PERJALANAN KE PUNCAK
Hari ini adalah pertama kali aku akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan.Hati ini sungguh berdebar-debar gembira bercampur gelisah.Gembira kerana diriku ini akan mendapat kawan-kawan baru.
“Adakah aku akan diterima oleh budak-budak lain yang berada sekelas denganku”,tiba-tiba terdetik di dalam hati gementarku ini.
Sesampainya aku di sebuah perkarangan yang terdapat satu bangunan tinggi yang kelihatan agak using dan juga satu bangunan rendah di hujungnya.Di luar perkarangan itu tertulis di plak Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur.Disebabkan ibuku bekerja sebagai seorang guru yang mengajar murid-murid sesi dua iaitu murid-murid pagi,aku terpaksa pergi ke sekolah awal juga.Kakakku yang sedang berada di darjah tiga juga ada mengikuti ibu ke sekolah.Kami berdua mengikut ibu kami ke bilik guru sementara menunggu sesi petang untuk bermula.Tepat jam 7.30 pagi ibu pergi ke kelas hafazan yang dijaganya,ibu mengingatkan kami supaya tidak mengacau tempat guru-guru lain.Aku duduk di tempat ibuku sementara kakakku pula keluar untuk pergi ke tandas.Aku seperti “rusa masuk kampung” apabila hanya terduduk dan tidak tahu untuk membuat sebarang perkara.Tepat jam 8.30,ibuku pulang dari kelas hafazannya dan masuk ke dalam bilik guru.
“Jom pergi makan dekat bilik makan guru”,ajak ibu kepada aku dan kakakku.
Kami hanya mengganguk dan mengikuti ibu ke bilik makan guru perempuan.Sewaktu sampai di bilik guru aku terasa malu untuk masuk ke bilik guru perempuan kerana hanya terdapat guru-guru perempuan yang berada di dalamnya.Ibuku memaksa juga aku untuk masuk untuk mengambil sarapan ibu.Kami bertiga berkongsi makan di dalam satu pinggan kerana satu guru hanya dieperuntukkan satu pinggan sahaja.Walaupun belum lagi bermula waktu persekolahan aku merasa sungguh teruja kerana dapat merasakan suasana seorang murid di bawah jagaan seorang guru.
Selepas itu aku bersama kakakku pergi semula ke bilik guru kerana ibu terdapat kelas lain yang perlu diajarnya.Di dalam bilik guru kakak mengajakku bermain dengan barang-barang ibu.Kami terleka bermain sehingga pukul 11.30.Selepas itu kakakku terus turun untuk pergi ke kelasnya,sementara aku masih lagi terpingga-pingga.Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Ibu telah berpesan supaya apabila tepat pukul 11.30 aku perlu pergi turun ke bawah dan masuk ke dalam musolla.Hatiku ini terasa sedih juga kerana murid-murid lain ditemani oleh ibu atau ayah mereka tetapi aku hanya pergi secara keseorangan.Aku tahu bahawa ibu ada tanggungjawab lain untuk mengajar murid sesi pagi,maka aku dengan rela hatinya masuk ke dalam musolla.
Setelah masuk aku hanya terduduk seorang diri tanpa menegur atau ditegur oleh orang lain sekalipun.Aku seperti sebuah patung yang tidak bergerak mahupun bergerak-gerak seperti murid lain.Mungkin disebabkan sifat maluku maka aku tidak berani untuk menegur budak-budak lain.Ada juga budak-budak yang ku kenali dari zaman tadikaku tetapi aku malu untuk menegur mereka kerana terlupa akan nama mereka.
“Aulad pergi tengok kelas mana anta masuk”,seorang guru menyuruhku untuk pergi ke meja yang telah disediakan guru-guru dan lihat kelas mana yang aku dimasukkan.
Selepas itu,perhimpunan di dalam musolla dimulakan dan aku duduk di dalam barisan kelasku iaitu 1Ali.Memang seronok pengalaman hari pertama bagi diriku yang baru memasuki alam persekolahan.Hari kemudiannya berlalu seperti biasa sehinggalah ke akhir tahun selepas menduduki peperiksaan akhir tahun.Hari ini adalah hari aku memasuki darjah 2 diri sudah terasa sedikit membesar kerana bukanlah budak yang terkecil di sekolah.Darjah 2 juga berlalu seperti biasa tetapi dengan lebih ramai kawan termasuk kawan-kawan dari kelas lain.Sewaktu darjah 2 aku dimasukkan ke kelas 2 Uthman iaitu kelas yang boleh dianggap kelas yang kurang pandai.Kelas kami terletak di tingkat 3 terpisah dari dua kelas darjah 2 lain yang berada di tingkat 2.
Tahun ini adalah tahun terakhirku belajar di sesi petang iaitu pada tahun 2001 iaitu darjah 3.Tahun ini aku dan rakan-rakanku yang menguasai sesi petang kerana kami adalah yang paling tua.Pada awal tahun 2001 terdapat sedikit perkara yang mendukakan cita kerana ada kawanku yang agak rapat pindah ke sekolah lain.Darjah 3 pula aku dimasukkan ke kelas yang sederhana iaitu 3 Anas.Hari pada waktu darjah 3 berlalu seperti hari-hari biasa.Seperti setiap tahun sekolahku akan mengadakan pertandingan nasyid.Dari 3 kelas darjah 3 hanya dua kelas yang akan ke peringkat ke seterusnya iaitu pada malam seni.Malangnya pada tahun ini kelas kami yang tidak berjaya ke peringkat malam seni.Yang agak melucukan kelas kami pada hari itu ditutup oleh rakan-rakan sekelasku bagi menghalang dari rakan-rakan kelas lain masuk kerana kecewa kelas kami telah kalah.Akhirnya guru kelasku masuk ke dalam kelas dan memberitahu bahawa kelas kami telah kalah dengan hanya beberapa mata sahaja dan itu bukanlah kesalahan kami.Maka selepas itu keadaan menjadi reda dan pintu kelas telah dibuka semula.
Selepas 3 tahun bersekolah di waktu petang dengan balik menaiki bas,akhirnya aku bermula zaman persekolahanku pada sesi pagi.Dengan bermulanya pembelajaranku pada waktu pagi maka aku tidak lagi perlu singgah di bilik guru perempuan pada setiap pagi.Aku juga di lagi makan bersama ibuku di bilik makan guru perempuan tetapi aku akan makan dengan membeli di kantin sekolah.Apabila darjah 4 bermula juga aku berpeluang untuk pulang awal bersama ibuku kerana sesi persekolahan habis pada pukul 3.30 petang.Sejak memasuki darjah 4 mungkin guru-guru mengiktiraf aku sebagai di kalangan budak yang rajin kerana dimasukkan ke dalam kelas 4 Saad.Walaupun begitu aku masih lagi merasa diriku ini masih jauh lagi jika hendak dibandingkan dengan rakan sekelasku yang lain.Aku masih lagi perlu mengejar rakan-rakanku dalam pembelajaran.Mungkin di rumah aku bukanlah serajin rakan-rakanku maka aku sedikit terbelakang.Aku telah dipilih menjadi pengawas pusat sumber sesuatu yang agak melucukan.Lebih-lebih lagi sewaktu hendak mengambil gambar para pengwas pusat sumber perlantikanku tidak lagi dirasmikan.Maka aku tidak termasuk dalam gambar pergawas pusat sumber 2002.
“Hadi ini malas sedikit sahaja,boleh cuba lagi”,antara kata-kata guruku sejak kebelakangan ini.Aku perlu berusaha lebih lagi menurut kata-kata guruku.Kata-kata itu berlarutan sehingga pengambilan kad laporan darjah 4 pada akhir tahun.
Tahun ini apabila masuk ke darjah 5,kelasku sekali lagi dipisahkan daripada kelas darjah 5 lain.Kelasku kali ini 5 Abu Ubaidah masih dianngap lagi kelas yang dipenuhi dengan murid-murid yang diisi penuh harapan oleh guru-guru kami.Kelas kami sebaris dengan kelas darjah 6 pada waktu itu,maka kami tidak boleh bersuara dengan sesuka hati.Pada darjah 5 ini aku dinaikkan pangkat sedikit kerana dari pengawas pusat sumber pada darjah 4 kepada pengawas sekolah pada darjah 5.
Pada suatu hari di waktu rehat sehelai kertas telah di letakkan di papan kenyataan,kertas itu bertajuk calon pengawas sekolah.Kertas itu adalah bagi mereka yang merasakan diri mereka mahu menjadi pengawas.Aku tidak terasa mahu menjadikan diriku ini seorang pengawas,maka berlalulah aku ke kantin.Pada waktu petang itu pukul 2.30 petang aku sekali lagi menjenguk kertas itu lagi bersama kawanku yang agak rapat.
“Hadi tak nak jadi pengawas ke,anta tahun lepas dah jadi pengawas pusat sumber,haha”,dengan nada mengejeknya dia berkata kepada aku.”Hah,tak nak,biarlah orang lain jadi,orang lain lagi layak”,kataku kepada kawanku.Tiba-tiba kawanku hendak menulis namaku,aku cuba mengahalang.
“Tak payahlah anta ini menyusahkan orang sahaja”,dengan nada yang agak sedih.”Boleh tulis nama ana kalau anta tulis nama anta juga”,kataku mencabarnya.Tiba-tiba dia menulis namanya dan juga nama aku.Kami berdua tergelak-gelak selepas itu kerana membuat perkara yang hati kami tidak mahu sebenarnya.
Sebulan selepas itu,peristiwa itu telah dilupakan dan suatu hari Ustaz Nizan iaitu guru displin telah memanggilku.Hatiku terus berdebar kerana adakah aku telah membuat kesalahan terdetik di dalam hatiku ini.Maka aku memberanikan diri dan masuk ke dalam bilik guru,ustaz menyuruhku untuk duduk di depan ustaz.Ustaz mula bertanyakanku tentang menjadi seorang pengawas dan perkara berkaitannya.Hatiku terasa tenang dan aku menjawab soalan ustaz dengan hati yang tenang tanpa mengharap bahawa aku akan berjaya menjadi seorang pengawas.Selepas itu kawanku yang agak rapat hari itu juga dipanggill oeleh ustaz yang sama.Semasa waktu rehat kami bertanyakan sesame sendiri tentang mengapa ustaz memanggil kami.Kawanku memberi jawapan yang sama sepertiku bahawa tentang pemilihan pengawas.Aku dengan nada yang bermain-main memarahi kawanku kerana menulis namaku.
Seminggu selepas itu nama pengawas baru telah ditampal aku dengan tiada perasaan berharap atau tidak kesah pergi menjenguknya.Nama aku telah tertera dan kemudiannya aku cuba mencari nama kawanku tetapi dengan hati yang kecewa nama kawanku tiada di dalam senarai.Kawanku terus mengelakkanku dengan mengatakn tahniah.Aku terus memukulnya dengan pukulan yang perlahan.
“Asal ana seorang je yang jadi,ana tak jadi pula,bengang-bengang”,kataku.Kawanku hanya mampu tergelak dan menyruhku untuk menjadi seorang pengawas yang menjalankan tugas dengan baik.
Hari-hariku sebagai pengawas berlalu seperti hari yang lain cuma dengan lebih sedikit tanggungjawab.Aku terpaksa menjaga budak-budak sewaktu solat,memastikan tiada murid di dalam kelas sewaktu rehat.Satu lagi perbezaanku sewaktu menjadi pengawas ialah aku terpaksa memakai baju putih dan tanda nama untuk menunjukkan aku adalah seorang pengawas sekolah.
Tahun 2004 pada tahun ini adalah tahun terakhirku belajar di Sekolah Rendah Al-Amin Kuala Lumpur.Diriku tidak lagi memikirkan tentang perpisahan yang akan berlaku pada akhir tahun 2004 di antara murid-murid darjah 6.Pada hari ini sewaktu aku sedang melalui papan kenyataan sekolah,nama pengawas baru telah ditampal.Aku dengan geli hatinya ternampak nama kawanku yang pada darjah 5 yang telah menulis namaku.Aku terus mencari-cari di mana dia berada dan gelak sekuat-kuatnya di depan mukanya.Dia dengan peliknya bertanya kepadaku mengapa dia dengan tidak semena-menanya tegelak-gelak di hadapan mukanya.Aku memberitahu bahawa dia telah dipilih menjadi pengawas sekolah baru,dia hanya menidakkan kata-kataku dan tidak mahu mempercayainya.Aku mengajaknya pergi ke papan kenyataan dan melihat namanya yang tertera di kertas nama pengawas baru.Akhirnya dia percaya juga kepada aku.
“Padan muka,itulah dulu nak kenakan ana,sekarang anta pun kena jadi,jadi sama-samalah kita menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya”,kataku kepadanya.Dia hanya mengangguk dan berjalan semula ke kantin bersamaku.
Hariku sebagai murid paling tua ataupun senior di sekolah bukanlah seseronok yang diangan-angankan.Ini kerana sebagai murig senior bermakna kami juga terpaksa memikirkan masalah murid 6 iaitu masalah peperiksaan yang agak besar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Kami dijadualkan dalam masa sembilan bulan dengan program motivasi,bengkel-bengkel menjawab soalan dan juga ujian-ujian setara.Tidak juga dilupakan bahawa kami juga akan menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) disebabkan peperiksaan sekolah yang lain untuk peperiksaan pelajaran agama.Kedua-dua periksa ini agak penting di Sekolah Al-Amin.Selepas berhempas pulas selama Sembilan bulan akhirnya aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan juga 10A dalam UPSRI.
Hatiku masih lagi sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawanku yang telah berjuang bersama-sama selama 6 tahun.Hari ini adalah hari pertama aku ke sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Islam Al-Amin.Pada malam hari pertama persekolahan aku telah bertanya banyak perkara kepada kakakku yang akan memasuki tingkatan 4 kerana bimbang akan hari pertama aku di sekolah baru.Maka aku dengan tabahnya pergi ke sekoah dengan harapan masih terdapat lagi kawanku dari Al-Amin Kuala Lumpur yang akan bersama-sama diri melangkahkan diri meneruskan di menengah Al-Amin.Di sekolah kerana tidak lagi berjumpa dengan kawanku,aku berdiri dengan tiada tujuan di tepi tangga sementara menunggu sesiapa sahaja yang aku kenali.Tiba-tiba salah seorang kawanku pergi ke diriku di tepi tangga itu,dia datang bersama ibunya yang aku kenali juga.Kami telah pergi ke Zawiyah untuk menghadiri perhimpunan pagi pertama di sekolah baru.Selepas perhimpunan dan juga hari taaruf,kami berdua telah pergi ke kelas 1ATB yang telah ditunjukkan oleh abang-abang.Apabila kami pergi ke kelas,kami terasa pula hendak ke tandas,maka kami pergi ke tandas di hujung tingkat itu.Selepas itu kami masuk ke dalam kelas dan diperkenalkan dengan guru kelas dan juga kawanku dipilih menjadi ketua kelas.Semasa dalam hari pertama itu juga kami diberitahu bahawa tandas di tingkat kami adalah tandas banat.Kami berdua gelak terbahak-bahak kerana pada hari pertama kami telah melakukan perkara yang agak kurang cerdik.
Hari-hariku kali ini di sekolah menengah agak berbeza kerana terdapat matapelajaran baru yang akan dipelajari.Hari-hari di tingkatan satu berlalu agak sama setiap hari.Selepas setahun,aku telah meningkat ke tingkatan 2.Kali ini aku telah merasa sedikit besar kerana adanya tingkatan satu di bawah aku.Pada tahun ini 2006 di tingkatan 2 kami telah dipisahkan dengan kelas tingkatan 2 lain,bukannya tidak setingkat lagi.Malahan kami dipisahkan dengan dua buah bangunan yang berbeza.Kami 2Hab agak terpisah jauh dari rakan-rakan kami di kelas tingkatan 2 lain.Hari-hari kami di tingkatan dua berjalan dengan banyak juga kontroversi tetapi kami masih dapat lagi meneruskan perjalanan kami di Sekolah Menengah Al-Amin.Setahun berlalu agak cepat,pejam celik pejam celik aku sudah berada di tingakatan tiga ARZ sebagai murid yang paling besar bagi menengah rendah.Tahun ini kami akan menjalani Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) ,maka banyak perkara yang telah ersedia bagi untuk kami menjalaninya.Pada sabtu bulan tiga,kami telah dimotivasikan supaya lebih bersemangat menghadapi peperiksaan.Isnin itu kami telah lebih bersemangat lagi untuk menghadapi peperiksaan.Aku yang telah berusaha dengan upayaku telah mendapat hanya 7A bagi PMR.
Sudah sampai masa aku berada di menengah atas,pada hari ini kami telah masuk semula ke alam persekolahan tetapi seminggu lambat dari pelajar biasa.Kami sudah boleh dianggap pelajar senior kerana pada bulan 7 nanti,kami yang akan mengantikan pelajar tingkatan 5 yang mahu fokus untuk peperiksaan mereka.Pada tahun ini kami tingkatan 4 Tiz akan menjalani wafdul amin.Maka kami telah bekerja keras bagi menjalankan program tersebut.Pada hari bertolak aku merasakan bahawa masa melepak-lepak sudah selesai selepas program ini kerana sudah tiba masanya aku bersedia untuk peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.Akhirnya tibalah masa untuk aku bersedia berpisah dengan rakan-rakanku selepas ini kami akan berhempas pulas bersedia untuk SPM.Kami telah melalui program PUI,bengkel-bengkel dan akhirnya tibalah waktu penentuan iaitu SPM.Selepas beberapa minggu kami menghadapi peperiksaan kami telah bebas dari alam persekolahan.Walaupun dari luaran aku berasa gembira tetapi di dalam hati aku sudah mula melelehkan air mata hati kerana perlu berpisah dengan kawanku yang sudah bersama selama 5 tahun dan ada juga 11 tahun.Explorace anjuran sekolah antara program terakhir bersama-sama rakanku.Hari ini adalah hari terakhir explorace,hatiku mula terasa berat.
Aku mula merindui hari-hari persekolahanku yang lalu,aku selalu teringat-ingat perkara yang akan dilakukan di sekolah.Hari ini di surat khabar dipaparkan bahawa keputusan SPM akan dikeluarkan pada minggu hadapan.Aku akan dapat berjumpa dengan rakan-rakanku kesemuanya bukan sahaja rakan-rakanku yang agak rapat yang telah aku temui beberapa kali sewaktu cuti.Hari ini adalah hari penentuan,aku dengan debar hatinya pergi ke sekolah dengan mengharapkan yang terbaik buat diriku djuga rakan-rakanku.Aku telah masuk ke tempat mengambil keputusan dengan debaran hatinya selepas 10 bulan bekerja,kertas ini adalah hasil usahaku.Kawan-kawanku kesemuanya telah mengetahui keputusan mereka dengan kebanyakannya yang gembira.Aku semakin berdebar-debar,aku membuka sampul surat keputusan dengan gembiranya aku mendapat keputusan yang cemerlang.Aku mendapat utk SPM ku 11A1.Alhamdullilah,aku telah sujud syukur dan berterima kasih kepada guru-guruku.Aku akan dapat melanjutkan perjalananku ke puncak.Terima kasih Allah yang maha pemurah!
0 ulasan: