Hati Besi, Kudrat Waja : Syahirah Ahmad Kamal
10:03 PTG | Author: Idris Bin Saleh
Hati Besi, Kudrat Waja

“Nadhira, kita main lagi ya esok!” Aku menjerit ke arah nadhira sambil berlari-lari untuk pulang ke rumah kerana hari sudah lewat. Setelah sampai, aku cepat-cepat merebahkan tubuhku di atas katil sambil tercungap-cungap. Nafasku begitu kencang. Aku terlalu letih bermain dengan jiran-jiran di sekeliling rumahku. Walaupun letih, aku tetap berpuas hati kerana aku berjaya menggembirakan hatiku. Setiap petang, aku pasti tidak akan ketinggalan untuk main di luar rumah atau ke padang permainan. Inilah rutinku setiap petang. Seperti biasa, aku akan segera mandi selepas rehat sekejap. Setelah itu, aku akan solat maghrib dengan pantas dan kemudian makan malam bersama keluarga. Pada malam itu, aku tidak berminat untuk menonton televisyen. Aku terus menuju ke bilik tidur. Aku duduk sahaja di atas katil sambil menyandar pada bantalku yang empuk. Setelah duduk sahaja di atas katil tanpa berbuat apa-apa, aku mengambil keputusan untuk merenung sementara.

Aku termenung akan gembiranya aku menjadi seorang kanak-kanak. Aku berasa sangat bertuah menjadi seorang kanak-kanak. Kini, aku berumur 12 tahun. Aku begitu sedih kerana umurku kian meningkat. Kalau boleh, aku tidak mahu membesar. Aku ingin sekali menjadi kanak-kanak seumur hidup. Aku tidak suka membesar. Aku tidak mahu menjadi seorang dewasa kerana setiap hari aku melihat ibu dan ayah terpaksa ke pejabat untuk kerja. Kadang-kadang mereka juga berbincang tentang bil, cukai, sewa, dan lain-lain lagi hal yang berkaitan. Aku anggap orang dewasa berat tanggungjawabnya. Terlalu besar tanggunjwab mereka sehingga mereka terpaksa bersusah- payah mencari nafkah untuk keluarga. Keluargaku bukanlah tergolong dalam keluarga yang susah. Kami hanya sederhana. Tetapi, keluargaku tidak juga ketinggalan daripada mengalami masalah kewangan seperti keluarga yang lain. Aku tidak mahu memberatkan kepala aku dengan memikirkan hal-hal orang dewasa. Aku tidak suka. Oleh sebab itulah aku tidak mahu menjadi orang dewasa.

“ Dania, kenapa tak tidur lagi? Dah lambat ni.” Aku tersedar daripada lamunanku tadi apabila ibu membuka pintu bilikku.

“Nia tidur sekarang, ibu.” Aku terus bangun dari katil dan pergi untuk menutup suis lampu. Gelap sungguh bilikku. Aku masih belum boleh melelapkan mata, jadi, aku menyambung lamunanku sebentar tadi. Beberapa lama kemudian, aku terus tertidur tanpa menunaikan solat isya’. Aku memang selalu begitu. Waktu solat yang selalu aku tinggal ialah waktu asar dan isya’. Aku begitu asyik bermain di luar sehingga terlepas solat asar. Solat isya’ pula selalu ditinggalkan kerana aku selalu mengantuk selepas menonton televisyen. Aku tidak berasa bersalah untuk meniggalkan solat walaupun ibu dan ayahku selalu menyuruhku untuk solat kerana aku tahu aku masih kanak-kanak dan tidak perlu menanggung dosa. Guru di sekolahku menyatakan bahawa kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh sentiasa disayangi Allah dan dosa mereka tidak dikira lagi. Hal ini menjadi satu lagi faktor mengapa aku suka menjadi kanak-kanak.

“ Nia, bangun, Nia. azan subuh dah bunyi. Pergi bangun dan ambil wuduk sekarang.” Aku dengan penuh rasa malas terus bangun dan pergi ke tandas untuk mengambil wuduk. Setelah itu, aku menunaikan solat subuh. Sepanjang solat, aku tidak dapat menumpukan perhatian kerana terlalu mengantuk. Maklumlah, hari ini hari Sabtu. Aku selalu bangun lambat pada hujung minggu. Selepas solat, aku tidur semula. Aku tidur semula kerana aku ingin memenuhi masa tidur aku yang tidak cukup sepanjang minggu persekolahan. Biasanya, aku akan melakukan kerja rumah yang diberi oleh guru di sekolah dan menonton televisyen. Aku tidak perlu melakukan kerja tambahan di rumah kerana aku mempunyai pembatu rumah. Oleh itu, aku gembira setiap kali hari minggu tiba kerana aku boleh merehatkan badan dan mindaku yang banyak bekerja pada hari-hari persekolahan.

Malam itu, aku berasa tidak selesa. Perut aku terasa sangat sakit. Sakitnya memulas-mulas. Aku benar-benar tidak dapat menahan sakit tersebut. Ibuku menemaniku di dalam bilik.

“ Dekat mana sakit,Nia? Mari ibu lihat supaya, ibu boleh sapukan minyak angin.”

“ Nia sakit dekat bawah pusat. Sakitlah ibu. Nia tak tahan.”

“ Ibu rasa, Nia bukan sakit sebab salah makan, tapi mungkin sebab Nia dah nak period.”

“ Kenapa ibu cakap macamtu? Nia yakin Nia salah makan. Tak mungkinlah.”

Aku benar-benar terperanjat apabila ibu mengatakan mungkin aku hampir datang period. Aku rasa hendak marah. Aku benci perkataan itu. Perkataan itu menandakan aku akan melangkah ke alam dewasa. Aku tidak mahu. Aku masih belum bersedia. Aku tidak mahu menanggung tanggungjawab yang berat. Pada keesokan harinya, aku melakukan aktiviti yang biasa aku lakukan pada hari Ahad. Pada waktu petangnya, aku keluar seperti biasa untuk ermain bersama jiran-jiran. Jiran-jiranku pelik melihat gelagatku. Mereka pelik kerana biasanya akulah yang paling aktif bermain, tetapi kali ini aku hanya duduk di kerusi batu sambil melihat mereka bermain. Kemudian, aku melihat Danish dan Nadhira datang ke arahku.

“ Kenapa awak tak ikut main? Biasanya awak paling bersemangat sekali.” Danish menanyakan soalan tersebut kerana dia pelik aku hanya duduk.

“ Saya sakit perut sejak semalam lagi. Saya balik dulu ya. Saya rasa tak selesa.”

“Baiklah, Nia. Nanti bila tak sakit, awak mainlah dengan kami lagi.” Aku terus pulang ke rumah dan menuju ke tandas kerana aku berasa tidak selesa. Tiba-tiba, aku melihat darah mengalir. Aku begitu terkejut. Aku menjerit ketakutan. Ibuku bergegas melihat keadaanku. Setelah ibuku melihat keadaanku, dia hanya tersenyum dan kemudian mengatakan aku sudah menjadi anak dara. Aku menangis sepanjang malam dan tidak berhenti menyalahkan ibu. Aku mengatakan bahawa sebab aku datang period adalah kerana mulut ibuku yang masin. Ibuku hanya bersabar dan sibuk menelefon saudara-maraku yang lain hanya untuk menyampaikan berita bahawa aku sudah menjadi anak dara. Adik-adikku pula hanya gelak sahaja. Tindakan ibu membuat aku bertambah marah. Sebelum tidur, ibuku masuk ke dalam bilikku dan memberi beberapa nasihat dan pesanan kepadaku. Ibu juga menceritakan kisah dia menjadi anak dara buat kali pertama.

Aku bingung. Aku tidak dapat tidur sepanjang malam. Banyak perkara yang bermain di fikiranku. Aku fikir selepas ini aku mesti pakai tudung apabila keluar atau berjumpa dengan lelaki yang bukan mahram. Aku juga takut dipandang pelik oleh jiran-jiran dan saudara-maraku apabila aku bertemu mereka dengan cara berpakaian yang baru. Aku takut diejek dan yang paling teruk, aku tidak mahu menanggung dosa sendiri. Aku sedar selepas ini aku tidak lagi boleh meninggalkan solat dan harus menjaga tingkah laku. Aku berasa sedih kerana aku tidak lagi boleh berperangai seperti kanak-kanak yang belum matang. Aku benar-benar tidak mahu melangkah ke alam baru. Aku juga tidak mahu dipanggil anak dara. Aku mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri kepada cara hidup yang baru ini walaupun banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi.

Cabaran yang aku terima antaranya ialah jiran-jiranku memanggilku ustazah apabila aku menyertai mereka bermain di padang, saudara-maraku pula hanya terkejut melihat transformasi imejku dan ada juga sesetengah rakanku menyuruhku membuka tudung kerana aku dianggap seperti orang yang ketinggalan zaman. Aku beruntung kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokongku dari belakang. Genap sebulan aku menjadi anak dara dalam keluargaku, adikku yang kedua pula, Damia menyertaiku. Pada mulanya, dia juga menangis sepertiku, tapi lama- kelamaan dia dapat menerimanya. Kini, aku tidak lagi berasa malu dengan perubahanku, malah aku berasa bangga kerana aku berjaya menghalang diriku dari melanggar perintah Allah. Aku tidak lagi meninggalkan solat dan aku juga memakai tudung di hadapan orang yang bukan mahram. Aku juga menjadi ikutan adikku dalam hal berkaitan agama.

* * *

Aku begitu berdebar-debar. Aku tidak ada selera untuk bersarapan. Hari ini merupakan hari pertamaku ke sekolah menengah. Sekolahku yang baru terletak hanya 10 kilometer dari rumahku. Aku akan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara. Aku menyuruh ayahku cepat-cepat makan kerana aku tidak mahu lewat ke sekolah pada hari pertama. Kemudian, ayahku menghantarku ke sekolah. Setelah tiba, aku berasa lega kerana aku melihat rakan karibku, Adriana juga haja tiba.

“ Adriana, saya lega jumpa awak. Mari kita jalan bersama.”

“ Saya juga lega jumpa awak. Mari.”

Aku dan Adriana terus berjalan menuju ke dewan serbaguna di sekolah itu. Aku dan Adriana sudah lama menjadi sahabat karib. Dia merupakan seorang kawan yang sangat memahami dan bertimbang rasa. Kami menjadi rakan karib kerana kami mempunyai banyak persamaan. Kami berdua begiu teruja untuk memasuki sekolah menengah. Kami rasa seperti kami sudah semakin besar. Setelah berada di dalam dewan, aku dan Adriana hanya duduk dan mendengar ucapan yang diberi oleh guru besar.

Setelah beberapa bulan, aku sudah biasa dengan keadaan di sekolah menengah. Pada mulanya, agak susah untuk aku membiasakan diri kerana alam di sekolah menengah sangat berbeza daripada di sekolah rendah. Aku tidak lagi boleh berperangai seperti kanak-kanak. Aku sekarang sudah menjadi seorang remaja. Aku sedar yang kehidupan seorang remaja bukanlah senang. Remaja ini banyak kemahuannya. Zaman remaja merupakan zaman paling kritikal dalam kehidupan seseorang. Kebanyakan masalah yang berlaku dalam masyarakat melibatkan remaja sekolah. Insya-Allah aku tidak akan terlibat dalam gejala sosial yang berlaku sekarang. Aku percaya selagi mana aku berpegang pada agama, aku tidak akan tersalah jalan. Aku juga bersyukur kerana ibu dah ayah telah berjaya mendidikku dengan baik.

Semakin lama di sekolah menengah, aku mula menyedari perubahan pada Adriana. Sikapnya sudah berubah. Dia tidak lagi mahu memakai tudung apabila berada di luar sekolah. Dia juga bersikap semangin dingin terhadapku. Dia sudah mula terlibat dengan kes coupling dan ponteng sekolah. Aku sedar akan perubahan pada sikapnya semenjak dia mula berkawan dengan Thania. Thania merupakan seorang pelajar yang sering didengari terlibat dengan kes-kes disiplin di sekolah. Mungkin juga Thania telah membawa pengaruh yang kurang baik kepada Adriana. Adriana tidak lagi berkawan denganku. Aku cuba menasihatinya beberapa kali, tetapi dia tidak mahu mengikuti nasihatku. Aku sedih kerana aku telah kehilangan seorang rakan yang sangat aku sayangi. Semenjak kejadiaan tersebut, aku sentiasa kelihatan berjalan di sekolah seorang diri. Aku masih mempunyai rakan yang lain cuma aku lebih suk menyendiri sekarang.

Tanpa disedari, perangaiku juga semakin berubah. Aku sekarang lebih suka menyendiri. Ada rakan di sekolah yang mengatakan aku kera sumbang. Aku tidak kisah apa yang ornag katakana tentangku. Perubahan yang berlaku padaku bukan disebabkan oleh Adriana sahaja tetapi juga disebabkan oleh tekanan yang mulai aku terima di alam sekolah menengah. Aku menjadi semakin serius dalam pelajaran dan sukan. Aku kira sekiranya otakku fokus dalam hal pelajaran dan sukan, aku tidak akan memikirkan hal remeh yang lain. Matlamatku kini adalah untuk menjadi seorang yang menyuluruh. Aku ingin menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran, sukan, dan akhlak. Aku begitu bersemangat untuk mencapai matlamat ini. Semenjak Adriana tidal lagi berkawan dengaknu, aku tidak ada rakan karib. Aku semakin sukar untuk percaya kepada rakan.

Aku mengambil keputusan untuk rapat bersama keluarga dan saudara-mara. Aku fikir selama mana aku rapat dengan mereka, aku tidak perlu memikirkan hal rakan di sekolah. Sekarang, aku semakin akrab dengan sepupu-sepupuku. Sekiranya salah seorang antara kami mempunyai masalah, kami pasti akan menasihati satu sama lain. Mereka begitu memahami. Mungkin mereka begitu kerana aku telah mengenali mereka sejak au kecil. Aku gembira setiap kali bersama mereka. Setiap minggu saudara-maraku mesti berkumpul di rumah makcikku kerana Opah dan Wan menetap di situ. Opah dan Wan mengambil keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur apabila Wan disahkan sakit buah pinggang dan dia perlu mencuci darah. Aku simpati melihat Wan yang semakin lemah fizikalnya. Dia juga sudah menjadi semakin pelupa.

Tanggal 12 Mei merupakan hari yang amat menyedihkan bagi seluruh keluargaku. Pada hari itu Wan meninggal. Malam itu, aku pergi melihat Wan di hospital bersama keluargaku kerana Wan tenat. Aku hanya berdiri di sebelah katil Wan dan memegang tangannya. Wan hanya tersenyum melihatku dan ahli keluarga lain yang berada di keliling katilnya. Aku juga membaca surah yasin untuk Wan. Setengah jam kemudian aku melihat di hadapan mataku sendiri apabila Wan menghembuskan nafas terakhirnya. Aku dah orang lain terus menangis kesedihan. Pada keesokan harinya, jenazah Wan telah sedia untuk dikebumikan. Saat yang paling menyedihkan ialah apabila semua ahli keluarga mencium jenazah Wan. Aku sedar bahawa aku telah kehilangan seorang datuk yang amat mengambil berat tentang hal keluarganya.

Pada malam hari tersebut, kenduri tahlil telh diadakan. Setelah majlis selesai, seluruh keluarga dan saudara-maraku duduk di dalam satu bulatan besar dan menceritakan tentang Wan. Aku dan keluarga yang lain menangis apabila mendengar apa yang Opah katakan.

“ Sebelum Wan meninggal, Wan ada sampaikan pesanan buat kita semua. Wan cakap, kita ini satu keluarga mesti saling sayang-menyayangi dan bekerjasama. Barulah keluarga kita boleh jadi kuat dan kita tidak akn berpecah. Wan juga cakap kita mesti mendalami agama supaya kita tidak terpesong.” Semua orang hanya diam sahaja ketika mendengar apa yang Opah sampaikan. Aku berasa lebih bersemangat ketika mendengar pesanan Wan. Aku akan ikut apa yang Wan inginkan untuk keluarganya. Aku juga akan pastikan hubungan kekeluargaan antara kami semua tidak akan luput.

* * *

Kini, aku sudah berada di tahun terakhirku di sekolah menengah. Aku sekarang sudah berada di tingkatan lima. Persahabatanku dengan Adriana telah kembali normal Cuma aku tidak lagi akrab dengan dia. Aku tidak rapat dengan sesiapa pun di sekolah. Aku seorang yang neutral. Aku berkawan dengan semua orang. Aku menyedari bahawa masa telah berlalu dengan begitu singkat. Aku sudahpun besar. Aku tahu pasti ada banyak cabaran yang akan ku lalui pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun yang amat penting kerana aku akan menduduki peperiksaan SPM. Aku mesti berusaha untuk berjaya dalam peperiksaan ini. Peperiksaan ini akan menentukan sama ada aku boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara atau tidak. Aku ingin sekali menjadi seorang doktor.

Setelah tiga bulan berada di tingkatan lima, aku berasa semakin tidak bersemangat untuk belajar. Hal ini disebabkan kerana aku mendapat markah yang rendah dalam ujian baru-baru ini. Aku tidak mengerti bagaimana aku boleh mendapat markah yang rendah. Padahal aku telah belajar bersungguh-sungguh. Aku kecewa dengan diriku. Lama-kelamaan, aku menjadi seorang yang pesimis. Aku hanya optimis dalam sukan. Aku bersukan bersungguh-sungguh untuk menghilangkan stress. Ibu dan ayah risau dengan keadaanku. Aku seperti sudah berputus asa dengan masa depanku. Markahku dalam pelajaran semakin merosot. Aku bertambah kecewa. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk mengalihkan perhatianku daripada pelajaran. Aku masih belajar cuma kurang bersungguh-sungguh.

Aku telah menemui aktiviti yang boleh menghilangkan tekanan. Aku bersukan bersungguh-sungguh sekarang dan rajin bersenam. Aku terlalu asyik bersukan sehingga tidak menghiraukan keletihan badanku sendiri. Aku sentiasa sakit tubuh badan kerana letih tetapi aku tetap sambung bersukan. Bersukan boleh menghilangkan tekanan dalam kepalaku. Seperti biasa, aku akan pergi jogging setiap minggu. Kali ini, aku ingin cuba untuk memaksa diriku berlari lebih jauh daripada jarak yang biasa aku lari. Biasanya, aku akan lari bersama ayah.

“Nia, kalau letih berhenti, jangan paksa diri. Nia boleh sakit macam ni.”

“ Nia masih boleh lari ayah. Nia tak letih lagi.” Aku menipu diriku sendiri. Sebenarnya aku memang sudah letih, tetapi aku tidak mahu berhenti. Aku mahu cuba memaksa diriku. Aku tidak mahu gagal. Aku begitu fokus semasa berlari. Tiba-tiba, aku terjatuh. Aku tidak dapat merasa lutut kiriku. Beberapa minit kemudian, aku sedar bahawa tempurung lututku telah beralaih tempat. Aku menjerit kesakitan. Ayah terkejut melihat keadaan lutuku. Ayah kemudian mengangkatku ke arah kereta dan membawaku ke hospital.

Doktor mengatakan bahawa aku harus menjalani pembedahan kecil di lutut untuk membetulkan semula posisi tempurung lututku. Pembedahan tersebut berjalan lancar. Pada keesokan harinya, aku boleh keluar dari hospital. Aku perlu memakai tongkat selama dua minggu. Sekali lagi, aku kecewa dengan diriku. Aku tidak tahu beruat apa-apa untuk menghilangkan tekanan di dalam kepalaku. Aku hanya duduk di atas katil sambil menangis. Beberapa lama kemudian, ibu dan ayah masuk ke dalam bilikku. Mereka duduk di sebelahku untuk menasihatiku. Mereka menyuruhku bertenang. Mereka menasihatiku supaya menjadi seorang yang optimis dalam kehidupan. Mereka mahu melihat aku berjaya. Mereka juga menyuruh aku meluahkan semua perasaanku. Akhirnya, mereka memahami apa yan sedang berlku dalam hidupku dan menyuruh aku sabar dan tidak berputus asa.

Kata-kata mereka pada malam itu telah menyedarkan aku. Aku mulai sedar tentang kesalahanku. Aku tidak mahu lagi mengecewakan ibu dan ayah. Aku ingin membanggakan mereka. Aku juga ingin menjadi contoh yang baik kepada adik-adikku. Aku menetapkan semula matlamatku. Semua yang terjadi padaku hanyalah ujian daripada Allah. Aku harus tabah menerimanya. Aku ingin mejadi seorang yang bukan sahaja berjaya di dunia malah juga di akhirat. Aku mahu bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu. Aku tidak lagi mahu berputus asa. Aku akan cuba sedaya upaya untuk mengecapi impianku. Aku berazam tidak ingin mengulangi kesalahan yang aku lakukan. Aku ingin berubah dan menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat.

* * *

Aku percaya bahawa jika kita mahukan sesuatu, pasti ada jalan untuk mendapatkannya. Berkat pertolongan daripada Allah, aku berjaya mengecapi impianku. Aku telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Ireland untuk mengkhusus dalam bidang perubatan. Aku ingin menjadi seorang ortopedik. Aku suka belajar tentang tulang-tulang dalam badan manusia. Aku ingin menolong sesiapa yang mempunyai kecederaan berkaitan dengan tulang. Itulah minatku sekarang. Aku akan pastikan aku berjaya dalam apa jua yang aku inginkan. Doa dan usaha merupakan elemen paling penting sekiranya kita ingin berjaya. Aku sedar aku perlu mengekalkan sikap yang optimis supaya aku akan sentiasa senang dan gembira. Walau apapun yang berlaku dalam hidupku pada masa hadapan, aku akan pastikan aku dapat melaluinya dengan penuh kesabaran. Aku juga percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya, kesungguhuhan seseorang itu melambangkan kekuatan yang ada dalam diri mereka.




This entry was posted on 10:03 PTG and is filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: