Perjalanan: Muhammad Rosli
8:58 PTG | Author: Idris Bin Saleh
PERJALANAN


“ Nah, ambil alamat ini, moga – moga ianya dapat membantu engkau mencari sebuah kehidupan yang baru” kata cikgu Ibrahim kepada Faez yang merupakan pelajarnya di Rumah Bakti Titian Cahaya sambil menghulurkan sepucuk surat yang bersaiz sederhana yang mempunyai alamat. Faez menerimanya sambil tersenyum sebagai tanda terima kasih. Cikgu Ibrahim pula hanya membalas senyuman tersebut dengan senyuman juga. Faez seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama cikgunya di rumah tersebut. Dia telah dihantar di rumah tersebut di dalam sebuah bakul dengan sepucuk surat.Cikgu Ibrahim lah yang telah mengajarnya tentang erti kehidupan. Terutama sekali, cikgunya mengajar dia supaya tidak menyalahkan ibubapanya sendiri oleh kerana perlakuan mereka. Kini Faez telah pun berumur 18 tahun dimana dia sudah dilepaskan oleh rumah tersebut mengikut peraturan.

Sambil berjalan ke motorsikal yang dihadiahkan oleh cikgunya, dengan perlahan serta cermat dia membuka surat yang baru didapatinya sebentar tadi.

“Aaa… iiii …..eee…. uuuu” Faez kelihatan susah sekali hendak membacanya.

“Aaahhhh, apa benda ni? Tulisannya dah la bersambung, ada kesan macam kena air pula” Faez berdialog dengan dirinya sendiri. “No. 34 Jalan Keramat 8/7, Taman Bukit Keramat, Kuala Lumpur” sambil duduk diatas motorsikal dia membaca alamat yang tertera di surat itu dan berkata di dalam hatinya itulah destinasinya. Dia pun terus menghidupkan enjin motorsikalnya lalu memulakan perjalanan hidupnya ke platform seterusnya yang telah ditentukan olenya. Deruman motorsikalnya yang melalui jalan raya telah memecahkan sunyi di waktu pagi dan ianya kedengaran semakin sayup dari Rumah Bakti yang terletak di Lembah Beringin dan rumah itu seakan – akan mengharapkan kepulangannya pada suatu hari nanti.

Setelah satu jam lima belas minit dia menunggang motorsikal, akhirnya dia terpaksa berhenti di sebuah gerai makan kerana karenah perutnya yang asyik berbunyi sejak 10 minit yang lalu. Dia terus meletakkan kenderaannya dengan berhati – hati di hadapan warung melayu yang dijumpainya. Dia terpaksa duduk bersama seorang lelaki yang tegap badannya kerana warung tersebut sesak dengan pelanggan yang dating dari pelbagai jenis bangsa yang himpit - menghimpit.
“Assalamua’laikum” Faez memberi salam. Dengan wajah yang agak pelik lelaki itu menjawab
“waa’laaikumussalam”. Kemudian Faez berkata “bolehkah saya duduk di sini ?”. “Oh, sudah tentulah boleh” balasnya mesra.
“Nama saya faez” dia memperkenalkan diri sejurus sahaja selepas dia memesan sepinggan nasi lemak berlauk ayam goreng bersama secawan teh tarik suam kurang manis.
“Nama saya Ayman……Ayman hafeez” balasnya. Apabila sampai sahaja pesanan Faez, Ayman bertanya “dari mana ni?, abang lihat kamu ni macam bukan orang sini je” .

“Oh, saya dari rumah anak yatim di Lembah Beringin, saya sedang mencari ibubapa kandung saya” Faez menjawab persoalan tersebut. “Oh, orang dari jauh rupanya, abang tinggal disini sahaja”. “Cik tahu tak di mana tempat ni” tanya faez sambil menghulurkan sampul surat yang berwarna putih. Setelah mendengar arah tuju daripada jejaka tegap tersbut dan selesai bersarapan pagi, Faez pun mengucapkan terima kasih yang dialunkan senyuman dan berjabat tangan dengan lelaki tersebut. Seterusnya dia menunggang motorsikalnya, menghidupkan enjin motorsikalnya dan teru bergerak menuju ke destinasinya.

Sesudah lima kilometer meter minyak motorsikalnya sudah pergi ke huruf ‘E’. Faez mula tergopoh – gapah mencari stesen minyak berdekatan. Akhirnya dia menjumpai stesen minyak petronas selepas beberapa minit, dia terus ke sana dan mengisi minyak. Sewaktu itu dia ternampak sebuah kereta berwarna hitam yang begitu mewah. Kereta tersebut biasanya digunakan oleh orang yang kaya sahaja Kemudian keluarlah seorang lelaki yang berkaca mata hitam, tinggi lampai orangnya dan mempunyai paras rupa yang agak kacak. Terdetik di dalam hatinya, kemungkinan orang itu ialah pelakon. Apabila lelaki tersebut berjalan di hadapan Faez,

“selamat sejahtera, adakah encik ni pelakon yang bernama Fadzeell”. Sewaktu di asrama dahulu Faez bersama rakan – rakannya sering juga mononton drama bersiri lakonan pelakon tersebut.

“ Ya, itulah saya” balasnya.

“saya memang minat dengan abang Fadzeel, abang ada tak berlakon dalam filem terbaru yang akan ditayangkan? ” soalan yang diajukan kepada Fadzeell.

“Oh, saya ada berlakon dalam filem yang akan mula ditayangkan di pawagam pada enam julai ini, iaitu filem ‘DIKEHENDAKI’ sebagai watak utama, kamu jangan lupa untuk menontonnya”.

“ Insya-Allah” faez berkata kembali. Setelah selesai mengisi minyak petrol dan sesudah bertanya khabar dengan seorang pelakon, dia terus ke surau di stesen minyak bagi menunaikan solat zohor. Faez pun meneruskan perjalanannya yang masih jauh kiranya.

Sampai sahaja di sebuah Bandar yang mempunyai penduduk yang agak ramai, dia pun meletakkan motorsikalnya dihadapan sebuah kedai buku. Dia kelihatan begitu letih sekali kerana telah menunggang lama. Faez pun masuk ke dalam kedai buku tersebut dengan niat dia hendak merehatkan dirinya dan mencuci matanya sambil melihat buku – buku yang dijual di situ. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kedai tersebut, dia terlihat satu susunan buku yang tinggi yang sangat kreatif dan rapi kemudian dia bermonolog sendiri “ wah hebat betul susunan ini, pasti isi di dalam buku ini menarik”. Kemudian Faez mengambil salah sebuah buku diantara susunan tersebut serta membeleknya.

“Hm… jualan buku terlaris di Malaysia, tajuknya pula ‘RANCANG HIDUP, RANCANG WANG bahagian 2’ , penulisnya ialah Abdul Hadie Haroon” Faez bercakap sendirian. Pada pendapatnya mungkin buku yang berwarna hijau dan bersaiz sederhana ini benar – benar bagus, tetapi dia tidaklah mempunyai wang sehingga RM 299.99 untuk membeli buku yang berharga tersebut kerana wang yang di bekalkan oleh cikgu Ibrahim hanyalah cukup – cukup untuk seminggu dua ini sahaja. Selepas itu, dia pergi ke bahagian komik pula. Disitu melihat sebuah komik yang menarik kerana tajuknya iaitu ‘Kembara’ dan komik itu merupakan karya kartunis yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Azrey. Banyak juga komik yang yang dibuat oleh kartunis tersebut yang telah dibaca oleh Faez. Contohnya seperti The Guild, Pahlawan Dunia, Seindah Sakura, In The End dan sebagainya. Kartunis tersebut juga telah memenangi anugerah cerita terbaik Asia dan lukisan terbaik Asia 2007 dan 2009.

Faez pun keluar dari kedai buku setelah menunaikan hajat di hati iaitu melihat – lihat buku yang menarik di dalamnya. Sewaktu dia memakai topi keledarnya berwarna hitam untuk keselamatan, datangnya seorang lelaki lalu berkata “ Assalamua”laikum abang, nama saya Afief, saya dari rumah anak – anak yatim di Selayang, tolonglah derma untuk tabung Rumah anak – anak yatim ini”.

Faez tanpa berfikir panjang, dia mengeluarkan sekeping wang kertas bernilai lima ringgit. Faez menghulurkannya dengan satu sulaman senyuman. Budak lelaki tersebut menerimanya dengan ungkapan terima kasih. Tidak lama kemudian kelibat budak tersebut tidaklah ternampak lagi. Kemudian Faez tidak mahu membuang masa kerana bak kata pepatah “masa itu emas”, dia terus menunggang motorsikal bagi mencari tempat untuk sembahyang asar kerana jam sudah pun tepat pada pukul 5.05 petang.

Dia menunaikan sembahyang asarnya di sebuah surau yang dijumpainya sebentar tadi. Itu pun selepas dia bertanya pada seorang peniaga melayu yang menjual jambu batu di tepi jalan. Benarlah kata pepatah orang dahulu kala “malu bertanya, sesat jalan”. Selepas itu, dia mula mencari – cari warung makan di tepi jalan, kerana pada pendapatnya warung seperti itu lebih murah berbanding dengan restoran – restoran lain. Malangnya gerai – gerai kecil seperti itu telah pun tutup kerana hari sudah lewat senja. Oleh kerana tiada pilihan faez pun pergi lah ke sebuah kedai makan yang bernama ‘Restoran Ezaldin’. Apabila duduk sahaja sudah pelayan yang datang untuk menulis pesanan.
“Berikan saya, nasi goreng satu bersama telur mata kerbau dan air jus tembikai secawan” kata Faez.. sementara menunggu pesanannya sampai, dia tercari – cari siapakah yang bernama Ezaldin. Selesai sahaja makan, faez pergi ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Faez tidaklah terkejut akan harganya mencecah sehingga sepuluh ringgit kerana Faez telah menduganya.

Semasa dia berjalan kaki ke motornya, dia memandang langit yang sudah mula keluar kemerah – merahannya seperti saga. Oleh kerana itu, dia pergi semula ke masjid yang baru sahaja dia datang pada petang tadi. Dia menunaikan solat maghrib secara berjemaah dengan penduduk di situ. Di asrama dahulu mereka juga sering solat bersama – sama. Ssudah solat, terdapat sedikt tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Muazz Muin. Tazkirah tersebut mengenai menghormati orang tua. Habis sahaja tazkirah, mereka semua akan bangun untuk bersalaman sambil berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad. Dengan langkah yang kecil Faez pergi kepadaa Ustaz tersebut dan memberi salam “ assalamua’alaikum”.

“ Wa’alaikumussalam, anta bukan orang sini, anta datang dari mana “ jawab ustaz tersebut. Faez menceritakan semuanya kepada ustaz tersebut, serta dia meminta pendapat tentang kehidupannya sekarang.

“ Kita tidak boleh menganggap ini kesalahan sesiapa, anggaplah ini sebagai satu suratan takdir yang telah dibuat sebagai satu ujian untuk anta. Allah yang maha esa tidak akan sama sekali menduga seseorang itu dengan satu ujian yang tidak dapat dihadapi oleh hambanya tersebut” terang ustaz dengan wajah yang begitu ikhlas. Apabila Faez turut menganggu – angguk, Ustaz tersebut mengajaknya untuk menunaikan pula sembahyang fardhu isya’ bersama jemaah lain.

Dia berasa sungguh tenang dan tenteram apabila berada disamping Ustaz Muazz, tetapi dia perlu pergi dari situ bagi meneruskan perjalanannya ke destinasi sebenar. Dia berangkat dari situ pada tepat pukul 9.00 malam. Sewaktu Faez sedang menunggang motorsikalnya, bermacam – macam perkara yang tertayang di kotak fikirannya. Dia sering tertanya – tanya apakah dia masih jauh lagi dari destinasinya atau tidak.. Dia juga tertanya bagaimanakah kehidupannya selepas dia sampai ke destinasinya. Sedang fikiran faez melayang – layang entah ke mana, tiba – tiba sebuah kereta berwarna biru air laut meluncur secara melulu. Kereta tersebut dengan mengejut dan tidak sengaja telah melanggar bahagian belakang motorsikal faez, dia terus menjadi tidak menentu dan terhuyung – hayang lalu dia terjatuh dari dan tergolek ke tebing jalan raya. Motorsikalnya pula habis remuk akibat terseret dan menghempas ke dinding. Ianya merupakan sebuah kemalangan yang tidak diduga kedatangannya. Ianya datang seperti durian gugur dari pokoknya.

Dalam keadaan sedar dan tidak sedar, dia mendengar suara menjerit – jerit.

“Encik tidak apa – apa”. “ Ya Allah, jangan lah mati dahulu” suara itu masih berkumandang. Kemudian faez pengsan dan terus tidak sedarkan diri bersama darah berwarna ros merah mengalir di kepala dia. Lelaki tersebut terus gelisah tidak tentu arah. Dia menjadi serba salah. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menebus kembali kesalahannya dengan membawa Faez ke hospital yang berdekatan. Apabila tiba di sebuah hospital Ampang, dengan jururawat membawa Faez ke bilik kecemasan bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin. Setelah beberapa jam Faez dirawat, lelaki tersebut dibenarkan untuk melihat Faez. Faez pun telah sedar dari pengsannya.

“ Siapa encik?” tanya Faez.

“ Nama saya Sulaiemann, saya ingin meminta maaf kerana telah tidak sengaja melanggar awak. Saya jugalah yang telah membawa cik ke sini ”. Faez hanya mampu termenung sahaja akan kejadian baru sahaja berlaku. Dia memandang jam diniding di bilik tersebut sudah pun menunjukkan pukul dua tiga puluh minit pagi. Tiba – tiba kelihatan dua orang doktor masuk dan terus memberi salam.

“ Saya doktor Muadzz dan yang ini pula doktor Faizz” sambil menuding jari ke arah lelaki yang seorang lagi.

“ kecederaan awak tidak lah terlalu parah, hanya luka pada bahagian yang tidak memudaratkan dan ianya boleh pulih” kata doktor Faizz.

“ Cuma awak perlu berehat disini pada malam ini awak boleh beredar pada keesokan hari” kata doktor Muadzz. Sambil memandang Sulaiemann Faez bertanya “ motorsikal saya di mana?” .

“Oh ianya berada di bahu jalan di tempat berlaku kemalangan, jangan risau saya akan membayarnya dan menghantar awak esok hari” jawab Sulaiemann.

Pada keesokan harinya Sulaeimann datang dengan wajah yang tulus. Faez pun telah bersiap – siap untuk bertolak. Semasa mereka berjalan ke kereta tiada sepatah di lafazkan oleh masing – masing. “ Alamat nya apa?” tanya Sulaiemann sambil menghidupkan enjin keretanya. Faez memberi alamat tersebut yang dia sendiri tidak tahu benar atau pun tidak. Dengan tenang dan damai mereka memulakan perjalanan. Di dalam perjalanan tersebut mereka hanya mendengar celoteh seorang penyampai radio di sebuah stesen radio yang dipasang oleh Sulaiemann beberapa minit sebentar tadi. Mereka berhenti di sebuah untuk bersarapan. Mereka berdua menikmati nasi lemak berlauk ayam bersama teh tarik. Sewaktu makan mereka hanya bersembang sekejap sahaja. Setelah selesai bersarapan, mereka meneruskan perjalanan. Dalam kira – kira satu jam setengah, mereka sampai di hadapan rumah yang dicari oleh faez.

“ Assalamua’laikum” Faez memberi salam dengan penuh harapan. Tiba – tiba keluar seorang lelaki tua yang tidak berapa tinggi.

“ waalikumussalam, anak ni cari siapa?” tanya orang tua tersebut. “ Saya mencari Encik Khairul, dia ada di rumahkah?” tanya Faez. Belum lagi orang tua tersebut hendak menjawab, keluar seorang lelaki yang tinggi berpakaian kemeja dan tampak lebih muda dari lelaki tua sebentar tadi.
“ saya Khairul, ada apa?” kata lelaki tersebut.

“ hm….. saya Faez , saya dari Rumah Bakti Titian Cahaya di Lembah Beringin” terang Faez. “ kamu ni Faez, ya Allah, Faez anakku” dia terkejut lalu tangisan keluar dari matanya kerana perkara yang tidak pernah disangka berlaku. Faez terus masuk bersalaman dengan ayahnya dan terus memeluk ayahnya. Kali pertama dia melafazkan perkataan ‘ayah’ kepada manusia yang berhak memilikinya. Sulaiemann hanya memandangnya dari jauh. Di dalam hati Faez, dia berasa sungguh bersyukur ke atas perkara yang terjadi. Setelah bermacam – macam perkara berlaku, dan akhirnya dia menjumpai ayah kandungnya dan dia akan hidup dengan lebih bahagia.

Imbang Penuh
This entry was posted on 8:58 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: