlainan bidang. Namun ada beberapa hari yang diperuntukkan kepada para pelajar untuk masuk ke kelas yang hanya fokus pada kelebihan atau kecenderungan masing-masing. Dengan hal ini, bakat dan keistimewaan yang ada dapat diasah denag baik. Apa yang istimewanya di sini ialah sekolah ini dibina khas untuk pelajar yang beragama Islam sahaja.
Setelah selesai menjalani ujian dan proses penilaian oleh pihak sekolah yang bertugas, Ryaz diminta untuk tunggu beberapa minit sementara keputusannya dikeluarkan. Dia yang menunggu di luar bilik ujian dan temu duga sebentar tadi itu seolah-olah pesakit yang sedang menunggu namanya dipanggil untuk mengambil ubat ketika di klinik berdebar-debar menantikan keputusannya. Sambil menunggu, Ryaz berbual-bual dengan Uncle Chad mengisi kekosongan masa. Setelah 20 minit berlalu, akhirnya namanya dipanggil. Ryaz telah pun diterima masuk. Senyuman segaris menata di bibir Ryaz dan pak ciknya serentak. Lega sungguh hati Ryaz “bagaikan kacang direbus satu”. Terus, pada keesokan harinya, Uncle Chad membawa Ryaz ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan asrama.
***************
Apabila memandang ke arah kiri, kelihatan kelompok pelajar yang sedang bergelak ketawa. Ada di antara mereka sedang melukis gambaran anatomi badan manusia dengan selengkap-lengkapnya. Apa yang dikatakan lengkap ialah, lukisan yang dilukis itu menunjukkan organ-organ dalaman sekaligus tiada satu pun urat-urat pada tiap-tiap organ yang tidak dilukis. Subhanallah. Semuanya sempurna.
Apabila dipandang ke kanan pula, kelihatan seorang pelajar sedang melihat pada sebuah buku yang penuh dengan kotak-kotak di setiap muka suratnya.Pengelihatannya itu bagaikan hendak tembus buku yang berada di hadapannya itu. Ryaz terus memeharti gelagat pelajar itu. Kemudian pelajar itu memejamkan mata seolah-olah orang yang sedang bertafakkur dan terus mengisikan kotak-kotak itu dengan nombor-nombor sehingga penuh. Ryaz tercengang. Kemudian pelajar itu menutup bukunya tanda telah selesai. Mata Ryaz terus tertumpu pada kulit hadapan buku itu. Apa yang tertulis ialah “Fudoku”. Sekali lagi Ryaz tercengang. Fudoku ialah permainan dari Negara Jepun seperti Sudoku, cuma bezanya ialah bilangan kotak dan nombor yang perlu diisi itu lebih banyak daripada Sudoku.
Ryaz terasa keseorangan. Sehingga kini, dia masih tidak mempunyai rakan. Sekadar beberapa orang sahaja yang dianggap berhati perut kerana sudi untuk menegurnya. Itu pun boleh dibilang denagn jari.Ramai yang menggelarnya “Budak nerd”. Ada juga yang memanggilnya “Mat skema”.Jika hendak diikutkan hati, mahu sahaja Ryaz melayangkan penumbuk Lennox Lewis kepada mereka yang menggelarnya itu dengan gelaran sedemikian rupa. Namun kesabaran yang tertunas dalam hatinya sejak kecil lagi serta sikapnya yang tidak banyak bercakap menghalang perbuatan itu daripada berlaku.
Mungkin Ryaz yang sering memegang dan menelaah buku setiap kali di dalam kelas menyebabkan mereka menggelarnya sebegitu. Mungkin juga kerana kelebihan Ryaz tidak dapat ditunjukkan pada zahirnya menyebabkan orang lain tidak mempedulikannya. Mungkin juga dia yang boleh mengira tanpa kalkulator tidak dipandang orang kerana semuanya boleh dikira dengan menggunakan kalkulator.
Berbagai-bagai ragam pelik manusia dapat dilihat di sini. Kadang-kadang Ryaz seolah-olah tidak memahami apa sebenarnya yang diinginkan di sekolah ini. Ryaz yang suka berkawan dan amat memerlukan perhatian seorang rakan berasa sangat sedih. Dia sentiasa memikirkan tentang kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya. Walaupun dulu dia sentiasa dipuji dan dianggap hebat, namun kini tidak lagi. Oleh itu dia perlu ingat supaya “jangan sentiasa mengharapkan air sentiasa pasang”.
Sedang asyik Ryaz memerhati gelagat-gelagat penghuni di kelas itu, Cikgu Rifhan masuk ke kelas dengan raut wajah yang ceria. Setelah semua pelajar berdiri dan memberi salam kepada guru, CIkgu Rifhan pun memberitahu tentang kerja atau projek yang dilaksanakan. Menurutnya, dua minggu lagi sekolah akan mengadakan pertandingan mereka cipta betemakan “Teknologi”. Setiap orang mesti mempunyai pasangan masing-masing untuk menjalankan projek ini. Apabila diumumkan sahaja perkara ini, semua pelajar mula sibuk memilih pasangan masing-masing tanpa menghiraukan Ryaz.
“Oh ya, kelas ini mempunyai 38 orang. Tetapi setakat ini ada 37 orang sahaja kerana seperti yang anda semua telah sedia maklum, Izmer telah pun ke Makkah al-Mukarramah mengerjakan umrah. Tiga empat hari lagi dia akan balik,” kata cikgu Rifhan kepada para pelajar di dalam kelas tersebut.
“Izmer? Siapa dia? Diakah yang akan menjadi teman aku untuk buat projek ni? Harap-harap dia dapat ‘ngam` dengan aku,” bisik hati Ryaz seorang diri.
Hari demi hari berlalu. Kebanyakan pelajar telah pun mula berbincang tentang projek masing-masing. Ada yang telah pun mula melukis pelan dan “draft”.
“Tak boleh jadi ni. Takkan aku nak tunggu sampai mereka yang tegur aku. Kalau nak tunggu mereka, nampak gayanya kena tunggu sampai aku berjanggut kat sini. Baik aku yang tegur mereka dahulu,” bisik hati Ryaz yang kemudiannya beralih ke meja tepi kanannya.
“Emm, nak buat apa ni?” Tanya Ryaz secara sopan sambil tangannya menunjukkan kepada kertas yang terdapat di atas meja kepada dua orang pelajar yang tertera di tanda namanya Sulaiman dan Adam ketika Ryaz mengalami kebosanan di dalam kelas.
“Tak ada apa-apa…,” Jawab mereka serentak sambil cepat-cepat mereka menutup kertas yang tadinya digunakan untuk berbincang.
Ryaz tidak dilayan. Hendak ke meja hadapan, dia yakin bahawa dia akan turut dihalau juga. Apa salah dirinya? Mungkin mereka mempunyai tanggapan bahawa Ryaz tidak layak memasuki sekolah yang dikatakan hebat ini. Jadi mereka semua melayan Ryaz seperti orang yang terkena sumpahan halimunan. Dia kembali ke mejanya. Kedua-dua lengannya diletakkan di atas meja dan kemudia diletakkan kepalanya di atas kedua-dua lengan tersebut. Fikirannya mula melayang jauh. Lebih jauh daripada Planet Pluto di dalam sistem solar.
“Kan ‘best’ kalau orang-orang macam Al-Jazari, Abbas bin Hayyan atau al-Khawarizmi ada kat sini tolong aku buat kerja-kerja ni. Senang sikit. Manalah budak yang pergi umrah ni? Imer? Izmer? Mana-manalah. Tak balik-balik lagi ke?” sekali lagi Ryaz bermonolog.
Setiap kali Ryaz keseorangan memikirkan projek yang langsung tidak dimulakan walaupun sehabuk ini, dia pasti berangan-angan bahawa dia akan berjumpa tokoh-tokoh yang dikaguminya itu. Sehingga tibalah pada suatu hari Cikgu Rifhan masuk ke kelas dan bertanya tentang perkembangan projek tersebut. Semua pelajar telah pun siap lebih kurang satu pertiga daripada projek mereka. Namun apabila tiba gilirannya, dia hanya menggeleng kepala tanda tidak siap menunaikan amanahnya itu. Nasib menyebelahi Ryaz. Cikgu Rifhan tidak memarahinya. Tetapi hanya memberi amaran supaya kesalahannya ini tidak diulangi. Ryaz menarik nafas lega kerana dilepaskan kali ini.
Kali ini Ryaz betul-betul tertekan. Dia tidak dibantu dan dilayan. Perasaannya bagai tidak berguna. Tidak pernah dihargai oleh makhluk yang mempunyai perasaan sepertinya juga. Sekolah yang lebih percaya bahawa pelajar-pelajarnya boleh berdiri di atas kaki sendiri walaupun tidak dibantu dan diberi tunjuk ajar ini juga turut membuatkan dia tertekan kerana guru-guru jarang mempedulikan murid-murid. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada pelajar. Fikir hatinya, hendak sahaja dianjurkan “Kempen Guru Peduli Pelajar” di sekolah ini supaya semua guru lebih prihatin dengan pelajar.
Kemudian dia kembali termenung dan berangan. Hidupnya di sekolah ini seolah-olah dihabiskan dengan berangan-angan sahaja seperti Pak Pandir. Sekali lagi dia berangan-angan dapat bersama-sama dengan golongan hebat pandai. Kali ini anganannya bukan seperti anganan biasa. Ianya amat aneh dan pelik. Lebih menyeronokkan kerana dia seolah-olah dapat bersama-sama seorang bijak pandai melakukan suatu projek di sebuah makmal canggih. Seperti di alam realiti. Bukan ilusi lagi. Sepuluh minit telah berlalu. Tiba-tiba loceng berbunyi tanda tamatnya waktu kelas. Semua pelajar berbondong-bondong keluar ke kelas untuk menuju ke asrama. Begitu juga dengan Ryaz.
**************
Sedang asyik Ryaz menelaah buku berjudul Travelog Iran yang dihadiahkan oleh Uncle Chad kepadanya itu, tiba-tiba terdengar suara sayup-sayup dan tidak jelas seolah-olah sedang memberitahunya sesuatu.
[SISTEM PENYELAMAT POLIMER AKTIF]
Secara tidak langsung, Ryaz terus memandang ke kiri dan ke kanan kalau-kalau ada yang sedang cuba bercakap dengannya. Suaranya macam pernah didengarinya sebelum ini. Secara tidak langsung juga, dia sempat bertanya pada dirinya tentang suara tersebut. Kemudian dia membiarkan sahaja perkara tersebut berlalu kerana menganggap ianya khayalannya sahaja.
[SAYA, YANG BERSAMA-SAMA AWAK MEMBUAT PROJEK DI MAKMAL HARI TU. AWAK BOLEH PANGGIL SAYA ABANG, DAH LUPAKAH?]
Daripada sedang duduk membaca buku tersebut, dia terus bangun secara tiba-tiba. Terkejut dan terkesima. Tangannya memegang kepala secara menekan seolah-olah orang yang menghidap “migrane”. Dia mula tidak tentu arah sambil dirinya memikirkan tentang perkara tersebut. Takut, gementar, cemas, dan kaget.
*************
Hari ini hari minggu. Pagi tadi, Ryaz menerima panggilan daripada mama dan papanya, Puan Zaha dan Encik Ryaz. Mereka bertanyakan khabar anak kesayangannya itu. Ryaz sangat gembira.
Apa yang berlaku pada Ryaz ialah dia tidak pernah mengetahui tentang telepati. Dia juga tidak pernah mengetahui bahawa dirinya itu mempunyai kuasa telepati. Setelah Abang menerangkan segala-galanya kepadanya barulah dia faham tentang telepati tersebut. Hakikatnya sewaktu dia sedang berangan-angan itu merupakan permulaan kepadanya apabila hendak cuba berhubung dengan orang lain. Cuma Ryaz yang tidak mengerti ini tidak meyedarinya. Kelebihan yang ada ini tidak digunakan dan tidak diaplikasikan kerana selama ini Ryaz tidak keseorangan dan mempunyai ramai teman. Namun, apa yang terjadi sekarang ialah, Ryaz mengalami tahap kebosanan dan keseorangan yang maksima sehingga dapat memanggil-manggil orang lain pada ruangan lain pula. Perkara ini dirahsiakan buat sementara waktu sehingga Ryaz bersedia untuk memberitahunya sendiri.
Ryaz cuba menghubungi Abang dan ingin bertanya semula tentang Sistem Penyelamat Polimer Aktif yang pernah diutarakan oleh Abang tetapi persoalan Ryaz tidak dijawab. Dia tahu bahawa Pro….sengaja bersikap begitu kerana tidak mahu memberitahu bulat-bulat malah mahu Ryaz berusaha sendiri untuk mencipta alat tersebut.
[POLIMER, “SPRAY”, “SENSOR”]
Itu sahaja isyarat yang dapat Ryaz dengari daripada Abang.
Ryaz mengambil keputusan untuk memulakan projeknya tanpa menunggu rakannya yang seorang itu setelah dia membuat analisa dan bacaan tentang bahan-bahan yang diberitahu. Disebabkan dia baru sahaj hendak memulakan projek ini dan hari pertandingan hamper tiba, dia bersengkang mata membuat projek in. Apa yang cuba direka tentang Sistem Penyelamat Polimer Aktif yang ialah sebuah alat yang mudah dan ringkas berbentuk kotak yang dipenuhi dengan polimer. Alat ini sesuai dipasang di rumah, pejabat taupun kedai bagi mengelakkan kebakaran berlaku. Ianya hanya perlu dipasang di atas syiling yang bersambung padanya paip untuk mengalirkan air padanya. Terdapat padanya pengesan asap dan haba daripada api yang akan memberi isyarat supaya air daripada paip mengalir ke dalam alat tersebut dan masuk ke bahagian yang berisi polimer. Apabila polimer tersebut bercampur dengan air, ianya akan mengalami proses dihidrasi yang akan menjadikan saiz polimer itu membesar seribu kali ganda. Saiz yang terlalu besar akan menyebabkan polimer terus tertolak keluar daripada kotak menerusi “spray”. Polimer yang lembut dan sejuk itu akan memadamkan api yang baru sahaja mula menyala.
Kemudian pada hari yang sama polimer tersebut mula mengalami proses dehidrasi dan akan kembali ke bentuk asal seperti serbuk kristal. Selepas tiga atau empat hari, polimer yang masih mengalami proses dehidrasi tersebut akan terus mengecil dan boleh disapu dan akhirnya diletakkan semula di dalam alat tersebut.
********************
Hari pameran telah pun tiba. Kelihatan Uncle Chad datang untuk melihat kehebatan anak buahnya. Giliran Ryaz dan membuat pembentangan tentang alat yang diciptanya itu akan tiba selepas ini. Dia menunggu dengan sangat gementar. Setelah beberapa minit menunggu, tiba-tiba datang seorang pelajar terpacak di sebelahnya.
“Saya Izmer Qais. Saya difahamkan bahawa saya akan membuat projek ini bersama-sama awak. Betulkan? Saya minta maaf kerana lambat. “flight” saya baru sampai pukul malam semalam. Jadi apabila membaca surat tentang perkara ini, saya terus bergegas ke sini. Ada apa-apa yang boleh saya tolong pada saat akhir ini?” Ucap Izmer kepada Ryaz tanda serba salah.
“Emmm, apa yang boleh awak buat sekarang. Saya akan membuat pembentangan tentang projek saya ni lepas kumpulan tu,” jawab Ryaz sambil tangannya menunujuk kea rah kumpulan yang sedang membuat pembentangan.
“Oh, saya rasa, apa kata awak serahkan sahaja kepada saya pembentangan tu? Maksud saya, biar saya sahaja yang bentangkan kesemuanya. Awak hanya perlu memperkenalkan alat ini sahaja. Boleh?” Balas Izmer dengan nada yang bersemangat dan teruja hendak membantu rakan yang masih belum dikenali sepenuhnya itu.
“Tapi, awakkan baru je sampai sini. Awak takkan tahu apa yang saya buat ini. Lagipun masa tinggal lagi 20 minit sahaja. Macam mana saya nak terangkan pada awak semua benda dan istilah ni?” Tegas Ryaz tidak mahu menyerahkan pembentangan projeknya tersebut kepada orang yangtidak dikenali kebolehannya yang tiba-tiba datang untuk melakukan perkara yang tak masuk dek akal.
“Ok, sekarang awak ada salinan ‘draft` dan skrip yang telah dihantar pada pihak pengadil bukan? Jadi beri saya ‘draft` tersebut pada saya,” dengan pantasnya Izmer menjawab kerana masa sangat suntuk sengan kerenah Ryaz yang meragui kebolehannya itu. Ryaz tidak akan meragui kebolehannya itu jika dia memberitahu kepada Ryaz tenta kebolehannya itu. Namun masa yang tidak mengizinkan menghalangnya daripada berbuat demikian.
Ryaz yang masih terpinga-pinga mendengar apa yang diterangkan Izmer tidak sempat berbuat apa-apa kerana nama mereka telah pun dipanggil. Lantas, Izmer yang ternampak “draft” di atas meja yang diduduki Ryaz tadi terus mengambil, melihat dan menghafaznya. Sementara itu, Ryaz pula sibuk membuat persiapan terhadap alat ciptaannya itu. Apabila mengarahkan supaya mereka memulakan pembentangan, dengan muka yang tenang walaupun kepalanya berserabut dengan kehadiran Izmer tadi memulakan ucapan pembukaan.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya akan menerangkan apakah alat ciptaan saya dan bagaimana ia berfungsi………” belum sempat lagi Ryaz menghabiskan ayatnya, Izmer memintasnya dengan yakin.
“Alat ini selalu mudah dipasang kerana ia hanya di letakkan di atas syiling rumah ataupun pejabat. Ia tidak memerlukan elektrik untuk mengoperasikannya malah hanya paip air yang perlu disambungkan pada alat tersebut. Cuba kita lihat pada model dapur ini……..” Izmer membuatkan orang ramai terpegun apabila mendengar kata-katanya yang penuh dengan keyakinan itu. Apalagi Ryaz. Dia yang tadinya tidak mahu mempercayai Izmer terasa tercabar dan malu dengan perangainya tadi.
Izmer mendapat tepukan paling gemuruh kerana personalitinya yang meyakinkan dan penuh bersemangat berbanding kumpulan lain yang membuat pembentangan membosankan penonton. Izmer mempunyai keupayaan menangkap segala benda yang dilihatnya dengan cepat dan tangkas. Apa yang ditangkapnya memang tepat dan benar sekali. Apa yang digelar dalam Bahasa Inggeris “Photographic memory”. Sekali pandang, terus masuk, melekat dalam kepalanya. Apabila melakukan proses “output”, dia akan mengeluarkan semua maklumat dengan tepat tanpa ada kecacatan. Hal ini dan dibuktikan kerana dia telah pun menghafaz 30 juzuk daripada kitab suci al-Quran selama lima hari sahaja. Subhanallah! Semuanya kuasa Allah.
“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya, Ryaz Umar yang telah memerah otaknya sendirian mencipta alat ini sepenuhnya ketika saya mengerjakan ibadah umrah……,” tiba-tiba Izmer membuat penyataan yang menggemparkan kepada orang ramai sambil berdiri mendekati dan menepuk-nepuk bahu Ryaz. Ryaz terkesima bercampur terharu mendengar ucapan itu. Semua penonton berdiri memberi tepukan yang paling gemuruh buat kali kedua apabila mendengar pengakuan jujur dan ikhlas tersebut.
“Saya minta maaf sebab perkara tadi. Sekarang saya sedar yang saya tak patut nilai orang dari luaran sahaja. Sekarang saya sudah tahu tentang diri awak. Sekali lagi saya minta maaf. Kita kawan?” Ujar Ryaz sambil menghulurkan salam perkenalan setelah mereka selesai membuat pembentangan.
“It’s okay. Kita kawan,” sambut Izmer dengan segaris senyuman.
************
Kini di sekolah, semua orang segan dan kagum dengan kehebatan Ryaz apabila dia diumumkan sebagai juara dan ciptaannya itu akan diperkenalkan kepada pihak yang atasan untuk dimanfaatkan. Kini semua orang di sekolahnya itu berebut-rebut untuk bercakap dengannya. Guru-guru pula sudah mula menyayangi Ryaz. Dia sangat bersyukur dengan nikmat yang baharu sedikit dikurniakan Allah ini jika hendak dibandingkan dengan nikmat di Akhirat sana. Kini Ryaz dan Izmer seolah-olah isi dengan kuku. Tidak pernah berpisah. Dia tidak pernah merasai nimat berkawan seperti ini. Dia akan menghargai dan menjaga peluang keemasan ini dengan baik. Izmer Qais al-Hafiz yang mempunyai budi bahasa dan keluhuran budi, itulah kawan,rakan dan teman yang paling disayanginya.
Petang tadi, Ryaz telah mendapat panggilan daripada mama dan papanya yang mengatakan mereka akan bercuti dan pulang ke Malaysia selama beberapa minggu. Ryaz sangat seronok kerana dia amat merindui ibu dan bapanya itu. Memandangkan minggu ini cuti semester pertama, Ryaz mengajak Izmer untuk menetap di rumahnya.
******************
Di hadapan laut berombak yang memukul lembut Pantai Mauritus dan bulan yang mengambang terang, mereka-Encik Raif, Puan Zaha, Ryaz Umar ,dan Izmer Qais berkelah membuat BBQ sambil berbual-bual mesra dan bergelak ketawa.
“Izmer, kami ni memang kaki jalan sikit, nanti kalau kami ajak Izmer ikut kami jalan-jalan macam ni, janganlah malu pula. Lain kali kalau nak ikut bagi je tau kami. Boleh temankan Ryaz ni,” ujar Puan Zaha mesra kepada Izmer.
“ Betul tu. Nanti kalau Izmer tak nak ikut, papa bagi lesen kat Riz untuk heret juga Izmer ni ikut kita,” lawak Encik Raif kepada mereka semua sambil tangannya mengalih-alihkan ayam yang dibakar.
Sementara Puan Zaha dan Encik Raif membakar dan menyediakan BBQ tersebut, mereka berdua bermain-main air di tepi pantai sambil berborak-borak mesra.
“Riz, jom lah kita tolong mama dengan papa kau,” tiba-tiba Izmer mencelah ketika mereka sedang rancak berborak-borak lantas terus bangun menuju kepada Puan Zaha dan Encik Raif.
“Ha, nak bangunlah ni,” ujar Ryaz walaupun sebenarnya dia tidak mahu bangun lagi.Matanya menghadap terus ke arah bulan di hadapannya.
[TERIMA KASIH ABANG SUATU HARI NANTI,AKU PASTI AKAN BERTEMU DENGAN ABANG DAN JADI ANAK MURID ABANG]
“Riz, mari makan sayang!” Panggil Puan Zaha.
“Ok Ma!” Balas Ryaz sambil bangun berjalan ke arah keluarganya.
Sedang mereka menikmati hidangan istimewa tersebut, Encik Raif membuat pengunguman yang paling gempar daripada sebelum-sebelum ini. Encik Raif dan Puan Zaha akan memberi hadiah yang tidak terkira nilainya atas kemenangan anak mereka. Mereka akan mengorbankan pangkat tinggi dan darjat mereka di sana untuk kembali tinggal bersama-sama dengan anak mereka di Malaysia. Mereka percaya anak mereka boleh menjadi lebih hebat sekiranya mendapat sokongan yang padu daripada diri mereka sendiri.
TAMAT
CAHAYA?
Alunan syahdu bacaan ayat-ayat suci al-Quran sayup-sayup didengari. Mata Kamal dibuka dengan perlahan-perlahan seperti bayi yang baru pertama kali membuka dan menatap dunia. Satu firasat di lubuk hatinya menyatakan bahawa dia baru bangun dari tidur yang lama. Dia masih mendengar bacaan al-Quran yang dibaca dengan nada sedih.
“Aku tahu suara ini,” bisik hatinya. Lantas dia menoleh ke arah sumber suara itu dan mendapati ibunya sedang membaca surah Yasiin dengan air mata yang tidak boleh berhenti mengalir. Kamal kebingungan. Dia melihat kawasan sekelilingnya. Perasaan terkejut menyelubungi jiwa nya apabila mendapati dirinya terlantar di atas katil hospital. Satu impasan menerpanya. Ingatannya tentang apa yang telah berlaku datang kepadanya dengan sekelip mata.
“Hahahahaha! Kemenangan di tanganku!” jerit Kamal sambil memecut motornya dengan laju tanpa melihat kereta-kereta yang hampir melanggarnya. Matanya hanya dapat melihat duit dan perempuan yang akan diraihnya apabila menang perlumbaan ini. Bam! Darah mengalir seperti sungai. Kamal tidak dapat rasa kakinya mahupun tangannya. Kesakitan menguasai badannya. Matanya melihat segala perbuatan yang pernah dia lakukan. Seakan-akan seperti satu filem tentang hidupnya dimainkan dengan sepintas lalu di depan matanya. Matanya pejam. Perkara yang seterusnya dia ingat ialah dirinya terlantar di katil hospital. Dia menoleh ke arah ibunya.
“Sudah berapa lama adik di sini, mak?” Tanya Kamal. Ibunya yang berpakaian serba sederhana tidak terus menjawab. Dia amat terkejut sehingga tidak ada sehuruf pun keluar dari mulutnya. Alangkah gembira hatinya apabila melihat anaknya yang sudah sekian lama terlantar di hospital bangun secara tiba-tiba. Tanpa memberi apa-apa amaran. Kamal mula hilang sabar.
“Mak…Kamal tanya elok-elok ni..” Tiba-tiba pertanyaannya dipotong.
“Mak, Kak Tipah, Angah, Nizam! Cepat masuk! Adik sudah bangun!” Jerit ibunya tanpa menghiraukan pertanyaan anaknya. Dalam sekelip mata empat manusia telah memasuki blik itu. Nenek Kamal, Makcik Fatimah, Pakcik Husyen, dan sepupunya, Nizam terpaku tanpa mengata apa-apa. Mereka kelihatan seperti baru melihat orang yang mati hidup balik.
“Adik...ini memang adik kan?” tanya Fatimah sambil menunding jari ke arah anak saudaranya. Kamal hanya mengangguk.
“Dah berapa lama adik terlantar di sini?”
“Lapan bulan, dik” jawab ibunya, Junaidah. Mata Kamal terbeliak. Mulut terlopong besar. Ibunya Nampak dengan jelas sekali riak muka anaknya yang seperti tidak percaya kata-kata yang keluar dari mulutnya. Lantas Kamal bangun dengan tergesa-gesa seperti mahu mengejar emas yang berjalan di depan matanya.
“Aduh!” badan Kamal menjunjung lantai. “Kenapa ni!?!? Tak mungkin sudah koma lapan bulan kakiku masih sakit!?” keluhnya. Kaum kerabatnya yang ada di situ terus mengangkatnya dan ibunya seraya berkata, “Sabar dik, doktor cakap lagi dua minggu baru adik boleh keluar.”
“Kenapa begitu? Sudah empat bulan adik buang masa di sini. Adik tidak boleh sabar lagi!” Ibunya tunduk dan bermonolog dalam hatinya ‘Adik masih tidak berubah…..dia masih tidak bersyukur seperti biasa’. Melihat keadaan makciknya yang hampir mengalirkan air mata, Nizam meniggikan suaranya.
“Kenapa dengan kau ni!? Hampir mati pun tak insaf-insaf lagi! Kau tak sedar ke bahawa ini adalah azab Allah kerana kau melanggar perintahnya!? Solat entah ke mana, bergaul bebas, rempit pulak tu!” Hati Kamal panas membara darahnya seperti air yang mendidih
“Kau siapa nak nak tegur-tegur aku! Hidup aku, hidup aku la! Kubur aku, kubur aku la! Lagipun aku mana main rempit-rempit, pamdai-pandai sahaja fitnah aku!!” Ayat yang dilemparkan kepada Nizam merupakan ayat yang sama Ustaz Yahya cakap.
“Jika kita tegur orang dengan cara yang salah, mereka tidak akan menghiraukan teguran kita, malah ada sesetengah golongan yang akan memarahi kita balik dengan ayat-ayat yang biasa didengari seperti ‘hidup aku, aku punya pasal la’ dan ‘kubur aku, kubur aku. Kubur kau kubur kau. Kau risau tentang kubur kau sendiri la.’”
“Sudah kamu berdua!” sampuk Pak Cik Yahya. “Tak habis-habis gaduh. Kamal, kamu masih sakit lagi, pergi rehat.”
Ingatan Nizam mati. Sejurus mendengar sampukan ayahnya, dia keluar dari wad itu. Kamal pula baring semula atas katil. Dia melelapkan matanya.
***
Tap, tap, tap. Pintu wadnya diketuk.
“Masuk” kata Kamal dengan nada biasa. Empat manusia masuk. Kamal terkejut melihat tetamu-tetamu yang memang rapat dengannya muncul di depan matanya.
“Assalamualaikum,” sapa salah seorang daripadanya.
“Eh, Daus, Man, Wan, Tam. Apa cerita kau sekarang?”
“Assalamualaikum,” kata Aman sekali lagi.
“Hahahahaha…kau memang pandai buat lawak la…” jawab Kamal sambil ketawa. Perasaan keliru jelas terpancar pada wajah mereka.
“Kenapa kau ketawa dan tak jawab salam Man? Jawab salam wajib bukan?” kata Rostam.
“Mentang-mentang aku sakit lagi kau semua nak mempermainkan aku pula. Sejak bila kau tau wajib, halal, dan haram?? Sebelum ini tak pernah bagi salam pun.”
Mereka berempat memandang sesama sendiri. Kamal merasakan bahawa sesuatu telah berlaku. Tetapi dia tidak menghiraukannya. Mereka berbual lama seperti kawan yang baru berjumpa setelah bertahun-tahun terpisah. Gelak ketawa mewarnai wad yang sebelum ini hitam putih. Kamal mula memasuki topik yang digemarinya, yakni lumba haram. Berang membakar hatinya kerana dia telah meninggalkan perbuatan yang ‘membunuh diri’ itu lebih empat bulan.
“Apa cerita geng kita sekarang? Banyak menang tak? Kalaulah kereta sial itu tidak melanggarku, aku tak akan ketinggalan empat bulan perlumbaan.” Soalannya tidak dijawab dengan cepat. Sunyi menguasai wad itu buat beberapa saat.
“Apa yang kau maksudkan?” tanya Firdaus mengerutkan mukanya.
“Tentang ‘racing’ la. Berapa banyak kiti menang selama aku koma?” kata Kamal. Kawan-kawannya berbisik sesame sendiri. Kini Kamal yakin bahawa sesuatu memang telah berlaku, dan ‘sesuatu’ itu tidak akan menguntungkannya sama sekali.
“Jawab la!” hati Kamal naik berang.
“Benginilah..” mula Wan.
“Kami sudah meninggalkan perbuatan bahaya dan tidak berfaedah itu…” katanya dengan tenang. Tetapi kata-katanya dipotong sepantas kilat oleh Kamal.
“Ha!? Apa!? Telinga aku ni masuk habuk ke? Aku rasa aku dengar kau cakap kau dah berhenti ‘racing’. Hahahaha…ulang semula. Percakapan kau tak beberapa jelas.”
“Ya, memang, ker..” tutur kata Wan dipotong sekali lagi.
“Apa kena dengan kau semua!? Buang tabiat? Kau semua tahu kan rempit merupakan hidup kita. Takkan empat bulan aku pergi kau semua dah lupa prinsip kita!?” Jerit Kamal. Empat kawannya tidak mengeluarkan sepatah pun. Mereka sudah sangka inilah respons yang akan dilemparkan kepada mereka.
“Kau semua sudah lupa ke jasa aku? Berempit dan menang dalam ‘racing’ telah membawa durian runtuh kepada kita. Beratus-ratus kita dapat seminggu. Perempuan pun beratur untuk kita. Semua ini adalah hasil usahaku. Akulah yang membawa kau semua kepada nikmat hidup yang sebenar!” Sambung Kamal dengan nada yang tinggi.
“Astaghfirullah. Kau tak lihat ke keadaan diri kau sekarang? Sebab rempitlah kau terlantar di sini,” kata Rostam tanpa menghiraukan tohmahan yang akan diterimanya.
“Alhamdulillah kau masih bernafas sekarang. Ini bermakna Allah masih saying akan kau dan memberi peluang kedua kepeda kau supaya kau boleh sedar akan kesilapan-kesilapan kau…” sambung Firdaus.
“Sudah! Aku tak nak dengar ceramah dari kau,” balas Kamal. Tiba-tiba pintu terbuka. Mereka semua menoleh ke arah pintu yang bergerak secara tiba-tiba itu. Ibu dan nenek Kamal masuk.
“Oh, kamu semua kawan Kamal ya? Maaflahlah jika makcik mengganggu pertemuan ni. Maklumlah, sudah empat bulan tak berborak,” sapa Junaidah.
“Tidak mengapa cik, kami pun baru habis bergelak ketawa. Lagipun kami sudah lewat menghadiri usrah ni. Kami minta diri dulu ya, cik,” kata Aman dengan wajah manis.
‘Usrah? Apa yang man merapu ni?’ bisik hati Kamal.
“Kami pergi dulu Mal, kami tunggu kau minggu depan di kolej,” Aman menoleh ke arah Kamal.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Kali ini Kamal menjawab salam mereka tanpa banyak soal. Mereka berempat pun beredar.
***
Kamal mejejak kakinya ke universiti yang sudah lapan bulan lebih dia tinggalkan. Dia sedar bahawa dia sudah ketinggalan jauh dalam matapelajarannya dan perlu menjadi dua kali ganda leih rajin daripada rakan-rakannya. Dia sedar akan semua ini.
‘Aku mesti menang racing lusa tak kira apa cara sekali pun. Aku mesti naikkan semula namaku yang sudah lapan bulan hilang. Perempuan-perempuan mesti sudah lama kebulur untuk melihat aku beraksi, hahahaha,’ inilah yang dibisik hatinya. Pelajaran hanya mampu meronta-ronta mencari tempat di hatinya.
Ramai pelajar dan tenaga pengajar kolej sangat terkejut dengan kehadirannya. Berita tentang kesembuhannya tidak sampai ke telinga mereka. Tetapi perkara yang paling mengejutkan ialah Kamal masih tidak insaf meskipun hampir dijemput maut.
***
Sayup-sayup terdengar alunan bacaan kitab suci al-Quran. Dengan mata yang separuh terbuka Kamal melihat jam di dinding bilik. Matanya terkejut apabila melihat jarum jam menunjukkan pukul empat suku pagi.
‘Kenapa Aman baca al-Quran pagi-pagi buta lagi ni,’ keluh hatinya. ‘Tak faham ke aku baru balik berlumba pukul dua tadi, hei.’ Dia pun bangun dan pergi ke bilik Aman. Dia mendapati Aman sedang khusyuk membaca al-Quran di atas katil manakala Firdaus sedang solat. Tiba-tiba keinginannya untuk meminta Aman berhenti membaca hilang. Dia tidak tahu apa puncanya. Kamal terserempak dengan Rostam di luar bilik.
“Mana Wan?”
“Dalam bilik, tengah solat Tahajjud,” jawab Rostam ringkas.
“Oh,” balas Kamal. Keadaan tiba-tiba sunyi. Masa seakan-akan berhenti bergerak. Kamal mengambil nafas.
“Apa yang sebenarnya berlaku selama aku tiada? Kenapa tiba-tiba sahaja kau semua insaf?” perasaan ingin tahu tiba-tiba menyelubungi dirinya.
“Dua minggu lepas kau koma, ada pelajar lelaki baru datang. Mukanya suci. Di tangannya sentiasa ada buku. Dialah yang telah berdakwah kepada kami..tak, kami dan ramai lagi yang lain sedikit demi sedikit. Tetapi reaksi kami dan beberapa yang lain sama seperti reaksi kau semasa di hospital. Kami dan kebanyakan yang lain tidak menerimanya. Kadang-kadang kami menengking, mengutuk, dan memarahinya. Kami selalu menjauhkan diri daripadanya,” Rostam berhenti seketika.
“Tetapi dia tidak pernah memarahi kami. Dia terus menerus berdakwah kepada kami secara langsung dan tidak langsung tanpa kami sedari. Dia menunjukkan akhlaq yang mulia. Dia menegur dengan penuh berhemah dan kadang-kadang aku sendiri rasa yang dia dapat membaca dan memahami apa sebenarnya kehendak hatiku. Kemuncaknya apabila dia mengajak kami berempat pergi berkhelah semasa cuti semester selama beberapa hari. Dia memang tahu bahawa kami memang meminatinya. Dia membawa kami ke satu kampung. Penduduk kampung itu sangat ramah dan mempraktikkan banyak sunnah Rasulullah seperti solat malam macam yang aku dan yang lain tengah buat sekarang. Tetapi yang paling menyentuh hati kami ialah kesungguhan mereka untuk menuntut ilmu. Meskipun perlu mengayuh sampan untuk ke sekolah setiap hari, mereka tidak mengeluh. Penduduk kawasan itu tahu apa tujuan hidup mereka dan mementingkan masa depan mereka. Pada awalnya, kami hanya mengikut-ikut perbuatan mereka kerana malu dan supaya tidak menjadi janggal. Tapi lama-kelamaan kami dapat rasa nikmat dan ketenangan dalam semua ini. Penduduk di situ juga…..”
“Ha, ha…..ya, ya…..” sampuk Kamal sambil menguap. Dia hanya mendengar separuh sahaja cerita Rostam.
“Kau ni cerita panjang lebar, nama dia pun kau tak cakap lagi….” kata Kamal dengan nada mengantuk.
“Khalid bin Fateh,” jawab Rostam.
“Tetapi selepas kau ditimpa kemalangan teruk takkan kau masih nak ber….,” kata-kata Rostam dipotong lagi.
“Aku tak kisah kau semua nak beribadah banyak-banyak. Tapi jangan nak pandai-pandai cakap apa yang aku perlu dan tidak boleh buat. Hidup aku hidup. Hidup kau hidup kau. Habis cerita,” kata Kamal.
“Dah lah….aku nak tidur ni…” sambungnya dan masuk bilik.
Rostam terpaku di situ. Tidak mengeluarkan sepatah pun. Hatinya berbisik dengan nada kecewa. ‘Aku tak sebaik Khalid’.
Seminggu berlalu.
“Assalamualaikum,” sapa seorang pemuda.
“Waalaikumussalam,” jawab Kamal dan menoleh kea rah sumber suara itu. Dilihatnya seorang remaja yang berpalaian bersih dan memegang buku.
‘Ni mesti budak Khalid tu. Nak dakwah kepada aku la ni,’ desus hatinya.
“Kau tak perlu nak nasihat atau dakwah aku. Aku tahu bagaimana nak uruskan hidup sendiri,” Kamal berkata dengan nada sinis.
“Eh? Ana nak belanja kau pun salah ke?” jawab Khalid dengan tenang. Senyuman manis terukir di wajahnya. Kamal tidak menolak pelawaan Daie’ itu. Mereka berborak panjang. Tetapi apabila Kamil menyentuh sedikit tentang agama Kamal berasa tidak tenang. Dia teus beredar tanpa mengata apa-apa. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan bagi Khalid. Dia sedar mencelikkan mata seseorang ke arah kebenaran agama Allah bukanlah perkara yang senang dan mengambil masa yang lama. Semangat Jihadnya yang tinggi merupakan tulang belakang dakwahnya.
Khalid tidak bergerak sendirian dalam dakwahnya. Dia mempunyai rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai cinta yang mendalam terhadap Islam dan mahu melihat Islam berdiri dengan utuh dan gemilang di muka bumi ini.
Khalid tidak pernah jemu membawa Kamal ke arah cahaya Iman. Meskipun usahanya seakan-akan tidak membuahkan hasil. Setiap kali Khalid cuba untuk menarik Kamal ke arah kebenaran, dia dikutuk dan ditengking. Ada kalanya Kamal hampir menumbuk muka Khalid tetapi dihalang oleh orang ramai.
“Dah berapa kali aku cakap, aku tak perlukan nasihat-nasihat kau! Kalau nak berceramah, masjid banyak. Tak perlu nak berceramah kepadaku! Aku sudah gembira dengan kehidupanku sekarang!” Kamal menjerit ke muka Khalid. Hati sahabat-sahabat Khalid panas melihat rakan seperjuangannya ditengking depan matanya. Tetapi Khalid tidak menunjukkan keinginan untuk membalas tohmahan yang diterimanya. Mukanya tenang. Perkara sebegini sudah sebati dengan hidupnya.
“Anta tak perlu lagi nak dakwah kepada Kamal lagi, hatinya sudah tertutup. Bukankah Allah berfirman bahawa Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum atau seseorang itu sehingga mereka sendiri mahu berubah?” kata salah seorang sahabatnya, Mahfuz.
“Memang betul. Tapi takkan kita nak guna firman Allah itu sebagai alasan untuk kita berhenti berdakwah??” Khalid menjawab soalan sahabatnya dengan tenang. Mahfuz menundukkan mukanya. Malu.
“Menjadi tanggungjawab kepada kita untuk membawa umat manusia ke arah cahaya kebenaran, yakni cahaya Islam. Sama ada orang yang didakwah itu terima atau tak bukan perkara untuk kita persoalkan. Kita hanya melaksanakan amanah yang diberikan Allah dan Allahlah yang member hidayat kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya,” sambung Khalid lagi. Muka Mahfuz sudah merah padam.
“Maafkan ana. Lupakan apa yang ana cakap tadi,” Mahfuz menjawab dengan nada malu.
“Tak apa. Tak perlulah kita mengungkit perkara ini pada masa hadapan.”
***
Kamal terjaga pada dua per tiga malam. Dia pun terus keluar dari biliknya.
‘Sudah lebih enam bulan mereka mengaji dan solat pada tengah-tengah malam,’ bisik hatinya sambil melihat empat rakan yang tinggal di apartment sewa yang sama sedang solat atau menbaca al-Quran. Dia semakin tertarik dengan amalan mereka. Dia sering terjaga apabila rakan-rakannya beribadah pada malam hari. Dia sudah tidak mengeluh lagi apabila amalan rakan-rakannya mengejutnya secara tidak sengaja. Tanpa disedarinya, hatinya semakin menerima perbuatan rakan-rakannya. Dia merasai satu suasana yang sungguh menenangkan apabila melihat kawan-kawannya beribadah dengan penuh khusyuk.
‘Apa yang sudah terjadi padaku ini? Apakah perasaan ini? Tak pernah aku rasa ketenangan sebegini dalam hidupku,’ soal hatinya yang runsing. Dia terus tidur semula.
“Kau nak apa lagi, ustaz?” jawab Kamal apabila Khalid menyapanya.
“Ana cuma nak minta kamu tolong aku dalam soalan ini,”
“Kau tak perlu nak berlakon lah, kau pun tahu kau lagi pandai daripada aku. Kau nak perli aku ke ni?” jawab Kamal. Tetapi nadanya tidak tinggi.
“Ana betul-betul tak tahu soalan ini..”
“Kalau tak tahu, carilah orang yang lebih pandai dari kau, bukan lebih bodoh.”
“Kalau begitu, jomlah pergi denganku jumpa Haziq, bolehlah kita sama-sama tahu jawapannya,” jawab Khalid.
“Ah, malaslah.”
“Peperiksaan akhir semester nak dekat dah….”
“Kau tak perlu kisah tentang aku. Aku dah belajar banyak,” balas Kamal. Egonya masih ada.
“Ana tahu merempit dan membuat maksiat tidak memberikan kenikmatan dan ketenangan yang sebenar. Ana tahu hatimu meronta-ronta mencari apa itu ketenangan dan kenikmatan hidup yang sebenar.”
“Apa yang kau merapu ni? Aku sudah berkata banyak kali…aku cukup gembira dengan hidupku sekarang. Kau tak perlu nak ubah aku.”
“Ibumu setiap hari mendoakan kejayaan kau. Cuba fikirkan perasaan ayahmu jika dia melihat keadaan kau sekarang. Kau tak nak banggakan mereka ke?” Khalid berkata-kata dengan suara lembut.
“Diam. Kau apa tau tentang hidupku!?!?!?” marah Kamal tiba-tiba. Dia pun terus beredar dari taman rekreaksi universiti.
‘Aku tak dapat ketenangan sebenar?? Apa yang dia maksudkan?? Aku cukup gembira dan tenang semasa merempit dan ditemani perempuan.’ Tiba-tiba dia berhenti. Hatinya bercakap lagi.
‘Sebab perempuan dan rempitlah duit aku dipukul dan duitku banyak dikikis. Sebab perbuatan-perbuatankulah aku berhutang banyak dengan ramai orang dan dikejar tiga geng,’ hatinya mula terbuka.
‘Adakah ketenangan sebenar yang dia maksudkan itu adalah……’ hatinya mula sedar.
Tanpa dijemput, datang satu suara yang berbisik di hatinya.
‘Apa yang budak itu tahu tentang hidup kau?? Budak tu cuba nak menghina ayah kau yang sudah tiada di bumi ini! Berani dia cakap ayah kau tidak pernah bangga dengan kau!?!?!? Dia tidak tahu penderitaan yang kau harus tempuhi seorang diri tanpa kasih saying dari seorang ayah!!’ Hatinya mengangguk kepada suara itu.
‘Takkan kau nak biar sahaja dia terlepas begitu sahaja!?!? Tunjukkan kelakianmu!!!’ Bisikan itu menguasai hatinya sekarang. Lantas dia terus pergi mencari Khalid untuk melepaskan geramnya. Dia pergi denagn hati yang dikuasai kemarahan.
Selepas puas mencari, akhirnya dia jumpa mangsanya berseorangan di dalam sebuah bilik. Dia terus membuka pintu bilik dengan kekerasan. Khalid tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Kamal mendapati Khalid sedang membaca al-Quran dengan suara yang sungguh merdu dan penuh penghayatan. Tanpa Kamal sedari, air mata mengalir membasahi pipinya.
‘Apa yang kau lakukan!?!?!? Adakah kau nak jadi lemah seperti empat kawan-kawan kau tu!?!? Bangun dan selesaikan dia!’ Tetapi suara itu tidak lagi dihindarnya.
“Su..surah apa yang kau baca tu?” kata Kamal tersekat-sekat.
“Surah Taha,” jawab Khalid ringkas.
“Apa maksud ayat-ayat yang kau baca tu?”
“Nah, bacalah,” Khalid menghulurkan al-Quran terjemahannya.
‘Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah; melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),’ hatinya membaca maksud ayat dua dan tiga surah itu. Air matanya merembes keluar. Dia telah merungkai persoalan hidupnya. Hatinya telah menggapai cahaya sebenar, cahaya Iman.
SAHABAT
Selama ini ku mencari-cari
teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci,
bersyukur kini padamu ilahi,
teman yang dicari telah ku temui …
Sedang aku asyik mendengar latihan nasyid dari penasyid sekolah di bilik latihan bersama dua orang sahabatku,siti dan mus.
Tiba-tiba siti bangun dan terus berlalu keluar dari bilik latihan sambil tunduk memandang lantai,mus juga mengikut langkah siti.
Pada permulaannya aku tidak kisah akan perilaku siti dan mus,akan tetapi,siti dan mus tidak masuk ke bilik latihan semula walaupun latihan nasyid hampir tamat.
Hati ku terdetik,“lamanya…apa yang diorang dua orang buat kat luar?”
Lalu,aku berjalan keluar dari bilik latihan untuk melihat kemana sahabatku telah pergi.
Aku terpaku apabila mendengar esakan seseorang dari luar bilik latihan.aku menoleh kekiri dan aku melihat siti sedang dipeluk oleh mus dengan eratnya.
Siti juga langsung tidak menoleh kearahku,
Aku berjaln kearah siti dengan perlahan dan penuh rasa hairan lantas aku bertanya kepada siti,
“siti,ayu ada buat salah ke dengan siti?”
Siti hanya membalas soalanku dengan menggelengkan kepalanya.
Aku menjadi semakin hairan.
“siti kenapa?,kenapa siti menangis?siti sedih ke?mus buat apa dengan siti?”bertalu-talu soalan yang aku ajukan kepada siti,aku sedar sudah seharian siti bermudi.
Siti masih tidak menjawab soalanku,sebaliknya hanya terus menggelengkan kepalanya.
Aku berkeputusan untuk membiarkan siti dan mus menyelesaikan apa yang berlaku walaupun hatiku tertanya-tanya,dan perasaan ingin tahu didalam diriku membuak-buak,aku tidak ingin membebankan siti atas apa yang telah terjadi kepadanya meskipun aku tidak mengetahui apa yang telah terjadi.
Dalam hatiku aku terus berdoa kepada Allah,
“ya Allah,tenangkanlah hati sahabatku ya Allah,kuatkanlah hati siti untuk menerima sebarang dugaan yang engkau berikan,amin..”
Berulang kali aku berdoa agar siti akan berhenti untuk mengalirkan air matanya.hatiku menjadi sedih apabila melihat sahabatku bersedih.
Tiba-tiba,
“yay!.latihan dah habis!”izzat menjerit dengan seronoknya,izzat merupakan salah seorang dari penasyid sekolah.
“eh?seronoknya.esok ada latihan lagi.”keseronokkan izzat telah dipotong guru nasyidnya,cikgu azie.
Oleh sebab latihan nasyid telah tamat,aku terus meninggalkan siti dan mus dan bergerak untuk pergi mengemas barang-barangku sebelum pulang ke rumah,tetapi didalam hatiku,aku masih terus berdoa kepada Allah agar siti diberikan ketenangan oleh-Nya.
Pada keesokan harinya,aku tiba ke sekolah seawal jam tujuh pagi lagi.aku terus memanjat anak-anak tangga untuk terus sampai ke kelasku yang berada ditingkat empat.siti tidak hadir kesekolah,aku tidak tahu apa sebabnya,lantas aku bertemu dengan mus dan bertanya,
“Mus,Siti kenapa?”
“ntah,tanyalah dia,sy tak tahu.”
“please Mus,Ayu merayu ni,kenapa dengan siti?”aku terus mendesak mus untuk menberitahuku mengapa siti tidak hadir ke sekolah.
Akhirnya,mus mengalah.mus memberitahuku bahawa siti bersedih kerana markah ujiannya tidak berapa elok.aku menerima jawapan tersebut dengan penuh rasa hairan,kerana siti tidak mungkin tidak hadir kesekolah hanya dengan menggunakan alasan markah ujiannya teruk,padahal,siti seorang murid yang cemerlang,pelbagai persoalan timbul didalamruang fikiranku,aku ingin terus mnyoal mus,tetapi aku membatalkan niatku kerana cikgu azie sudah tiba untuk mengajar subjek sejarah
Hatiku tidak tenteram sepanjang hari hanya kerana memikirkan tentang siti dan mus.lantas aku terus berdoa didalam hati
“ya Allah,aku mohon pada-Mu,berikanlah kekuatan kepada siti,bantulah siti,berikanlah petunjuk kepada siti,dan ringankanlah masalah yang melanda siti,amin…”
Sepanjang hari perhatianku terganggu,aku tidak menumpukan perhatian didalam kelas walau sedikitpun,aku hanya mengelamun sepanjang hari.
“ring…ring…”
“ring…ring..”
Lamunan ku terhenti sebaik sahaja mendengar loceng berbunyi menyatakan waktu rehat tengah hari telah bermula,
Aku tiada selera untuk makan,lalu aku terus bergerak ke surau untuk berwudhu’ dan menunggu masuk waktu solat fardhu zohor.azan dilaungkan oleh muezzin,setelah selesai,imam berdiri dan membetulkan saf.habis sahaja solat fardhu zohor,aku terus menyusun kesepuluh-sepuluh jariku dan berdoa kepada Allah,
“ya Allah,yang maha pemurah lagi penyayang,yang maha pengasih lagi maha mengasihani.aku mohon pada-Mu,ampunilah dosa hamba dan kedua ibu bapa hamba,ampunilah dosa sahabat-sahabat hamba.Ya Allah,berikanlah petunjuk kepada sahabat hamba,berikanlah bantuan kepada siti,hamba mohon ya Allah,berilah kekuatan kepada siti ya Allah,ringankanlah beban yang telah kau berikan kepada siti ya Allah,permudahkanlah kehidupan siti,amin ya rabbal alamin,”
Selesai berdoa,aku bersalaman dengan orang di sebelah kiri dan kanan ku.aku terus bangun untuk mendapatkan kasutku,dan kembali semula ke kelas,Alhamdulillah,hatiku menjadi sedikit tenang,aku berharap agar hati siti juga akan menjadi tenang.
Dalam hatiku,aku masih terus berdoa kepada Allah untuk mengekalkan ketenteraman di dalam hatiku dan di dalam hati siti.
“siti!!!”laungku apabila aku bertemu siti,
“hari ni siti datang!!yay!!”
“siti sihat tak???”bermacam-macam soalan yang terkeluar darimulutku.
“siti sihat la,semalam je siti sakit,pening sikit”
“kenapa?”
“dah rindu dekat siti ke?”siti bertanya sambil ketawa,aku gembira dengan perubahan siti,aku ingin siti terus gembira.lantas aku menjawab,
“tak lah,tak rindu langsung!!”aku ketawa dengan seronoknya apabila dapat mempermainkan siti semula,
aku memulakan topik dengan mengajak siti untuk tidur dirumahku,siti juga telah bersetuju untuk tidur dirumahku dengan tujuan untuk mengulangkaji pelajaran bagi mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang sudah semakin hampir.
Pada malam harinya,aku mengulagkaji dengan siti,sesudah mengulangkaji,secara tiba-tiba di pemikiranku terlintas untuk menanyakan kepada sitiapa yang sudah berlaku kepadanya dan apa yang menyebabkan air jernih itu menitis dipipinya.
“siti…ayu nak Tanya sikit boleh tak??”aku bertanya dengan penuh harapan untuk mendapat jawapan yang aku inginkan,siti hanya membalas dengan anggukan kepalanya keatas dan ke bawah tanda dia setuju untuk membenarkan kubertanya kepadanuya,
“tapi…siti kene janji la yang siti jawab.taw?”aku terus bertanya.
“em,tak boleh la,ikut la jugak pasal apa,”
“ok,ok,ayunak Tanya ni.”aku mula membuat reaksi nakal dengan memandang siti,
Siti tergelak melihatkumembulatkan mataku dan senyuman yang ku ukirkan sampai ke telinga.aku juga tidak tahu mengapa aku mengeluarkan reaksi sebegitu,
“ye…tanya je la…””kenapa dengan siti kelmarin?”
Siti tersenyap dan tunduk memandang lantai.setitik air menitis diatas tanganku,aku menjadi hairan,lalu aku mengangkat muka siti dengan menggunakan tangan ku,aku melihat berlinangan air mata menitis dari mata siti.
“siti,siti kenapa ni?”aku bertanya dengan nada suara yang lembut.siti hanya menggelengkan kepalanya.aku membiarkan siti menangis untukseketika,
“siti…kalau siti sedih,siti boleh cerita dekatayu,dekat musk e,siti bukan sorang-sorang,siti ada ramai kawan yang sokong siti”setelah lama aku emujuk siti,akhirnya siti bersuara juga,
“ayu tahu tak mai sakit?”siti bersuara dengan lembut.
Mai ialah anak kepada encik arahim dan puan srah,dia merupakan anak ke dua dari lapan beradik,juga merupakan salah seorang dai rakan sekelasku. Mai ialah seorang yang baik hati dan peramah,walaupun mai jarang bercakap denganku,aku tetap menganggap mai sebagai salah seorang kawan baikku.
Siti meneruskan ayatnya dengan penuh kepayahan sambil menitiskan air matanya yang suci dan jernih itu,
“ayu tahu tak mai sakit?!?!”siti mengulangi pertanyaannya dengan meninggikan sedikt suaranya,air matanya semakin laju membasahipipinya yang putih itu.
Aku terkejut dengan pertanyaan itu,
“kenapa dengan mai?”oleh sebab ingin tahu,aku memberanikan diriku untuk bertanya kepada siti.
“maid ah tak boleh hidup lama…”air mata siti semakin laju keluar membasahi pipinya,aku menjadi semakin hairan
Aku terkesima sebentar dengan jawapan yang diberikan siti.
“siti tipu la..siti jangan main-main dengan ayu…”aku tidak dapat menerima kata-kata siti.aku beranggapan siti hanya ingin bercanda.
“tak…siti tak tipu…mai sakit…mai ada barah otak,mai dapat hidup berapa bulan jelagi..”telaga air mata siti telah pecah membasahi pipi siti dengan pantasnya,aku terpaku,aku tidak tahu apa yang aku patut lakukan.
Malam itu aku tidak dapat tidur,aku hanya memikirkan kata-kata siti,siti telah melelapkan matanya setelah penat menangis.
Aku tertidur juga selepas itu,jam lima pagi,aku terjaga dari tidurku,aku berkeputusan untuk bertahajud pada pagi itu,selesai menunaikan solat tahajud,aku menunaikan solat hajat,didalam sujud terakhir ku aku memohon kepada Allah,
“ya Allah,aku mohonpadaMu ya Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.panjangkanlah umur sahabatku,panjangkanlah umur mai ya Allah,aku mohon,janganlah engkau tarik nikmat sahabat didalam hidupku ya Allah,aku masih belum bersedia ya Allah.Ya Allah,kau panjangkanlah umur mai,kau berilah kesempatan untuk mai terus hidup diatas dunia Mu ini dengan lebih lama ya Allah..aku mohon padaMU,”
Selesai berdoa didalam sujudku,aku bangun dari sujuddan duduk tahiyat akhir,
“assalamualaikumwarahmatullah”
Aku memberi salam tanda tamatnya solatku,
Selesai solat,aku terus berzikir.mataku melihat siti yang sedang nyenyak tidurdi sebelah katilku,aku tidak sampai hati untuk mengejut siti,aku tahu siti sudah beberapa hari tidak tidur,kerana matanya bengkak akibat menangis dan tidak tidur.
Aku juga sedih dengan khabar berita ini,tetapi Allah sudah mentakdirkan mai tidak dapat hidup lama.
Selepas mengatahui tentang penyakit mai,aku sering mencari maklumat didalam internet tentang cara-cara untuk merawat barah otak..akan tetapi,usaha ku hanya sia-sia ibarat menuang air ke daun keladi.mai sudah berada di peringkat ketiga,sel-sel barah didalam otak mai tidak dapat dibuang.doktor anya mampu melambatkan proses pembahagian sel-sel tersebut.
Hari-hariku menadi muram,aku takut matapelajaranku akan terganggu kerana memikirkan masalah ini,akan tetapi,fikiranku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran,aku menjadi risau,ini kerana tahun ini aku akan mengambil peperiksaan besar,iaitu peperiksaan spm.peperiksaan penentu buatku.
Kadang-kadang terlintas di fikiranku ‘kasihan mai,jika dia tidak sempat untuk mengambil spm,bagaimana?’aku terus menukar tajuk didalam fikiranku,aku tidak mahu memikirklan bahawa aku akan kehilangan seorang sahabat yang selama ini telah bersekolah denganku semenjak aku berada dalam darjah dua lagi.
Setiap kali aku teringat tentang mai,aku akan terus berdoa kepada Allah untuk memanjangkan umur mai,aku juga berdoa agar dosa-dosa mai akan diampunkan.
***************
“Alhamdulillah,”aku bersyukur kerana aku mendapat 11 A1 dalam semua matapelajran yang aku ambil,mai juga mendapatkeputusan yang sama sepertiku,
“alhamdulillah,akhirnya,aku berjaya,terima kasih ya Allah kerana memberi aku kesempatan untuk mengambil spm dan mendapat keputusan yang cemerlang,begitu juga dengan mai,ya Allah,terima kasih kerana kau telah memanjangkan umur mai”aku berdoa setelah selesai menunaikan solat fardhu maghrib,
Tiba-tiba
Kedengaran telefon bimbit ku berdering,terpampang nama siti di skrin telefon bimbit ku,aku mengangkat dengan senang hati dan menanyakan kepada siti tentang keputusan spm nya,aku menjadi hairan kerana aku mendengar tangisan
“siti!!kenapa ni?”aku terkejut kerana tangisan siti semakin kuat,
Aku terus bertanya,”siti….siti kenapa?keputusan siti tak bagus ke?” siti hanya diam seribu batu.aku meneruskan lagi bertanya,”siti…ayu ada buat apa-apa yangbuat siti sedih ke?”nada suara ku menjadi semakin mendatar kerana aku menjadi semakin hairan.
“mai..”siti hanya menyebut sepatah perkataan sahaja.
“kenapa dengan mai?”aku terus memotong ayat siti dengan pantas.
“mai dah tak ada…..”semakin kuat tangisan siti.
Aku terkejut sehingga tiada sepatah perkataan pun yang terkeluar dari mulutku.setelah beberapa ketika,air mataku mengalir dengan derasnya,
“siti tipu….”aku masih tidak dapat mempercayai berita yang disampaikan oleh siti.
“siti tipu ayu!siti tipu!ayu tak percaya!”
Aku menjadi semakin memberontak.aku tidak mahu mempercayai berita yang disampaikan siti.
“ok..ayu datang hospital sekarang kalau ayu tak percaya.”aku takut untuk menghadapi dugaan yang diberikan Allah,tetapi aku menguatkan diri aku untuk pergike hospital juga,ternyata siti memang benar,mai sudah meninggal dunia,mai sudah meningalkan aku,
Aku terus berlari mendapatkan mai
“mai!!,bangun mai!!mai!!”puas aku menjerit,mai tidak bangun juga.aku melihat ibu mai,puan sarah sudah bengkak matanya kerana menangis.lantas aku berlari memeluk puan sarah,siti juga menyusul,
PERJALANAN
“ Nah, ambil alamat ini, moga – moga ianya dapat membantu engkau mencari sebuah kehidupan yang baru” kata cikgu Ibrahim kepada Faez yang merupakan pelajarnya di Rumah Bakti Titian Cahaya sambil menghulurkan sepucuk surat yang bersaiz sederhana yang mempunyai alamat. Faez menerimanya sambil tersenyum sebagai tanda terima kasih. Cikgu Ibrahim pula hanya membalas senyuman tersebut dengan senyuman juga. Faez seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama cikgunya di rumah tersebut. Dia telah dihantar di rumah tersebut di dalam sebuah bakul dengan sepucuk surat.Cikgu Ibrahim lah yang telah mengajarnya tentang erti kehidupan. Terutama sekali, cikgunya mengajar dia supaya tidak menyalahkan ibubapanya sendiri oleh kerana perlakuan mereka. Kini Faez telah pun berumur 18 tahun dimana dia sudah dilepaskan oleh rumah tersebut mengikut peraturan.
Sambil berjalan ke motorsikal yang dihadiahkan oleh cikgunya, dengan perlahan serta cermat dia membuka surat yang baru didapatinya sebentar tadi.
“Aaa… iiii …..eee…. uuuu” Faez kelihatan susah sekali hendak membacanya.
“Aaahhhh, apa benda ni? Tulisannya dah la bersambung, ada kesan macam kena air pula” Faez berdialog dengan dirinya sendiri. “No. 34 Jalan Keramat 8/7, Taman Bukit Keramat, Kuala Lumpur” sambil duduk diatas motorsikal dia membaca alamat yang tertera di surat itu dan berkata di dalam hatinya itulah destinasinya. Dia pun terus menghidupkan enjin motorsikalnya lalu memulakan perjalanan hidupnya ke platform seterusnya yang telah ditentukan olenya. Deruman motorsikalnya yang melalui jalan raya telah memecahkan sunyi di waktu pagi dan ianya kedengaran semakin sayup dari Rumah Bakti yang terletak di Lembah Beringin dan rumah itu seakan – akan mengharapkan kepulangannya pada suatu hari nanti.
Setelah satu jam lima belas minit dia menunggang motorsikal, akhirnya dia terpaksa berhenti di sebuah gerai makan kerana karenah perutnya yang asyik berbunyi sejak 10 minit yang lalu. Dia terus meletakkan kenderaannya dengan berhati – hati di hadapan warung melayu yang dijumpainya. Dia terpaksa duduk bersama seorang lelaki yang tegap badannya kerana warung tersebut sesak dengan pelanggan yang dating dari pelbagai jenis bangsa yang himpit - menghimpit.
“Assalamua’laikum” Faez memberi salam. Dengan wajah yang agak pelik lelaki itu menjawab
“waa’laaikumussalam”. Kemudian Faez berkata “bolehkah saya duduk di sini ?”. “Oh, sudah tentulah boleh” balasnya mesra.
“Nama saya faez” dia memperkenalkan diri sejurus sahaja selepas dia memesan sepinggan nasi lemak berlauk ayam goreng bersama secawan teh tarik suam kurang manis.
“Nama saya Ayman……Ayman hafeez” balasnya. Apabila sampai sahaja pesanan Faez, Ayman bertanya “dari mana ni?, abang lihat kamu ni macam bukan orang sini je” .
“Oh, saya dari rumah anak yatim di Lembah Beringin, saya sedang mencari ibubapa kandung saya” Faez menjawab persoalan tersebut. “Oh, orang dari jauh rupanya, abang tinggal disini sahaja”. “Cik tahu tak di mana tempat ni” tanya faez sambil menghulurkan sampul surat yang berwarna putih. Setelah mendengar arah tuju daripada jejaka tegap tersbut dan selesai bersarapan pagi, Faez pun mengucapkan terima kasih yang dialunkan senyuman dan berjabat tangan dengan lelaki tersebut. Seterusnya dia menunggang motorsikalnya, menghidupkan enjin motorsikalnya dan teru bergerak menuju ke destinasinya.
Sesudah lima kilometer meter minyak motorsikalnya sudah pergi ke huruf ‘E’. Faez mula tergopoh – gapah mencari stesen minyak berdekatan. Akhirnya dia menjumpai stesen minyak petronas selepas beberapa minit, dia terus ke sana dan mengisi minyak. Sewaktu itu dia ternampak sebuah kereta berwarna hitam yang begitu mewah. Kereta tersebut biasanya digunakan oleh orang yang kaya sahaja Kemudian keluarlah seorang lelaki yang berkaca mata hitam, tinggi lampai orangnya dan mempunyai paras rupa yang agak kacak. Terdetik di dalam hatinya, kemungkinan orang itu ialah pelakon. Apabila lelaki tersebut berjalan di hadapan Faez,
“selamat sejahtera, adakah encik ni pelakon yang bernama Fadzeell”. Sewaktu di asrama dahulu Faez bersama rakan – rakannya sering juga mononton drama bersiri lakonan pelakon tersebut.
“ Ya, itulah saya” balasnya.
“saya memang minat dengan abang Fadzeel, abang ada tak berlakon dalam filem terbaru yang akan ditayangkan? ” soalan yang diajukan kepada Fadzeell.
“Oh, saya ada berlakon dalam filem yang akan mula ditayangkan di pawagam pada enam julai ini, iaitu filem ‘DIKEHENDAKI’ sebagai watak utama, kamu jangan lupa untuk menontonnya”.
“ Insya-Allah” faez berkata kembali. Setelah selesai mengisi minyak petrol dan sesudah bertanya khabar dengan seorang pelakon, dia terus ke surau di stesen minyak bagi menunaikan solat zohor. Faez pun meneruskan perjalanannya yang masih jauh kiranya.
Sampai sahaja di sebuah Bandar yang mempunyai penduduk yang agak ramai, dia pun meletakkan motorsikalnya dihadapan sebuah kedai buku. Dia kelihatan begitu letih sekali kerana telah menunggang lama. Faez pun masuk ke dalam kedai buku tersebut dengan niat dia hendak merehatkan dirinya dan mencuci matanya sambil melihat buku – buku yang dijual di situ. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kedai tersebut, dia terlihat satu susunan buku yang tinggi yang sangat kreatif dan rapi kemudian dia bermonolog sendiri “ wah hebat betul susunan ini, pasti isi di dalam buku ini menarik”. Kemudian Faez mengambil salah sebuah buku diantara susunan tersebut serta membeleknya.
“Hm… jualan buku terlaris di Malaysia, tajuknya pula ‘RANCANG HIDUP, RANCANG WANG bahagian 2’ , penulisnya ialah Abdul Hadie Haroon” Faez bercakap sendirian. Pada pendapatnya mungkin buku yang berwarna hijau dan bersaiz sederhana ini benar – benar bagus, tetapi dia tidaklah mempunyai wang sehingga RM 299.99 untuk membeli buku yang berharga tersebut kerana wang yang di bekalkan oleh cikgu Ibrahim hanyalah cukup – cukup untuk seminggu dua ini sahaja. Selepas itu, dia pergi ke bahagian komik pula. Disitu melihat sebuah komik yang menarik kerana tajuknya iaitu ‘Kembara’ dan komik itu merupakan karya kartunis yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Azrey. Banyak juga komik yang yang dibuat oleh kartunis tersebut yang telah dibaca oleh Faez. Contohnya seperti The Guild, Pahlawan Dunia, Seindah Sakura, In The End dan sebagainya. Kartunis tersebut juga telah memenangi anugerah cerita terbaik Asia dan lukisan terbaik Asia 2007 dan 2009.
Faez pun keluar dari kedai buku setelah menunaikan hajat di hati iaitu melihat – lihat buku yang menarik di dalamnya. Sewaktu dia memakai topi keledarnya berwarna hitam untuk keselamatan, datangnya seorang lelaki lalu berkata “ Assalamua”laikum abang, nama saya Afief, saya dari rumah anak – anak yatim di Selayang, tolonglah derma untuk tabung Rumah anak – anak yatim ini”.
Faez tanpa berfikir panjang, dia mengeluarkan sekeping wang kertas bernilai lima ringgit. Faez menghulurkannya dengan satu sulaman senyuman. Budak lelaki tersebut menerimanya dengan ungkapan terima kasih. Tidak lama kemudian kelibat budak tersebut tidaklah ternampak lagi. Kemudian Faez tidak mahu membuang masa kerana bak kata pepatah “masa itu emas”, dia terus menunggang motorsikal bagi mencari tempat untuk sembahyang asar kerana jam sudah pun tepat pada pukul 5.05 petang.
Dia menunaikan sembahyang asarnya di sebuah surau yang dijumpainya sebentar tadi. Itu pun selepas dia bertanya pada seorang peniaga melayu yang menjual jambu batu di tepi jalan. Benarlah kata pepatah orang dahulu kala “malu bertanya, sesat jalan”. Selepas itu, dia mula mencari – cari warung makan di tepi jalan, kerana pada pendapatnya warung seperti itu lebih murah berbanding dengan restoran – restoran lain. Malangnya gerai – gerai kecil seperti itu telah pun tutup kerana hari sudah lewat senja. Oleh kerana tiada pilihan faez pun pergi lah ke sebuah kedai makan yang bernama ‘Restoran Ezaldin’. Apabila duduk sahaja sudah pelayan yang datang untuk menulis pesanan.
“Berikan saya, nasi goreng satu bersama telur mata kerbau dan air jus tembikai secawan” kata Faez.. sementara menunggu pesanannya sampai, dia tercari – cari siapakah yang bernama Ezaldin. Selesai sahaja makan, faez pergi ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Faez tidaklah terkejut akan harganya mencecah sehingga sepuluh ringgit kerana Faez telah menduganya.
Semasa dia berjalan kaki ke motornya, dia memandang langit yang sudah mula keluar kemerah – merahannya seperti saga. Oleh kerana itu, dia pergi semula ke masjid yang baru sahaja dia datang pada petang tadi. Dia menunaikan solat maghrib secara berjemaah dengan penduduk di situ. Di asrama dahulu mereka juga sering solat bersama – sama. Ssudah solat, terdapat sedikt tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muazz Muin. Tazkirah tersebut mengenai menghormati orang tua. Habis sahaja tazkirah, mereka semua akan bangun untuk bersalaman sambil berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad. Dengan langkah yang kecil Faez pergi kepadaa Ustaz tersebut dan memberi salam “ assalamua’alaikum”.
“ Wa’alaikumussalam, anta bukan orang sini, anta datang dari mana “ jawab ustaz tersebut. Faez menceritakan semuanya kepada ustaz tersebut, serta dia meminta pendapat tentang kehidupannya sekarang.
“ Kita tidak boleh menganggap ini kesalahan sesiapa, anggaplah ini sebagai satu suratan takdir yang telah dibuat sebagai satu ujian untuk anta. Allah yang maha esa tidak akan sama sekali menduga seseorang itu dengan satu ujian yang tidak dapat dihadapi oleh hambanya tersebut” terang ustaz dengan wajah yang begitu ikhlas. Apabila Faez turut menganggu – angguk, Ustaz tersebut mengajaknya untuk menunaikan pula sembahyang fardhu isya’ bersama jemaah lain.
Dia berasa sungguh tenang dan tenteram apabila berada disamping Ustaz Muazz, tetapi dia perlu pergi dari situ bagi meneruskan perjalanannya ke destinasi sebenar. Dia berangkat dari situ pada tepat pukul 9.00 malam. Sewaktu Faez sedang menunggang motorsikalnya, bermacam – macam perkara yang tertayang di kotak fikirannya. Dia sering tertanya – tanya apakah dia masih jauh lagi dari destinasinya atau tidak.. Dia juga tertanya bagaimanakah kehidupannya selepas dia sampai ke destinasinya. Sedang fikiran faez melayang – layang entah ke mana, tiba – tiba sebuah kereta berwarna biru air laut meluncur secara melulu. Kereta tersebut dengan mengejut dan tidak sengaja telah melanggar bahagian belakang motorsikal faez, dia terus menjadi tidak menentu dan terhuyung – hayang lalu dia terjatuh dari dan tergolek ke tebing jalan raya. Motorsikalnya pula habis remuk akibat terseret dan menghempas ke dinding. Ianya merupakan sebuah kemalangan yang tidak diduga kedatangannya. Ianya datang seperti durian gugur dari pokoknya.
Dalam keadaan sedar dan tidak sedar, dia mendengar suara menjerit – jerit.
“Encik tidak apa – apa”. “ Ya Allah, jangan lah mati dahulu” suara itu masih berkumandang. Kemudian faez pengsan dan terus tidak sedarkan diri bersama darah berwarna ros merah mengalir di kepala dia. Lelaki tersebut terus gelisah tidak tentu arah. Dia menjadi serba salah. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menebus kembali kesalahannya dengan membawa Faez ke hospital yang berdekatan. Apabila tiba di sebuah hospital Ampang, dengan jururawat membawa Faez ke bilik kecemasan bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin. Setelah beberapa jam Faez dirawat, lelaki tersebut dibenarkan untuk melihat Faez. Faez pun telah sedar dari pengsannya.
“ Siapa encik?” tanya Faez.
“ Nama saya Sulaiemann, saya ingin meminta maaf kerana telah tidak sengaja melanggar awak. Saya jugalah yang telah membawa cik ke sini ”. Faez hanya mampu termenung sahaja akan kejadian baru sahaja berlaku. Dia memandang jam diniding di bilik tersebut sudah pun menunjukkan pukul dua tiga puluh minit pagi. Tiba – tiba kelihatan dua orang doktor masuk dan terus memberi salam.
“ Saya doktor Muadzz dan yang ini pula doktor Faizz” sambil menuding jari ke arah lelaki yang seorang lagi.
“ kecederaan awak tidak lah terlalu parah, hanya luka pada bahagian yang tidak memudaratkan dan ianya boleh pulih” kata doktor Faizz.
“ Cuma awak perlu berehat disini pada malam ini awak boleh beredar pada keesokan hari” kata doktor Muadzz. Sambil memandang Sulaiemann Faez bertanya “ motorsikal saya di mana?” .
“Oh ianya berada di bahu jalan di tempat berlaku kemalangan, jangan risau saya akan membayarnya dan menghantar awak esok hari” jawab Sulaiemann.
Pada keesokan harinya Sulaeimann datang dengan wajah yang tulus. Faez pun telah bersiap – siap untuk bertolak. Semasa mereka berjalan ke kereta tiada sepatah di lafazkan oleh masing – masing. “ Alamat nya apa?” tanya Sulaiemann sambil menghidupkan enjin keretanya. Faez memberi alamat tersebut yang dia sendiri tidak tahu benar atau pun tidak. Dengan tenang dan damai mereka memulakan perjalanan. Di dalam perjalanan tersebut mereka hanya mendengar celoteh seorang penyampai radio di sebuah stesen radio yang dipasang oleh Sulaiemann beberapa minit sebentar tadi. Mereka berhenti di sebuah untuk bersarapan. Mereka berdua menikmati nasi lemak berlauk ayam bersama teh tarik. Sewaktu makan mereka hanya bersembang sekejap sahaja. Setelah selesai bersarapan, mereka meneruskan perjalanan. Dalam kira – kira satu jam setengah, mereka sampai di hadapan rumah yang dicari oleh faez.
“ Assalamua’laikum” Faez memberi salam dengan penuh harapan. Tiba – tiba keluar seorang lelaki tua yang tidak berapa tinggi.
“ waalikumussalam, anak ni cari siapa?” tanya orang tua tersebut. “ Saya mencari Encik Khairul, dia ada di rumahkah?” tanya Faez. Belum lagi orang tua tersebut hendak menjawab, keluar seorang lelaki yang tinggi berpakaian kemeja dan tampak lebih muda dari lelaki tua sebentar tadi.
“ saya Khairul, ada apa?” kata lelaki tersebut.
“ hm….. saya Faez , saya dari Rumah Bakti Titian Cahaya di Lembah Beringin” terang Faez. “ kamu ni Faez, ya Allah, Faez anakku” dia terkejut lalu tangisan keluar dari matanya kerana perkara yang tidak pernah disangka berlaku. Faez terus masuk bersalaman dengan ayahnya dan terus memeluk ayahnya. Kali pertama dia melafazkan perkataan ‘ayah’ kepada manusia yang berhak memilikinya. Sulaiemann hanya memandangnya dari jauh. Di dalam hati Faez, dia berasa sungguh bersyukur ke atas perkara yang terjadi. Setelah bermacam – macam perkara berlaku, dan akhirnya dia menjumpai ayah kandungnya dan dia akan hidup dengan lebih bahagia.
Waja
“ Kring…..!!!! kring…..!!!! “, loceng dibunyikan.Semua anggota di berek tentera bersekutu Somalia kelihatan agak kelam kabut menyiapkan diri dan menyarungkan boot masing-masing,Ramlan mengejutkan 4 lagi rakannya yang sedang mamai,”Rizal! Amir! Aman! Safwan! bangun lekas! Sarjan Eversmann sudah bunyikan loceng! ” teriak Ramlan kepada rakannya yang sedang menggeliat selepas tidur. Ramlan dan 4 lagi rakannya bergegas menyarungkan boot masing-masing dan melengkapkan pakaian celoreng patten U.S.lantas bergerak ke bilik persiapan untuk bermandi.
Selesai bersiap,kesemua 200 anggota askar mula berkawad membuat barisan memanjang berhadapan Sarjan Eversmann. Kemudian,ketua platun keluar secara berkawad berjalan ke Sarjan untuk memberikan laporan harian.”Hoo-ah!” teriakan menandakan selesai memberikan laporan oleh ketua platun Liutenant Ruiz. Memang menjadi amalan kesemua anggota di berek ini menggunakan teriakan “Hoo-ah!” sebagai tanda setuju atau selesai.Selepas beberapa senaman pagi,kesemua anggota dilepaskan untuk sesi bersarapan dan aktiviti harian tentera. “Hey Ramlan,sedap juga sarapan pagi ini. Terasa semacam pula” kata Rizal kepada Ramlan.Pagi itu mereka disediakan sarapan dengan sandwich.
Jarum jam yang tergantung di dinding bahagian hadapan berek menunjukkan waktu sudah pukul 7.30 pagi.Kesemua anggota Rejimen Renjer Batalion-3 Bersekutu ke-75 ada yang sedang bermain bola keranjang, ada yang sedang memeriksa senjata mereka, ada juga yang kembali tidur.” Hey kamu,mana Safwan dan Ramlan?” Tanya Rizal kepada Amir yang sedang membelek cartridge raifal M16 nya. “Hurm,mereka berdua mungkin sedang membuat latihan menembak di belakang berek”, jawab Amir dengan mimik muka kurang pasti tetapi yakin dengan jawapannya.Termenung Rizal sejenak,Amir agak pelik dengan kelakuan Rizal tersebut.” Ehh,mengapa kau ni Rizal? Semacam saja aku lihat”, tanya Amir kepadanya.”Entahlah,tidak tahu mengapa harini aku rasa seperti terlalu rindukan isteri dan anakku di Malaysia.Agak peliklah,seperti aku tidak akan berjumpa dengan mereka lagi”,kata Rizal dengan muka seakan tenang tetapi hatinya berderau.”Ishh kau ni.Tak baik kata begitu.Biasalah,siapa tidak rindu akan keluarga yang ditinggalkan berjauhan.Tidakkah begitu?”,jawab Amir yang cuba menegah kata Rizal.Sedang mereka bersembang,Kapten Steele datang entah dari mana menegur kami dengan wajah ceria.Ramlan kembali mencari rakannya Safwan dan Ramlan.
Secara tiba-tiba,loceng berek berbunyi dengan nyaring buat kali kedua pada hari tersebut “ kring..!! kring..!!, Attention to all units,proceed to briefing room now! ”. Kesemua anggota terperanjat dengan pengumuman tersebut kerana kemungkinan ada misi yang akan dijalankan pada hari tersebut. Safwan sebagai ketua rejimen GGK di dalam battalion tersebut bergegas ke bilik briefing. Di dalam bilik itu,Jeneral Garrison menyampaikan taklimat,pada bahagian akhir taklimatnya, “ MH-60 Black Hawks and supported by A/MH-6 Little Birds will provide the air cover for this mission with miniguns and equipped with 2.75 TOW Rockets . We’ll be back in an hour. Mission launch code is “IRENE”
Jam berdetik menunjukkan waktu 10 pagi, kesemua ketua unit yang dipanggil tadi keluar. “ Hey kamu berempat mari lekas,hari ini ada misi akan dijalankan.Objektif misi ini adalah menangkap ketua pengganas militia Farrah Aidid ”,Safwan memberikan taklimat tentang misi pada hari itu kepada skuad nya tentang misi mengejut yang akan dijalankan.Farrah Aidid merupakan ketua puak pengganas militia yang telah banyak melakukan pembunuhan rakyat di Somalia.”Baiklah,Ramlan kau menjadi skuad penyokong dengan menggunakan Mesingan M249-SAW,Amir dan yang lain akan menggunakan senjata asal masing-masing.Aku mahu 10 minit lagi semua sudah siap dengan gear masing-masing.Hoo-ah! ”. Kemudian,mereka berlima ke surau sebentar menunaikan solat hajat memohon pertolongan.
Deruman enjin helikopter Black Hawk memenuhi ruang telinga kesemua 102 anggota yang sudah bersiap dengan gear masing-masing. Kapten Steele yang mengetuai kesemua anggota Rejimen Renjer Bersekutu ke-75 berdiri di gerbang hadapan berek,”Chalk Four! Move Out! “ ,arahan diberikan kepada kesemua anggota dengan callsign Chalk Four. Kesemua anggota mengambil tempat di helikopter dan humvee yang telah ditetapkan.” All units,green light!”,suara dari operator di berek memberikan kebenaran kesemua unit darat dan udara berlepas. Sarjan Durant yang memandu helicopter black hawk dengan callsign Super 61, menarik perlahan picu pelepas injap dan helikopter itu terapung di udara. Kelihatan juga 5 buah Humvee berjalan di dalam satu barisan keluar dari pintu pagar berek utama. Ketika perjalanan,Safwan memeriksa laras raifal M4A1 sambil Sarjan Eversmann memberikan kata semangat kepada semua anggota Chalk Four melalui saluran radio dua hala. Kelihatan black hawk Super 62 melintasi Super 61 dengan kelajuan separa laju.Ada dikalangan renjer U.S. yang memeriksa gear masing-masing dan Ramlan menolong Sarjan Twombly mengisi 200 butir peluru ke dalam cartridge.Kedengaran suara radio asyik berbunyi dari mula kami berlepas. “ All units ‘IRENE’! I Say again ‘IRENE’! ”,Kolonel Matthews di black hawk C2 iaitu heli pemerhati. Kolonel Matthews akan mengko-ordinatkan dan mengurus segala perjalanan setiap helikopter di dalam misi ini.
Sekitar 20 minit kemudian,kelihatan dari kawasan udara kami lalui kota neraka Somalia dan di atasnya berkepulan asap hitam menebal menutupi sebahagian besar pandangan ke kota tersebut akibat daripada pembakaran getah tayar. “Mengapa ada pembakaran getah tayar berlaku di bawah sana? ”,tanya Aman kepada Sarjan Ruiz. “ Oh,ianya merupakan signal kepada puak militia menandakan askar bersekutu datang berperang.”, jawabnya dengan loghat perancis yang kurang jelas konsonannya. Tidak lama kemudian,Sarjan Eversmann mengarahkan krew heli menjatuhkan tali,”Ropes! Now! ”. Tali dijatuhkan, kesemua anggota chalk four diturunkan ke tanah kota Somalia dengan menggunakan tali secara kombat di posisi helikopter Super masing-masing. Kesemuanya berjumlah 4 buah helikopter black hawk berpandukan koordinat yang telah diberi oleh Kolonel Matthews iaitu setiap satu akan menurunkan anggota chalk four di empat penjuru sebuah bangunan target secara kombat dan teratur.Dengan lafaz Bismillah dan kecekalan para Komando GGK, kelima-lima anggota GGK iaitu Aman,Ramlan,Rizal,Amir dan Safwan bergerak turun ke tanah menggunakan tali dengan selamat.
Sesampai kesemua anggota chalk four ke tanah, mereka dengan pantas dan mantap membuat defensive perimeter di setiap 4 penjuru bangunan target bagi memudahkan kolum anggota darat yang menaiki humvee memasuki kawasan target. Tembakan pertama dilepaskan oleh puak militia ke arah anggota chalk four dari heli Super 61 iaitu yang berada di bahagian kanan kawasan target. Walaupun ianya tersasar, tetapi sudah cukup mengejutkan semua anggota termasuklah lima anggota dari GGK. Ramlan dengan pantas berbaring kombat terus menghalakan mesingan M249-SAW ke arah puak militia yang berlari-lari anak mencari tempat perlindungan. Tembakan selari dilepaskan oleh Ramlan dan kelihatan seorang pihak musuh jatuh tersembam ke tanah akibat mengena peluru dari tembakan mesingan Ramlan.” I need two men cover this corner! ”. Mendengar arahan Sarjan Eversmann itu,Ramlan dan Amir dengan pantas menetapkan posisi seperti yang diarahkan.Kemudian,secara tiba-tiba tembakan bertubi-tubi dilepaskan oleh pihak musuh ke arah anggota chalk four di corner tersebut.Amir menarik picu raifal M16A2 nya melepaskan tembakan ke arah penembak 50.Caliber pihak musuh.
Kedengaran suara radio jaluran heli Super hingar-bingar kerana memberikan situasi masing-masing.”This is Super 61.Chalks on the ground, going into holding pattern ”,oleh Sarjan Durant.” This is 62. Delivered Chalks, going into cover pattern ”, oleh Sarjan Clifton. “Super 64, take up an overhead pattern to provide sniper cover ”.
Suasana kota Somalia di kawasan target betukar menjadi kawasan berterbangan peluru tidak henti-henti yang kadangkala melepasi hanya seinci dari kedudukan kepala anggota chalk four. Kapten Steele yang memimpin bersamanya 10 orang anggota berada di bahagian penjuru kiri target menghadapi kesusahan apabila terpaksa melawan tembakan dari pihak musuh yang terlalu ramai dan kadangkala melepaskan roket RPG atau Rocket Propelled Grenade ke arah mereka.”Safwan! secure perimeter ini dengan Aman! Rizal cover belakang kamu! Bergerak! ”, arahan diberikan oleh Kapten Steele dengan berbahasa melayu beberapa kerat. Sedang mereka bertiga mengambil kedudukan yang selamat,secara tiba-tiba tembakan meluru dilepaskan oleh pihak musuh bertubi-tubi ke arah mereka.Safwan dengan pantas menghalakan laras M4A1 Carbine Grenadier ke arah segerombolan pihak musuh yang sedang berlari ke arah mereka. Dengan lafaz bismillah,Safwan melepaskan tembakan ke arah pihak musuh secara tepat dan mengena sasaran. Aman juga melepaskan tembakan secara sebutir demi butir selari ke arah pihak musuh yang cuba menghendap curi di sebalik dinding batu. Sedang mereka sibuk melepaskan tembakan, kedengaran Sarjan Rizal meraung di belakang mereka,”aaarrrgghhhh..!! peluru musuh mengenaku di tangan!”,jerit Rizal kepada 2 orang rakannya. Peluru 50.Caliber musuh mengenai di bahagian lengan kiri Rizal, darah memancut keluar dari bahagian luka tersebut. “ Aman! Kau hubungi pihak medic bergegas ke sini sekarang! Aku akan cuba menutup bahagian luka ini buat sementara.Lekas!. ”,Safwan terpinga-pinga memberikan arahan supaya pasukan medik dikejar ke tempat perimeter mereka.
Di pangkalan, Jeneral Garrison memberikan arahan kepada kolum anggota darat yang diketuai oleh Colonel McKnight supaya bersedia memasuki kawasan target untuk menangkap tahanan yang dikehendaki pentagon. Panggilan request untuk anggota medic dihantar ke lokasi perimeter Kapten Steele sampai ke jaluran radio didengari Kolonel Matthews dari heli C2. Lantas satu unit medic di pangkalan diatur menggunakan heli black hawk dengan callsign Super 68 dan diarah menghantar unit medic ke lokasi berkenaan. Selepas lebih kurang setengah jam lamanya anggota chalk four berbalas tembakan dengan pihak musuh, barulah mereka dapat mengekalkan perimeter di sekitar empat penjuru bangunan target. Apabila keadaan di penjuru kanan target mulai reda, Ramlan memberikan pengesahan kepada Kapten Steele, “ Kapten Steele,corner di bahagian kanan target secured ”. Kemudian kesemua empat penjuru sudah dipastikan, kolum anggota darat diberikan kebenaran memasuki dan membuat breach attack terhadap bangunan target. Kesemua 5 humvee di letakkan di dalam posisi defensive untuk menghalang tembakan pihak musuh dari terus mengena ke arah anggota chalk four yang akan menyerbu bangunan target.
Sudah mulai sejam sejak mula misi Irene ini, Ramlan memandang ke sekitar melihat di setiap penjuru target yang sudah dikuasai anggota chalk four. Ramlan kadangkala terbias pandangannya dek mayat musuh yang bergelimpangan di kawasan target akibat ditembak. Secara tiba-tiba,kepala Ramlan seakan terhentak dan pandangannya mulai kabur dan dia seperti khayal tidak keruan.Kemudian,beliau mendengar jeritan Amir kepadanya tetapi dengan nada yang tidak jelas, entah mengapa begitu secara tiba-tiba.Akhirnya,Ramlan rebah tersembam ke tanah.Ramlan telah terkena tembakan musuh pada bahagian hadapan kepala yang hampir menghancurkan tulang di dahinya.Amir meraung dengan rasa geram,sambil Liutenant Ruiz membalas tembakan musuh yang menembak Ramlan.Setelah itu,Amir membuat laporan menerusi radio kepada C2, “ C2 ini Amir, status K.I.A. Ramlan ”.Mendengar laporan itu berkumandang di jaluran,semua anggota chalk four merasakan pemergian Ramlan sebagai seorang pejuang gagah berani.Safwan dan aggota GGK yang lain bersedih apabila mengetahui kematian Ramlan tetapi mereka tetap cekal dan menumpukan perhatian. Di pangkalan,Jeneral Garison terasa sedikit kecewa dengan kejadian itu,tetapi dia sudah lali dengan kejadian seperti itu.Kolonel McKnight mengarahkan Liutenant Ruiz supaya membuat defensive perimeter di hadapan bangunan target. Kemudian,Ruiz mengarahkan anggota di bawahnya bergerak menuju ke humvee untuk membuat defensive perimeter bagi kolum anggota darat yang sedang menguruskan penangkapan tahanan yang dikehendaki.Sedang Ruiz mengacu-acukan laras raifalnya ke bangunan berdekatan,tiba-tiba peluru musuh menembusi tepat di bahagian kanan dadanya lantas mengakhiri hayat hidupnya di situ juga. Amir terkejut dengan kejadian itu dengan segera beliau dan beberapa anggota lain menarik jasad Liutenant Ruiz ke tempat selamat.Kolonel McKnight menjerit meminta anggota chalk four lain menumpukan sepenuh perhatian agar tidak ada lagi kejadian seperti tadi. “ McKnight this is General,load the prisoners immediately and move out from the target or many men will be wounded ”, Jeneral Garison memberikan arahan kepada kolum anggota darat.
Safwan yang sedang melawan tembakan musuh berhenti menembak,dan beliau berfikir sejenak. Hatinya sudah rasa tidak keruan, kerana pada asalnya misi ini dijangkakan masa durasinya selama sejam sahaja tetapi apabila direnung pada hari tersebut sudah melebihi satu jam setengah misi ini berjalan. Sedang beliau mengelamun,Sarjan Eversmann menjerit kepada Safwan. “ Hey! Pertahankan perimeter ini! Jangan kau leka walau satu saat! ”,jerit sarjan itu kepadanya dengan sedikit pelat tetapi dengan penuh tegas dan cukup utntuk mengejutkan Safwan dari lamunannya.
Di dalam bilangan, sudah 2 orang anggota chalk four terkorban meninggalkan nama dan seorang anggota telah cedera dan dihantar pulang ke pangkalan menaiki heli iaitu Sarjan Rizal. Kesemua anggota sudah mulai lemah serba sedikit kerana pergerakan musuh yang lincah bersembunyi di sebalik kenderaan di tepi jalan dan di tepi sisi bangunan.Jam menunjukkan waktu pada pukul 2.00 tengah hari. Cuaca pada ketika itu terlalu ekstrem dengan matahari yang memancar liar bersama sinaran cahayanya dengan haba yang alakada panasnya namun cukup menyeksa. Amir kelihatan tenang menghalakan raifalnya ke arah liku-liku jalan. Namun dapat dilihat linangan air matanya mengalir membasahi pipinya hingga ke anak dagu dan terus air tersebut terlepas ke tanah membawa bersama kesedihan hati mengenangkan rakan seperjuangan yang terkorban barusan sahaja akibat berjuang dengan kecekalan hati yang tinggi. Ramlan amatlah rapat dengan Amir ketika hayatnya masih ada. Kerana Ramlanlah Amir memasuki skuad komando Gerup Gerak Khas ATM dengan jayanya.Ramlan sudah dianggap seperti abangnya sendiri. Namun,Amir tetap dengan perjuangannya dan beliau tidak akan jatuh di dalam lubuk kesedihan. Beliau jadikan kematian rakannya sebagai satu pencetus semangat.Berjuang!
Kolonel McKnight akhirnya Berjaya menawan kesemua tahanan yang dikehendaki.Apabila siap segala tahanan ditawan,McKnight memberikan laporan kepada C2 yang sedang melakukan pusingan orbit di sekitar kawasan udara target. Operator dari C2 membrikan lampu hijau kolum anggota darat untuk bergerak keluar dari kawasan target dan pulang ke pangkalan. Baru beberapa meter sahaja humvee tersebut beredar, secara tidak semena-mena peluru RPG menghentam badan kereta humvee lalu menyebabkan letupan yang kuat. Keadaan menjadi hingar binger dan kelam kabut seketika,semua anggota chalk four yang berada di sekeliling bangunan target lantas bergegas membuat defensive perimeter di sekeliling kenderaan humvee yang lain. Letupan tadi telah menyebabkan 5 orang anggota chalk four terkorban dan 2 orang tahanan terkorban.
Akhirnya, Kolonel McKnight membuat keputusan agar kesemua anggota kolum darat bergegas keluar pada waktu itu juga. Baki 4 humvee yang masih selamat bergerak keluar dari kawasan itu dan meninggalkan anggota chalk four kolum udara.Sarjan Eversmann membuat panggilan radio kepada Kapten Steele dan mengatakan bahawa mereka perlu beredar lekas ke kawasan exfiltration untuk anggota kolum udara. Kawasan heli akan mendarat untuk mengangkut kesemua anggota chalk four yang ada hanyalah jaraknya lebih kurang 7 blok bangunan dari bangunan target. Kapten Steele mengarahkan kesemua anggota chalk four bergerak secara perlahan dan dalam posisi defensive masing-masing bergerak ke kawasan exfiltration. Kelihatan Safwan mendahului pergerakan anggota yang lain bergerak secara kombat dan berhati-hati. Namun,pihak musuh menyedari pergerakan mereka dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah posisi anggota chalk four. Lantas semua anggota kelam kabut mencari tempat perlindungan. Sedang mereka membalas tembakan pihak musuh,raifal Amir kehabisan peluru. Amir dengan pantas reload raifalnya namun belum sempat beliau menarik picu senjata itu,peluru pihak musuh terlebih dahulu menembusi tepat di kepala Amir dan mengakhiri hayat hidupnya. Safwan tersedar lalu memanggil Sarjan Eversmann supaya membuat tembakan cover. Safwan memanggil beberapa anggota lain untuk meletakkan jasad Amir di tempat yang selamat.Sedikit mimic sedih pun tidak terlihat di wajah Safwan namun pada hakikatnya dia sedang bersabar menahan perasaannya.
Setelah beberapa ketika, anggota chalk four bergerak semula. Sekali lagi mereka berarak secara kombat melalui blok-blok bangunan terbiar. Amir dan Aman mengekori mereka dari belakang. Amir secara tibatiba tersungkur kerana peluru musuh terkena pada bahagian pergelangan kakinya. Ketika usaha Rizal ingin berdiri semula,usahanya itu gagal dan terus peluru kedua menusuk bahagian tengkuknya memutuskan salur darah utama. Darah memancut keluar dari luka tembakan itu, Aman cuba menahan bahagian atas luka untuk mengelakkan darah dari keluar. “ Medic ke sini sekarang! ”,jerit Aman kepada sebilangan anggota chalk four yang sedang bergerak tidak jauh di hadapannya.Belum sempat mereka mengubati luka tersebut,Rizal sudah tidak bernafas lagi dan matanya terbeliak dengan mimik muka seakan tersenyum.Mendengar kejadian ini, Safwan semakin tidak sedap hati.Beliau cuba lebih menumpukan perhatian apabila bergerak.Hanya tinggal 2 orang askar GGK yang masih hidup iaitu Safwan dan Aman. Ramlan dan Amir sudah terkorban dan Rizal dihantar pulang ke pangkalan kerana tercedera tadi. Hati Safwan semakin tidak keruan. Anggota chalk four lain juga semakin gelisah.
Kapten Steele membuat panggilan kepada C2 agar menghantar heli untuk exfiltration ke kawasan yang ditetapkan. Sedar tidak sedar mereka sudah berjalan melepasi 5 blok bangunan. Tidak lama kemudian,kesemua anggota chalk four yang masih hidup tiba ke kawasan exfiltration dengan selamat tetapi mereka terpaksa bersabar dan membuat perimeter di sekitar kawasan tersebut sambil menantikan heli yang akan mengangkut mereka pulang ke pangkalan. Secara tiba-tiba, sedang anggota chalk four membuat perimeter di kawasan sekitar, pihak musuh mara dari celah-celah bangunan dan mereka melepaskan tembakan. Anggota chalk four yang terakhir yang masih hidup ini berjuang mati-matian dengan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah musuh. Safwan dengan gagah beraninya mara ke hadapan dan melancarkan grenad melalui pelancar grenad pada raifal M16 nya.Aman juga dengan pantas mencapai grenad yang terlekat di baju kali pelurunya lantas menarik keluar picu keselamatan dan melontar bom tersebut. Usaha mereka berjaya melemahkan pihak musuh.Kapten Steele menjeritkan kata-kata semangat yang mampu diucapnya bagi menyemarakkan semangat berjuang di dalam diri anggota chalk four. Namun akhirnya,Kapten Steele terkorban dan Sarjan Eversmann juga turut terkorban akibat terkena tusukan peluru masing-masing di kepala.Kesemua anggota yang tinggal bersepakat menjadikan Sarjan Safwan sebagai kapten mereka bagi menggantikan Kapten Steele.
Dengan segala kudrat yang ada, Safwan mengarahkan anggotanya membuat defensive perimeter dan melemahkan pihak musuh dengan menggunakan bom tangan. Akhirnya setelah beberapa lama bertarung di medan perang kota Somalia,heli yang dinanti-nanti tiba. Krew dari heli melepaskan tembakan ke arah musuh menggunakan minigun sebagai cover apabila anggota chalk four menaiki heli tersebut. Selepas heli tersebut mencecah bumi, Safwan mengarahkan semua anggotanya menaiki heli sambil dia dan Aman jaga dari belakang. Beberapa ketika kemudian,kesemua anggota chalk four yang terakhir masih hidup selamat dihantar pulang ke pangkalan. Semua yang terselamat mengalami pelbagai luka teruk di anggota badan merek akibat terkenan peluru hantu pihak musuh.Walaupun mereka Berjaya menangkap tahanan yang dikehendaki,misi ini tetap dikatakan gagal kerana terlalu ramai anggota yang terkorban.
Semua anggota chalk four yang terkorban ketika bertempur di kota Somalia ada yang jasad mereka sempat dibawa pulang,dan ada yang tidak dapat diselamatkan jasadnya. Anggota GGK yang terkorban diberikan penghormatan yang tinggi oleh kesemua Rejimen Renjer Batalion-3 Bersekutu ke-75 dan jasa mereka dikenang sebagai pejuang gagah berani yang tidak kenal erti mati dan sentiasa berkhidmat menabur bakti untuk keamanan.Kesemua anggota yang terkorban diberikan penghormatan terakhir pada keesokan hari misi Irene dijalankan.Sarjan Safwan dinaikkan pangkat secara rasmi kepada Kapten dan diberikan pingat ‘Gagah Perkasa Berani ‘ oleh Agung Malaysia rentetan dari perjuangannya yang mantap ketikak misi tersebut. Aman diberikan pingat ‘Wira Perkasa’. Rizal pula kembali pulih dari sakitnya selepas dua minggu terlantar di atas katil. Kesemua mereka menunjukkan sifat kepahlawanan yang tinggi bagi menabur bakti menjalankan amanah negara.