ARTIKEL DAN ALSTONE: Fatimah Amira
9:36 PTG | Author: Idris Bin Saleh
ARTIKEL DAN ALSTONE

“Syabas, Demi!”, kata ketua editor majalah The World kepada Demi. Dia berasa bangga kerana artikel yang ditulisnya mengenai isu social di Weston mendapat sambutan hangat. Artikelnya itu telah menjadi topik hangat dalam kalangan pembaca majalah, penulis majalah, dan pengkritik artikel. Dalam masa lima tahun dia bekerja bersama majalah itu, inilah kali pertama Demi menulis artikel yang menjadi bahan bualan orang ramai. “Tidak sangka aku boleh meraih kejayaan melalui artikelku ini” kata Demi sendirian. Dia berasa sungguh gembira dan amat bangga dengan kejayaannya kerana banyak usaha yang telah dicurahkan untuk menghasilkan artikelnya itu.

Kejayaannya itu turut diraikan oleh keluarganya. Mama dan papanya sungguh bangga akan anak mereka yang telah berjaya dalam bidang penulisan artikel di Weston. “Demetria Devonne Bradford, mama dan papa sungguh bangga dengan kamu. Tidak sia – sia usaha kami selama ini menghantar kamu belajar di luar negara, kamu telah menggembirakan kami dengan kejayaan kamu ini” kata mama Demi. “Tidak, ma. Ini hanyalah sedikit yang saya boleh berikan kepada mama dan papa, tidak cukup dengan sekadar ini sahaja”, kata Demi kepada kedua orang tuanya. Charmila Casey Bradford, kakak kepada Demi yang merupakan seorang doktor. Dia masih belum berkahwin meskipun usianya telah mencecah 30-an. Baginya, perkahwinan memerlukan banyak komitmen dan dia amat bahagia dengan hidupnya merawat orang sakit. “Kakak pun turut bangga dengan kamu, Demi. Kamulah satu – satunya adik kakak yang terhebat. Tiada adik yang dapat menandingi kehebatan kamu”, kata Mila. “Kak Mila ini ada – ada sahaja jenakanya”, kata Demi sambil memeluk kakaknya.

Kini, usia artikel Demi itu telah berusia sebulan. Meskipun artikelnya itu masih dibualkan, dia sudah terfikir untuk menulis artikel yang menguji kemampuannya sebagai seorang penulis. Dia berjumpa dengan Encik Dean Samuel, ketua editor majalah The World dan menyatakan hasratnya itu. “Betulkah apa yang kamu mahukan ini, Demi? Baiklah, esok saya akan berikan satu tugasan yang bersesuaian dengan hasrat kamu itu”, kata Encik Samuel. “Terima kasih,tuan. Usaha tuan amat saya hargai”, kata Demi dengan gembira. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dengan menaiki Mini Cooper miliknya, Demi mula terfikirkan tentang tugasan yang akan diberikan oleh Encik Samuel esok. Setibanya di rumah, Demi terus mencari bahan – bahan yang mungkin berguna untuk artikelnya nanti di Internet. Dia menyelidiki tentang isu – isu dunia kini dari segi politik, sosial, dan ekonomi. “Tidak sabar rasanya untuk mendapat tugasan baruku esok”, kata Demi sendirian.

Keesokan harinya, Demi ke tempat kerjanya dengan perasaan gembira. Setelah dia meletakkan barangnya di tempat duduknya, dia terus ke pejabat Encik Samuel untuk mengetahui tentang tugasannya itu. “Kamu sudah bersedia, Demi? Saya ingin mengingatkan kamu bahawa apa jua tugasan yang kamu lakukan, lakukannya dengan bersungguh – sungguh”, nasihat Encik Samuel kepada Demi sambil menyerahkan sekeping sampul surat yang berwarna kuning bersaiz A4. “Saya akan cuba untuk tidak menghampakan tuan”, kata Demi. Dengan gembiranya, Demi terus ke tempat duduknya. Dia membuka sampul surat itu lalu membaca isi kandungannya. Alangkah gembiranya Demi apabila mengetahui bahawa dia mendapat tugasan di luar negeri, iaitu di Alstone. Walaupun dia tahu tempat itu merbahaya, tetapi dia tetap mahu meneruskannya. Dalam sampul surat itu, terdapat sedikit maklumat mengenai keadaan di Alstone. Dalam kegembiraannya itu, Demi turut merasa agak berat hati kerana keselamatannya di situ tidak terjamin.

“Argh, patutkah aku teruskan tugasanku ini? Aku tidak mahu menarik diri dari tugasanku ini kerana aku sendiri yang meminta tugasan ini. Jadi, aku mesti melakukannya”, kata Demi seorang diri. Demi kemudian membuat keputusan untuk meneruskan tugasnya itu dengan bersungguh – sungguh. Di rumah, dia memberitahu keluarganya mengenai tugasnya di Alstone. Mereka terperanjat dengan berita tersebut kerana mengetahui bahawa tempat itu tidak selamat untuk Demi. Mila yang merupakan seorang doktor sukarelawan yang sering ke luar negeri untuk membantu orang susah yang memerlukan bantuan perubatan memberitahu Demi tentang keadaan di sana. “Ya, kak. Itu semua saya sudah tahu. Saya sudah mengkaji tentang semua itu, kak”, kata Demi kepada kakaknya. Mama dan papanya keberatan untuk membenarkan anak mereka ke Alstone, tetapi mereka tahu anak mereka itu pandai menjaga diri dan bijak membuat keputusan dalam apa jua keadaan pun. “Papa dan mama tidak kisah jika kamu mahu ke sana, tetapi kamu mesti pandai menjaga diri sendiri dan janji pada kami yang kamu akan pulang ke Weston dengan selamat”, kata papa Demi. Demi tahu melalui nada papanya dan riak wajah mamanya, mereka agak berat hati untuk membenarkan Demo pergi ke tempat yang membahayakan nyawanya. Demi memeluk kedua orang tuanya kerana terharu.

Setelah tiga minggu, Demi sudah bersedia untuk ke Alstone. Dia bersama dua ahli krew yang lain akan ke sana untuk mendapatkan cerita mengenai penderitaan di Alstone akibat isu politik yang dimulakan oleh sebuah negara yang berkuasa vito, Huntsgrove. Rakyat Alstone dianggap pengganas oleh Huntsgrove. Hal ini kerana Huntsgrove gagal mendapatkan telaga minyak yang terbesar di dunia yang terletak di Alstone. Alstone tidak mahu menyerahkan tanah air mereka kepada orang asing demi kekayaan semata – mata. Kini, di mata dunia, Alstone kelihatan tidak baik dan dianggap sebagai negara pengganas. Kini, menjadi tugas Demi untuk mendedahkan penderitaan rakyat Alstone akibat tindakan Huntsgrove.

Sebelum bertolak ke Alstone, di lapangan terbang, keluarga Demi serta keluarga ahli krew yang lain mengucapkan selamat jalan kepada mereka yang akan ke Alstone. Ada ahli keluarga yang menangis kerana tidak sanggup untuk membiarkan orang yang mereka sayangi pergi ke tempat yang tidak selamat. Riak wajah mama dan papa Demi sungguh tenang pada hari itu walaupun dia tahu mereka tahu dengan pemergian anak mereka. Mila menasihati Demi agar sentiasa berhati – hati dan jangan mudah percaya kepada orang yang tidak diyakini kata – katanya. Mila kemudiannya memberikan sekalung rantai perak dengan sebentuk loket berbentuk hati yang terdapat gambar mereka sekeluarga di dalamnya. Demi terdiam seketika. Dia kemudian meneitiskan air mata kerana berasa terharu dengan pemberian kakaknya itu. “Kalau kamu teringatkan kami, tengoklah gambar di dalam loket itu dan semuanya pasti akan menjadi baik”, nasihat Mila kepada adik kesayangannya. Setengah jam kemudian, Demi dan krewnya dipanggil untuk menaiki kapal terbang. Sebelum ke pintu pelepasan antarabangsa, Demi memeluk dan mencium pipi kedua orang tuanya kemudian meneruskan perjalanannya ke kapal terbang dengan perasaan yang hiba dan pilu.

Di dalam kapal terbang, Demi termenung ke luar tingkap. Dia cuba memikirkan segala kemungkinan yang akan dihadapinya di Alstone. Dia cuba berfikir secara positif untuk menenangkan jiwanya. Secara tidak sedar, dia telah tertidur sepanjang perjalanannya. “Demi, bangun. Kita sudah hendak mendarat”, kata John, jurukamera Demi mengejutkannya. Apabila mereka telah mendarat di lapangan terbang di Alstone, mereka terkejut melihat kedaifan rakyat di sana. Setelah mengambil barang mereka di ruang bagasi, mereka mencari seorang lelaki yang bernama Hozua. Hozua merupakan juru pandu mereka di Alstone. Dari jauh, mereka terlihat seorang lelaki berkulit sawo matang, tingginya lebih kurang enam kaki dua inci, berambut perang gelap, bermata perang memegang sekeping kadbod yang bertulis “Wartawan Weston” dan mereka pasti itulah Hozua. Orangnya sungguh peramah dan sentiasa melemparkan senyuman meskipun negara mereka berada dalam keadaan yang tidak aman.

Demi dan krewnya dibawa oleh Hozua menaiki sebuah jip lama yang kelihatan seperti rumah usang yang menunggu masa untuk roboh. “Jangan khuatir, jip ini memang kelihatan begini, tetapi ia kuat”, kata Hozua untuk menyakinkan mereka sambil memunggah barang ke dalam jip. Dalam perjalanan, Hozua menceritakan kepada mereka tentang keadaan Alstone sebelum diserang oleh Huntsgrove. Seronok mereka mendengar kisah Hozua ketika dia kecil, ketika Alstonia masih sebuah tempat yang aman. Demi memandang sekeliling. Dia hanya dapat melihat kawasan yang tandus, berdebu, dan penuh dengan sisa runtuhan bangunan. “Alangkah bertuahnya aku kerana dapat hidup dalam keadaan yang senang. Tidak seperti mereka ini, mereka perlu bersusah payah untuk meneruskan hidup mereka setiap hari”, kata Demi sambil memikirkan nasib mereka di sini.

Setelah dua jam, mereka tiba di rumah Hozua di Muawe. Rumahnya diperbuat dari tanah liat dan bumbungnya diperbuat dari pelepah kurma yang dipenuhi lubang – lubang akibat sisa runtuhan bengunan yang mengakibatkan rumah mereka rosak. “Masuklah, maaflah, rumah ini tidak dapat saya bina dengan sempurna”, kata Hozua dan memberitahu mereka bahawa sebenarnya rumah mereka bukan di sini, tetapi di kawasan yang lain, tetapi telah musnah dibom oleh tentera durjana Huntsgrove. Kemudian, keluar seorang wanita yang berkulit cerah, berambut perang muda, dan bermata hijau menghidangkan kami air teh dan beberapa keping biskut. “Ha, ini isteri saya, Maria”, kata Hozua memperkenalkan isterinya kepada kami. “Maaflah, ini sahaja yang dapat kami hidangkan”, kata Maria. “Tidak mengapa, kami ke sini tidak mengharapkan tempat tidur yang selesa serta makan minum yang enak, Cuma untuk mendapatkan bahan kajian yang bagus”, kata Demi kepada Hozua dan Maria. Hari itu berakhir dengan mereka berehat sepanjang hari kerana keletihan dari perjalanan yang panjang.

Keesokan harinya, Demi dan krewnya ke tempat yang menjadi sasaran Huntsgrove yang kononnya menjadi ‘sarang’ pengganas Alstone. Hozua hanya membenarkan mereka melihat dari jauh sahaja kerana takut mereka ditangkap oleh tentera Huntsgrove. Tempat itu kelihatan seperti tiada apa yang tinggal, kecuali runtuhan bangunan dan bangkai – bangkai kenderaan yang telah meletup. John dan Richard, pembantu jurukamera merkamkan keadaan sekeliling dengan berhati – hati kerana takut dilihat oleh tentera Huntsgrove. Demi pula mencatitkan dan merakamkan segala maklumat yang berguna yang diceritakan oleh Hozua dengan menggunakan perakam suara miliknya. Hozua kemudian membawa mereka ke sebuah tempat di mana ramai rakyat Alstone berlindung dari serangan Huntsgrove, iaitu di sebuah kampung bernama Zawey.

Pada mulanya, orang di situ agak ragu – ragu untuk menerima kedatangan Demi dan krewnya. Tetapi, setelah Hozua menerangkan tujuan kedatangan mereka ke mari kepada ketua kampung di situ, Botu, mereka mengalu – alukan kedatangan Demi dan krewnya. Ketika mereka berjalan di sekitar kawasan Zawey, sekumpulan kanak – kanak meluru ke arah mereka kerana mereka seronok menerima kunjungan wartawan asing ke tempat mereka. Kanak – kanak itu menerima gula – gula dari Demi. Dia begitu gembira melihat kanak – kanak itu menerima gula – gula daripadanya, tetapi dalam masa yang sama, dia sedih melihat kanak – kanak itu berebutkan gula – gula yang tidak seberapa itu. Jika dibandingkan dengan kanak – kanak di Weston, gula – gula seperti itu tidak dipedulikan oleh kanak – kanak di sana.”Betapa kasihannya kanak – kanak ini”, kata Demi dalam hatinya melihat gelagat kanak – kanak itu.

Demi dan krewnya kemudian menemu ramah beberapa orang penduduk di situ untuk mengetahui keadaan mereka selepas serangan oleh pihak Huntsgrove dan bagaimana keperluan harian diagihkan kepada semua orangdi situ. “Kami kadang kala tidak makan untuk berhari – hari kerana mahu menjimatkan bekalan makanan. Yang penting, kanak – kanak diutamakan dahulu kerana tidak mahu mereka kebuluran dan jatuh sakit”, kata seorang wanita yang sudah agak berusia di situ. “Susah untuk kami berehat kerana pada waktu malam pun kami diserang”, kata seorang pemuda di situ. Menjelang petang, Demi dan krewnya pulang ke rumah Hozua. Setelah makan malam yang serba serbi, mereka menganalisa segala maklumat yang benar – benar penting untuk dijadikan bahan artikel. Pada malam itu, Demi teringat tentang segala yang dilihatnya siang tadi. Segala kesusahan dan penderitaan itu mengingatkannya kepada keluarganya di Weston. Dia terus teringatkan rantai yang diberikan oleh kakaknya, masih di lehernya. Dia melihat gambar keluarganya. Dia sangat merindukan mereka dan mereka juga pasti merinduinya.

Minggu pertama mereka di Alstone berlalu dengan mereka pergi ke tempat – tempat yang dimusnahkan oleh askar Huntsgrove serta temu ramah dilakukan kepada penduduk di sekitar Alstone. Sekali – sekala, mereka terlintas dengan askar Huntsgrove, tetapi ketakutan terhadap mereka tidak lagi begitu menakutkan. Semakin banyak maklumat yang dapat mereka kumpulkan untuk artikel tersebut. Di samping bekerja, mereka juga menghulurkan bantuan kepada rakyat Alstone dalam apa jua bentuk yang mereka mampu sama ada dari segi kewangan, tenaga ataupun masa.”Seronok juga dapat membantu mereka di sini”, kata John kepada Demi. “Ya, bukan selalu kita dapat peluang yang sebegini”, kata Demi. Hubungan mereka dengan rakyat Alstone semakin rapat dan ini lagi memudahkan mereka untuk mermpaeroleh maklumat dari penduduk di situ.

Pada suatu hari, Demi dan krewnya membuat keputusan untuk keluar pada waktu pagi tanpa Hozua kerana takut menyusahkannya dan mereka sudah biasa dengan selok – belok kawasan di situ. Mereka berjalan kaki ke kawasan yang diserang oleh tentera durjana Huntsgrove tidak lama sebelum mereka mula – mula tiba di Alstone. Mereka berjalan di situ dengan berhati – hati agar tidak terpijak benda – benda yang tidak sepatutnya. Tiba – tiba, mereka terlihat empat orang askar Huntsgrove meletakkan sesuatu di dalam sebuah bangunan yang berada di situ. Richard terus merekamkan perbuatan mereka itu jikalau rakaman itu berguna di kemudian hari. Mereka tidak mengendahkan perbuatan mereka itu pada mulanya kerana tidak mengetahui apa yang diletakkan di dalam bangunan itu. Kamera Richard terus merakam. Tiba – tiba, bangunan itu meletup dan musnah sama sekali. Mereka tergamam buat seketika. Empat orang askar tadi tidak keluar dari bekas runtuhan bangunan itu dan mereka terus melarikan diri dari kawasan itu.

Ramai rakyat Alstone terkejut mendengar letupan itu. Mereka terjaga dari tidur mereka. Hozua bertanya Demi tentang apa yang berlaku. Mereka menceritakan apa yang berlaku dan menunjukkan rakaman Richard kepada Hozua. Dia amat terkejut melihat perbuatan empat orang askar tadi. Kini, mereka tahu mengapa mereka diserang meskipun mereka tidak melakukan apa – apa yang menyalahi undang – undang. Perasaan marah ldan geram menyelubungi diri Hozua kerana dia boleh mengagak rancangan sebenar Huntsgrove. Mereka tidak boleh duduk diam. Tiba – tiba, tidak semena – mena, lima buah kereta kebal menuju ke arah Muawe. Mereka melepaskan tembakan ke arah Muawe. Dalam sekelip mata, dua buah rumah musnah begitu sahaja. Setelah itu, ramai tentera durjana Huntsgrove mula menyerang orang ramai di Muawe. Mereka memecah masuk rumah sesiapa sahaja dengan sesuka hati. Mereka melepaskan tembakan secara rambang dan tidak mempedulikan sama ada tembakan mereka mengenai wanita atau kanak – kanak. “Kami tidak bersalah! Jangan tembak kami!”, jerit kebanyakan orang di Muawe, tetapi jeritan itu tidak dipedulikan oleh tentera durjana Huntsgrove. Mereka bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

John dan Richard merakam semua yang dilakukan oleh pihak Huntsgrove. Ketika itu, sambil melarikan diri, Demi hanya memikirkan keadaan jika dia terkorban di situ dan reaksi keluarganya apabila menerima kematiannya. Hozua terus membawa Demi dan krewnya ke rumahnya untuk menaiki jip terus ke lapangan terbang. Tiba – tiba, Demi terfikir bahawa mereka perlumenghentikan semua ini. Dia fikir dia harus berbuat sesuatudan dia mendapat idea dengan menghantar segala rakaman John dan Richard kepada Encik Samuel agar dapat diberi kepada Jabatan Pertahanan Weston untuk melakukan tindakan yang sepatutnya. Dalam perjalanan berlari ke rumah Hozua, Demi tidak mempadulikan segala apa yang dilanggarnya walaupun dia sendiri tercedera. Setibanya di rumah Hozua yang masih belum diserang, Demi memberitahu John mengenai rancangannya itu. John dengan segera menghantar video itu ke Weston melalui Internet. Setelah itu, mereka hanya boleh berharap bahawa video itu sampai dengan segera kepada pihak tentera Weston.

Di Weston, Dean Samuel terkejut menerima video itu dan setelah menerima mesej Demi, Encik Samuel terus menghantarnya kepada Jabatan Pertahana Weston. Kembali ke Alstone, Demi dan krewnya masih bimbang akan keadaan rakyst di sana. Ketika mereka mahu menuju ke arah jip Hozua, mereka ditahan oleh tiga orang tentera Huntsgrove. Mereka berasa takut apabila mereka mula disoal oleh tentera – tentera tersebut sambil diacukan senjata terhadap mereka. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Hozua cuba melawan askar – askar tersebut. Akibat dari tindakannya itu, satu tembakan terlepas dan mengenai bahu kiri Hozua. Maria yang berada di situ menjerit melihat suaminya ditembak. Salah seorang tentera itu mengugut Demi untuk menyerahkan segala baha kajian yang diperolehinya mengetahui bahawa Demi adalah seorang wartawan. “Tidak! Aku tidak akan serahkannya kepada kau!”, marah Demi kepada askar itu, askar itu mengugut hendak membunuh Hozua jika tidak mengikut suruhannya. Belum sempat Demi menyerahkannya kepada askar tersebut, lima buah pesawat pejuang melintasi ruang udara Muawe.

Pesawat – pesawat tersebut melepaskan tembakan ke arah kereta – kereta kebal Huntsgrove. Kesemua kereta kebal mereka hancur. Akibat letupan itu, serpihan – serpihannya mengenai orang ramai termasuk Demi. Dia pengsan. Setelah Demi sedar, dia berada di hospital dan wajah pertama yang dilihatnya ialah wajah kak Milanya. Alangkah gembiranya Demi melihat kakaknya berada di sampingnya. Badannya sakit – sakit. Mila memberitahu Demi bahawa tangan kanannya telah patah dan badannya dipenuhi luka – luka kecil. Dalam keadaan yang separa sedar, Demi tertodur ketika kakaknya masih menerangkan tentang keadaannya. Apabila Demi sedar semula, matanya tiba – tiba menjadi kabur, air matanya mula bergenang. Demi tidak mampu menahan limpahan air matanya dari terus membasahi pipinya. Tanpa disedari, tangan lembut mengusap – usap di bahunya.

“Tahniah, adikku! Tidak pengorabananmu itu menjadi sesuatu yang sia – sia selama ini”, kata kak Mila. Demi terkejut dengan kata kakaknya itu. “Kenapa kak? Apa yanag saya sudah lakukan?”, soal Demi. Kakaknya menceritakan tentang apa yang berlaku kepada negara Huntsgrove. Pemimpin Huntsgrove dihadapkan ke muka pengadilan dan mereka diminta untuk membiayai pembinaan semula Alstone. “Meskipun nyawa orang yang mereka sayangi tidak dapat diganti, namun mereka dapat meneruskan hidup dengan masa depan yang lebih cerah”, kata Mila kepada Demi. Seminggu kemudian, Demi mendapat berita dari Hozua yang mengatakan bahawa mereka selamat di sana dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Demi dan krewnya kerana telah menghentikan penderitaan mereka di sana.

“Sebenarnya, itu bukan usaha kami sahaja, tetapi usaha kamu juga, Hozua. Kita sama – sama telah membebaskan Alstone”, kata Hozua. Demi memulakan artikelnya dengan segala bahan yang diperolehinya di Alstone. Artikel itu selesai dalam masa sebulan sahaja dan dikeluarkan dalam satu isu khas majalah The World. Artikelnya itu menjadi kebanggaan bagi majalahnya. Encik Samuel membuat keputusan untuk menjadikan pengalaman Demi di Alstone dalam bentuk novel agar boleh dibaca oleh semua orang. Demi, John, dan Richard dianugerahkan pingat “Wira Negara Weston” kerana berjaya menunjukkan belang sebenar Huntsgrove kepada dunia. Sejak peristiwa itu, Demi sentiasa berhubung dengan Hozua untuk mengetahui perkembangan di sana. Pada Demi, Alstone akan sentiasa berada di hatinya dan pengalamannya itu akan sentiasa diingatinya hingga ke hari tuanya. Pengalaman itu jugalah yang menjadikan Demi seorang yang lebih kuat dan tabah.
This entry was posted on 9:36 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: