BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH.
“ You are my fire
The one desire
Believe when I say
I want it that way”
Arghhhh, nada dering telefon bimbitku menyanyi-nyanyi. Lagu "I Want It That Way" nyanyian kumpulan Backstreet Boys mengganggu tidur nyenyakku. Aku pun terjaga. Ah, siapa pula yang menelefon pagi ni?? Aku pun menggosok-gosok mata dan mengambil cermin mata di atas meja solekku. Aku lihat skrin telefon bimbitku.
012-2948998.
Natasha
The one desire
Believe when I say
I want it that way”
Arghhhh, nada dering telefon bimbitku menyanyi-nyanyi. Lagu "I Want It That Way" nyanyian kumpulan Backstreet Boys mengganggu tidur nyenyakku. Aku pun terjaga. Ah, siapa pula yang menelefon pagi ni?? Aku pun menggosok-gosok mata dan mengambil cermin mata di atas meja solekku. Aku lihat skrin telefon bimbitku.
012-2948998.
Natasha
“Natasha??,” hatiku berdetik. Aku pun jawab.
“ Hai Karina!” ujarnya dengan ceria.
“ Nat, kenapa call pagi-pagi? I tidur lagi la”. balasku dengan nada yang agak malas.
“Ala, I nak ajak you pergi shopping.” ujarnya lagi.
“ Shopping lagi? Yang semalam kita pergi Bukit Bintang sampai malam tu apa?? I penat lagi la,” balasku.
“ Please sayang, you are my shopping partner right? So, please get up from your bed. I’ll pick you up another 1 hour,” Natasha memujukku.
“ Okey, Nat. You owe me this me ok!” balasku.
“ Bye, Arin! ” katanya sebelum perbualan kami dihentikan.
*****
Aku pun mengambil tuala dan berjalan ke tandas. Aku mengisi bath tubku sehingga penuh dan menyalakan lilin di sekitarnya. Mungkin ini agak melampau, namun inilah cara mandiku setiap pagi. Maklumlah, keluarga orang kaya. Mummy sudah mengajarku sejak aku kecil lagi. Kemudian, aku mengambil majalah Vogue iaitu majalah fesyen untuk mengetahui trend-trend terkini. Aku hampir terlupa sudah lama aku tidak membeli pakaian baru. Aku mengambil masa kira-kira 20 minit setiap kali aku mandi. Rambut ikal mayangku sudah dishampoo, dan berbau harum. Aku suka akan bau rambutku.
Wangi.
Aku pun memilih baju untuk dipakai.
Hmmm, nak pakai baju apa ya??
Akhirnya, aku memilih tshirt pink dan memakainya dengan jeans yang Mummy belikan pada bulan lepas.
‘ Cantik juga aku hari ni,’ bisik hatiku.
Aku memanggil Mak Jah, iaitu pembantu rumahku.
“Mak Jah, tolong Karina sekejap,” panggilku.
“Ya, Karina. Mak Jah tengah jalan la ni,” balas Mak Jah.
“Mak Jah, tolong keringkan rambut Karina menggunakan pengering rambut itu
sebab Karina dah lambat. Muka Arin pun belum Arin makeup. Boleh tak Mak Jah??” aku berkata.
“Boleh la Arin, Mak Jah kan sayang Arin. Arin pun Mak Jah anggap macam anak kandung sendiri,” balas Mak Jah.
“ Arin sayang Mak Jah,”ucapku sambil memeluk badan Mak Jah yang agak gempal itu.
Ting Tong. Bunyi loceng kedengaran. Itu pasti Natasha. Aku pasti. Mak Jah pun turun untuk membuka pintu. Beberapa minit kemudian, Natasha menerpa masuk bilikku dan memelukku dari belakang. Natasha Hanum merupakan sahabat karibku sejak aku kecil lagi. Kini, kami sudah berusia 22 tahun. Sudah 15 tahun aku bersahabat dengannya. Aku sayang akan Nat. Natasha merupakan anak dara Datuk Suhaib dan isterinya, Datin Juraifa. Keluargaku merupakan business partner dengan keluarga Datuk Suhaib. Keakraban Natasha dengan aku “ bagaikan isi dengan kuku ” kerana Natashalah yang berada di sisiku tatkala musibah, kesedihan dan kegembiraan datang melawatku. Dialah orang yang mampu menggembirakan aku serta menyemarakkan semula semangatku.
“Arin, lambat lagi ka??” tanya Nat.
“Lagi 5 minit kalau Nat tolong cantikkan rambut Arin,” jawabku dengan manja.
“Ok, Nat tolong,” Nat menjawab sambil tersengih.
“Kamsamida Nat, aku membalasnya sambil berkata dalam Bahasa Korea.
*****
Nat pun menghidupkan enjin kereta Beetlenya yang berwarna kuning itu. Aku suka kereta Beetle Nat. Sungguh cantik dan bergaya. Aku pun masuk ke dalam kereta Nat, dan menekan punat ON yang tertera di radio kereta tersebut. Kami pun mendengar FlyFm sambil menyanyikan lagu-lagu yang ke udara.
*****
Selepas 20 minit begerak dari rumahku yang terletak di Hartamas, kami pun sampai di KLCC. Nat meletakkan keretanya di Aras 2. Sebelum kami keluar dari kereta, kami membetulkan make up dan memakai lip gloss. Kami berdua saling memuji akan kecantikan masing-masing.
Nat terus ke Padini kerana dia mahu membeli sepasang jeans baru kerana jeans kesayangannya sudah terkoyak di bahagian lutut. Walaupun Nat tidak memakai tudung, namun dia masih lagi menjaga cara pemakaiannya. Dia tidak memakai seluar jeans yang terkoyak. Dia sungguh menggemari jeans Padini kerana harganya berpatutan serta selesa dipakai. Kemudian, aku mengajaknya untuk pergi ke Zara kerana aku mahu membeli beberapa pasang baju. Nat menolongku memilih baju untukku. Aku lebih gemar memakai tshirt kerana sikapku yang agak kasar kerana semua adik-beradikku lelaki. Cuma aku satu-satunya anak perempuan di dalam keluargaku. Yang lain semua abang dan adik lelaki. Tanpa aku sedari, aku pun terikut-ikut dengan gaya hidup mereka yang agak kasual dan ranggi.
“Nat, aku lapar,” rungutku.
“Aku pun lapar,’’ balasnya.
“Burger King?,” aku mencadangkan kepada Natasha.
“Boleh, aku pun dah lama tak makan burger,” balas Nat.
*****
Selepas menikmati hidangan tengah hari, kami mengambil keputusan untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, kami bergelak tawa tanpa menyedari sebuah lori mengekori dengan rapat kereta Nat. Pada mulanya, aku tidak sedar. Tiba-tiba, lori itu memecut laju dan menghentam kereta yang kami naiki. Nat menjerit ketakutan sambil memegang dengan erat steering keretanya. Lori itu masih menghentam kereta Nat. Nat menekan pedal minyak agar keretanya dapat memecut laju dan berharap lori itu tidak menghentam keretanya. Tanpa disedari, Nat tidak dapat mengawal keretanya dan akibatnya keretanya terbabas di tepi jalan. Aku menoleh kanan. Aku nampak darah mengalir dan membasahi muka cantiknya. Aku pun berusaha mencapai telefon bimbit dan segera mendail 999.
Tolong!Tolong! Kereta kami terbabas. Kawan saya sudah pengsan. Tolong! Tolong! Kereta kami terbabas di tepi simpang Jalan Kenanga. Tolong!
****
Aku berusaha untuk membuka mata. Namun, aku tidak berjaya. Aku berada di tempat yang gelap dan busuk. Aku cuba menjerit namun lidahku kelu. Aku cuba meraba menggunakan tanganku, namun tanganku diikat. Sekali lagi, aku cuba menjerit nama Mummy dan Daddy. Namun tetapi, usahaku gagal. Aku hampa. Aku diam sahaja.
Karina anak Mummy.
Mummy? Aku cuba mencari sumber suara itu. Mummy? Mummy mana??
Karina, cepatlah sedar.
Mummy? Karina dah sedarlah Mummy. Takkan Mummy tak nampak Arin??
Karina, cepatlah sedar.
Mummy? Arin dah sedar! Arin dah sedar! Dah sedar!!!
Karina, Karina.
Aku mendengar Mummy menangis teresak-esak. Tangisannya dapatku rasa membasahi pipi gebuku. Mummy, please don’t cry.
*****
“ Doktor Ali, hows my daughter?,” tanya Mummy.
“ Karina tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius namun dia masih lagi koma. Mungkin selepas dia sedar dari koma, dia akan mengalami trauma dan tidak berupaya untuk mengingati kemalangan tersebut dan saya menasihatkan Datin agar tidak menceritakan apa- apa kerana kemalangan ini akan membingungkan dia,” jawab Doktor Ali.
“ Natasha pula doktor??,” Mummy bertanya sekali lagi.
“ Natasha masih koma dan kedua-dua kakinya patah dan tulang rusuknya juga retak. Dia akan tinggal lama di hospital sehingga dia sembuh,” jawab Doktor Ali.
‘ Oh poor Natasha,’ bisik hati Mummy.
“ Datin Suzaila, orang tua Natasha tak datang ka??,” Tanya Doktor Ali.
“ Mereka pergi bermesyuarat di New Zealand, namun saya telah mengkhabarkan mereka tentang keadaan Natasha. Insya-Allah, mereka akan pulang dalam masa dua hari lagi,” terang Mummy.
*****
Aku cuba membuka mata. Aku merasakan kedua-dua kelopak mataku sungguh berat untuk dibuka. Aku cuba sedaya upaya. Aku cuba menggerakkan jari jemariku. Aku cuba. Tiba-tiba, aku merasakan jari kelingkingku berada di dalam genggaman tangan seseorang. Aku cuba menggerakkannya. Aku cuba. Aku merasakan genggaman itu terlerai dan memegang seluruh tanganku. Aku keliru. Aku nampak cahaya. Aku nampak silau. Aku nampak bayang-bayang. Aku nampak susuk tubuh seseorang di hadapanku. Aku cuba melihat siapakah orang itu. Itu Mummy, kata hatiku.
“ Alhamdullillah, Karina sudah sedar,” kata Mummy.
Aku masih bingung. Aku memanggil Mummy dengan suara yang agak perlahan.
“ Mummy, mana Nat?,” tanyaku kepada Mummy.
“ Hmmmmm. Nat? Sebenarnya Arin, Nat koma dan cedera parah. Dia ditempatkan dalam bilik sebelah. Arin tak perlu bimbang kerana Nat akan dijaga dengan rapi oleh Doktor Ali,” terang Mummy.
“ Mummy, Arin nak tengok Nat. Arin nak jugak. Please Mummy!!,” pintaku.
“ Karina, saya menasihatkan kamu agar berehat dahulu kerana keadaan kamu itu pun tidak elok sangat. Saya syorkan kamu agar berehat dahulu, dan saya berjanji akan membenarkan kamu untuk melawat Natasha pada esok pagi,” nasihat Doktor Ali kepadaku.
“ Kalau begitu, saya akan turuti nasihat Doktor,” balasku sambil membetulkan selimutku.
Aku memegang tangan Mummy dengan erat dan menyuruh Mummy menjaga Nat bagaikan “menatang minyak yang penuh”. Mummy mengangguk. Aku menangis mengingatkan keadaan Nat yang berada di bilik sebelah. Aku tidak dapat membayangkan rupa paras Nat setelah terlibat dalam kemalangan itu.
*****
Karina, Karina. Tolong aku. Tolong aku. Aku tak mahu mati. Aku muda lagi. Aku tak nak mati. Kenapa bawah ini sempit sangat? Panas. Panas. Kenapa ada ular dan lipan?? Kenapa ular lilit aku? Jangan. Jangan. Jangan. Jangan. Tolong Karina!! Kenapa bawah ni gelap?? Mana lampu?? Karina. Karina.
NATASHA!!!!!. Aku terjaga sambil menjerit nama Nat.
“ Arin, kenapa?”.
“ Mummy, Arin mimpi Nat. Nat dalam kubur. Arin nampak Nat kena lilit dengan ular besar,’’ terangku sambil menangis teresak-esak.
“ Arin, jangan menangis sayang. Semua itu hanyalah mimpi ngeri. Bukan realiti. Buktinya, Natasha masih ada lagi di bilik sebelah. Dia belum meninggal lagi sayang,” Mummy menenangkan hatiku sambil mengusap ubun-ubunku.
*****
Kesesokan paginya, Mummy mengajakku melawat Nat. Aku bersetuju. Mummy memanggil jururawat yang bertugas untuk membawakanku kerusi roda. Mummy menyuruhku duduk di atas kerusi roda kerana Mummy risau terjadi apa-apa kepadaku. Aku masih bingung. Mummy menolak kerusi roda dengan perlahan-lahan sambil berborak denganku. Mummy menyatakan yang Mummy bersyukur kerana aku sudah sedar dari koma. Aku tersenyum mendengar kata-kata Mummy.
SUITE 709
Aku memandang papan tanda itu. Ya, itulah bilik Natasha. Aku takut. Aku risau. Mummy memberi salam sebelum masuk. Ucapan salam itu dijawab. Rupa-rupanya, orang gaji Natasha yang menjawabnya. Mak Wan, yang sudah lama aku kenali berada di sisi katil Natasha. Mak Wan memelukku. Aku terharu. Aku terus mengalihkan pandanganku kearah Nat. Aku lihat muka Nat dibalut, kakinya juga dibalut. Aku menangis. Tiub berselerakan membaluti muka dan badan Nat. Aku simpati dengan Nat. Mummy menolakku untuk duduk berdekatan dengan Nat. Aku memegang tangan Nat sambil berkata,
“ Nat, sedarlah. Karina dah sedar. Nat belum lagi. Arin rindu akan Nat. Jangan tinggalkan Arin lagi. Nat, lawan penyakit tau. Nat, Arin sayang Nat. Natlah kawan sejati Arin,’’.
Mummy mengajakku untuk pulang ke kamarku kerana sudah lama aku berada di bilik Nat. Mummy berkata kepadaku yang Nat pun kena rehat. Dia perlukan rehat sebelum dia sedar dari koma.
“Mummy, Arina nak jalan-jalan boleh tak? tanyaku.
“Nak jalan-jalan? Rehat la.” balas Mummy.
“Ala Mummy, please. Jangan risau Arin akan balik la nanti. Arin sihat la ni.”
“Ok, Mummy beri Arin 20 minit sahaja untuk Arin ronda-ronda sekitar hospital ini. Kalau tak, Mummy takkan beri peluang lagi.” Mummy berkata sambil memegang kedua-dua tanganku.
“Arin janji. Terima kasih. Sayang Mummy”, balasku sambil memeluk badan Mummy.
*****
Aku mula menolak kerusi rodaku menggunakan kedua-dua tangaku. Aku terhenti di hadapan sebuah bilik. Aku mendengar seorang lelaki membaca Surah Yasin. Aku terkedu. Aku memberi salam dan menjenguk ke dalam bilik tersebut. Lelaki tersebut menjawab salamku dan menjemputku masuk. Aku senyum ke arahnya. Aku lihat sekeliling. Aku nampak seorang kanak-kanak perempuan terlantar di atas katil. Aku kasihan melihat keadaannya.
“Pak cik, nama pak cik apa?” tanyaku dengan penuh hormat.
“Nama pak cik ialah Osman, anak boleh panggil Tok Osman. Panggillah Tok sebab saya pun sudah berumur,” balas lelaki tersebut.
“Anak pula? tanya Atok sambil menggosok-gosok matanya.
“Nama saya ialah Karina Iman. Atok boleh panggil saya Karina atau Arin,” ujarku.
“Sedap nama anak. Bak artis Malaysia. Atok gurau sahaja,” balas Atok Osman sambil membetulkan kopiahnya.
“Tok Osman, nama Tok sama dengan nama pak cik saya. Sedap nama itu,” balasku.
“Atok, ini anak siapa?” tanyaku sambil menunding jariku ke arah kanak-kanak itu.
“Ni cucu Tok. Mak bapak dia dah lama bercerai. Bapa dia sudah berpindah ke Indonesia atas sebab urusan kerja. Mak dia anak perempuan Atok. Sekarang ni, dia tinggal dengan pak cik.” jawab Atok Osman.
“Mak dia pergi mana?” tanyaku.
“Mak dia pergi bekerja, lagi dua jam nanti datanglah dia. Maklumlah, hanya dia yang mampu menyara Atok dan cucu Atok ni. Alhamdulillah, anak Atok bekerja hebat dan bergaji agak besar. Kalau tidak, tak makan la Atok dan cucu Atok,” terang Atok Osman.
“Oh begitu. Atok, cucu Atok sakit apa?”
“Dia demam panas. Atok risau sangat sebab sudah seminggu demam dia berlarutan. Demam dia tak kebah-kebah pun. Maka, Atok hantarlah dia ke sini. Atok percaya doktor-doktor di sini mampu menyebuhkan cucu Atok ini. Dengan izin Tuhan dan bantuan doktor, sembuhlah cucu Atok. Atok sayang sangat akan dia, Karina. Hajar ialah nama cucu Atok.”
“Kasihan Hajar. Kecil-kecil lagi, sudah masuk hospital. Saya doakan agar dia cepat sembuh”.
Atok Osman meneruskan bacaan Surah Yaasin yang terhenti seketika tadi.
“Atok, bukankah Surah Yasin dibaca untuk orang mati?” tanyaku dengan penuh kehairanan.
“Mana ada. Surah Yasin digalakkan dibaca tatkala ada musibah atau kecelakaan berlaku. Atok membaca surah ini agar Allah dapat menyembuhkan Hajar.” Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. Insya-Allah, Hajar boleh sembuh. Sebenarnya Surah Yasin ini ada banyak kebaikan. Antaranya, apabila orang lapar membaca Surah Yasin, dia boleh menjadi kenyang. Jika orang itu tiada pakaian, dia boleh mendapat pakaian. Jika orang itu belum berkahwin, dia akan mendapat jodoh. Jika dia berada dalam ketakutan, perasaan takut itu boleh hilang. Jika dia dipenjara, dia akan bebas. Jika dia tersesat, dia boleh sampai ke destinasi yang dia tuju. Jika surah ini dibacakan kepada orang yang sudah meninggal dunia, Allah akan meringankan siksaannya. Jika orang yang dahaga membacanya, rasa dahaganya akan hilang. Jika dibacakan kepada orang sakit, moga-moga penyakitnya sembuh. Rasulullah pernah bersabda “ Apabila datang ajal seseorang yang suka membaca Surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat. Malaikat-malaikat akan berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka akan berdoa dan meminta dosanya diampunkan oleh Allah sambil menyaksikan mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya,” jelas Tok Osman.
‘Ya Allah, masih jahil lagi aku dalam mempelajari ilmumu. Sungguh rugi aku tidak belajar ilmu-ilmu agama. Jahil. Jahil. Bodoh. Aku adalah insan yang sangat jahil,’ hatiku berbisik.
“Atok, banyaknya ilmu Atok. Karina tak tahu langsung pasal Surah Yasin. Atok mesti orang yang baik kan??? Atok, Karina jahat. Karina bodoh. Karina banyak buat dosa. Karina akan masuk neraka,” ujarku sambil menangis teresak-esak.
“Astaghfirullah. Karina banyakkan istighfar, nak. Tuhan itu Maha Pengampun. Cuba Karina ceritakan kepada Atok apa yang menyebabkan Karina boleh menangis sebegini. Atok sudi mendengar kisah Karina,” Atok Osman memujukku.
“Baiklah Atok. Untuk pengetahuan Atok, Karina dah lama tak solat. Apatah lagi, membaca Al-Quran. Karina sudah lama tidak mengamalkan perintah Allah. Entah la. Bacaan dalam solat mungkin saya sudah lupa. Karina tidak merasa apa-apa setiap kali Karina meninggalkan suruhan Maha Esa. Kelab malam selalu sahaja Karina pergi. Balik pukul 2 pagi itu sudah menjadi tabiat. Mummy Karina tak pernah marah. Mungkin Mummy pun pernah melakukan perkara tersebut ketika muda. Karina memang tidak pernah jadi baik. Ada sahaja perkara jahat yang Karina nak buat. Namun, Karina memang tak minum arak sebab Karina pernah nampak kawan Karina sendiri meninggal akibat arak. Arak Karina memang tak sentuh. Atok mesti anggap Karina jijik dan kotor kan? Iyalah, jahil lagi,” ceritaku.
“Nak, Atok sudah banyak kali mendengar cerita sebegini kerana dahulu Atok bekerja di Pejabat Agama Islam Selangor. Sudah ramai Atok tolong untuk kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah, Karina sudah sedar. Jangan salahkan diri sendiri, nak,” nasihat Atok Osman.
“Atok, Karina minta satu sahaja. Tolonglah bimbing Karina dan keluarga Karina ke jalan yang benar. Kami sudah lama terpesong dari jalan agama. Tolong Atok. Karina sanggup bayar Atok. Atok mintala berapa sahaja. RM 100 setiap kali Atok datang? Karina sanggup,” kataku dengan penuh keinsafan.
“Atok boleh ajar Karina. Atok minta satu sahaja. Karina mesti ikhlas. Kalau tak ikhlas, sia-sia sahaja perbuatan Karina selama ini. Insya-Allah, Atok akan bimbing Karina selepas Hajar sembuh dan Karina sudah stabil dan aktif seperti sediakala. Atok tahu, Karina ini jenis aktif. Tengok muka pun dah tahu,” ujar Atok Osman sambil tersenyum.
“Karina setuju. Atok, Karina balik dulu ya. Mummy Karina mesti dah tunggu lama. Assalamualaikum Atok,” ujarku sambil menggerakkan kerusi rodaku.
“Waalaikumussalam. Moga-moga anak cepat sembuh,” balas Atok.
*****
Sudah seminggu Natasha dan aku keluar dari hospital. Aku bersyukur kerana aku boleh tidur di atas katil empukku. Aku rindu akan masakan Mak Jah. Aku rindu segala-galanya yang ada di rumahku. Aku rindu. Natasha jarang keluar dari rumahnya. Mummy Natasha kata Natasha sedikit murung. Oh lupa, dia mestilah banyak berehat kerana dia mengalami kecederaan yang serius. Aku pun belum menziarahinya. Moga-moga kedua-dua belah kakinya dan tulang rusuknya akan sembuh dengan cepat. Aku rindu akan telatah riang Natasha. Aku rindu.
Atok Osman sudah 2 kali datang ke rumahku. Aku gembira kerana Atok boleh datang. Atok membimbingku dan Mummy dengan penuh rendah hati dan ikhlas. Atok tidak pernah berkata kami adalah orang yang jahat. Atok mengatakan bahawa semua orang melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Maka, kita sebagai manusia hendaklah berusaha untuk lari daripada mengulangi kesalahan tersebut. “Bertaubatlah sebelum terlambat” kata-kata yang Atok selalu ungkapkan setiap kali Atok datang mengajar.
*****
Sejak hari itu, aku tidak pernah meninggalkan solat fardu. Solat-solat sunat aku sudah banyak kali aku lakukan. Setiap malam aku dan Mummy akan membaca surah Yasin agar roh Daddyku akan aman dan dikurangkan siksaannya. Daddy sudah lama meninggalkan kami berdua. Daddy meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira 5 tahun yang lalu. Arwah dikebumikan di kampungku yang terletak di Merbau Pulas, Kedah.
Aku rindu akan Daddy. Mummy sering menangis teresak-esak teringatkan Daddy. Daddy merupakan satu-satunya cinta Mummy terhadap insan yang bernama lelaki. Aku rindu akan Muhammad Danial. Ya, itulah nama Daddyku. Daddy!!!! Setiap malam, Pak Seman akan mengimamkan solat kami. Pak Seman merupakan suami kepada Mak Jah. Pak Seman bekerja sebagai pemandu dan tukang kebun di rumah kami. Sudah 10 tahun mereka berkhidmat di rumahku. Mereka sangat tekun berkerja dan tidak pernah curi tulang. Mereka berdua merupakan insan yang penting di dalam hidupku selepas Mummy. Pak Seman sering mengajarku tentang erti kesabaran dan ketabahan selepas kematian Daddy. Dia ibarat ayah yang kedua bagiku. Aku sayang Pak Seman.
*****
Aku sering menghubungi Natasha dan memberitahunya tentang perubahan ke atas diriku. Aku turut mengajak Natasha dan keluarganya datang ke rumah setiap kali Atok Osman datang mengajar. Atok Osman datang setiap hari Selasa dan Jumaat dan mengajarku selama dua jam setengah setiap kali kelas. Kebiasaannya, Natasha datang.
Natasha juga mahu berubah kerana dia sudah sedar yang dia sudah banyak berdosa. Dia bersyukur kerana kemalangan itulah yang membuka matanya mengenai dosa, pahala dan kematian. Aku bersyukur. Kami berdua sudah berubah.
Kami sudah bertudung litup. Pakaian kami menutupi aurat. Kami berubah sedikit demi sedikit. Kami berdua membantu antara satu sama lain. Keluarga Natasha turut berubah. Aku suka. Aku lega. Hajar sering memuji kecantikan Natasha dan ku apabila menyarung tudung litup. Aku senang bangat. Hajar sering berkata kami cantik bagaikan pari-pari walaupun aku tahu Hajar itu masih lagi kecil dan bersikap keanak-anakan. Aku tersenyum sahaja.
*****
Sudah setahun berlalu selepas kemalangan tersebut. Natasha sudah berkahwin dengan seorang anak muda yang berasal dari Kelantan. Suaminya merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan pakaian Muslimah di Damansara. Suami Natasha bernama Muhammad Johan dan mereka berdua bertemu di Masjid Negara.
Pada masa itu, aku dan Natasha sedang menyediakan makanan untuk para jemaah selepas Solat Isyak. Makanan si Johan terjatuh lalu berselerak di lantai. Natasha mengambil kain dan mula mengelap lantai. Johan melarangnya kerana itu adalah kesalahan dia. Natasha tetap degil dan meneruskan mengelap lantai itu. Akhirnya Johan mengalah. Johan memuji sikap Natasha dan pada hari itulah mereka jatuh cinta. Bak kata pepatah, “Dari mata turun ke hati”.
Bagiku, mereka merupakan pasangan yang secocok bagaikan “pinang dibelah dua”. Natasha turut membantu Johan di kedai. Perniagaan mereka sudah maju. Aku lihat mereka sangat bahagia. Agak muda Natasha mendirikan istana cintanya, iaitu pada usia 23 tahun. Aku bersyukur dan menumpang gembira kerana Natasha telah berkahwin dengan seorang lelaki yang baik hati, penyayang dan suka tersenyum. Mungkin ciri-ciri tersebutlah yang menarik minat Natasha terhadapnya. Hanya Allah yang tahu.
Mummy pun sudah berkahwin semula setelah 6 tahun hidup menyepi tanpa kasih sayang seorang insan yang bernama suami. Mummy berkahwin dengan Ghazali Hamzah. Ghazali merupakan Doktor Kanak-Kanak yang berkhidmat di Pusat Rawatan Islam. Mummy dan Ghazali berkenalan menerusi Auntie Raihana. Auntie Raihana merupakan kawan rapat Mummy dan secara kebetulan Ghazali turut mengenali Auntie Raihana. Sungguh kecil dunia ini. Ghazali pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin semula selepas kematian isterinya, Julia kepada Auntie Raihana.
Sudah 2 tahun Ghazali hidup menduda. Kedua-dua anaknya belajar di Amerika Syarikat. Tinggallah dia keseorangan di Malaysia. Auntie Raihana pun memberitahu dia tentang Mummyku. Ghazali berminat untuk mengenali hati budi Mummyku. Dalam masa kurang 2 bulan mereka berkenalan, mereka mengambil keputusan untuk bernikah kerana kedua-duanya sudah pasti dengan calon masing-masing. Ah, sungguh manis cinta Mummy dan Ayah Ghazali.
Aku suka akan ayah baruku. Selamat berbahagia Mummy! Aku pula? Aku masih bujang. Aku belum berpunya. Kini aku berada di Jakarta, lndonesia. Mungkinkah jejaka Indonesia kan menjadi pasangan hidupku? Hanya Allah yang boleh menentukan. Aku redha sahaja. Aku berada di Indonesia kerana aku diamanahkan untuk menguruskan cawangan syarikat Mummyku di sana. Aku agak sibuk dengan urusan kerja namun suruhan Allah tidak pernah aku tinggalkan sejak aku berubah. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi hidayah kepadaku dan terima kasih buat Atok Osman kerana telah membimbingku. Aku sayang Atok Osman.
TAMAT
Ditulis oleh: Aimi Hanisah Khirudin Kelas: 5 Suhaib Ar-Rumi 2009
0 ulasan: