Penjejak Misteri: Ibrahim
8:36 PTG | Author: Idris Bin Saleh
Penjejak Misteri

Getaran jam randik menggegarkan aku yang sedang mati seketika. Lantas, aku menunaikan kewajipan aku di subuh hari. Jarum jam tepat berada di angka 6. Aroma teh di pagi hari menaikkan selera aku. Huh…inilah aku, seorang lelaki yang tinggal berseorangan di apartment yang murah. Tingkah lakuku di setiap pagi hari bagaikan robot yang sudah diprogram. Bilakah baru aku dapat melepaskan diriku dari kitaran hidupku yang membosankan ini? Tiap kali memikirkannya, aku menjadi bingung. Tiba-tiba kedengaran pula ketukan di luar pintuku. “Maaf, saya tak langgan surat khabar.” Kataku sambil membuka pintu. “ Encik Ibrahim, bolehkah anda ikut saya ke Balai Polis sekarang juga” kata seorang lelaki bermisai yang beruniform biru itu. Eh? Aku ada buat salah ke?

*************************

Pukul 7 pagi. Seorang lelaki ditemui terbaring di dapurnya. Mangsa dijangkakan telah mati selama 7 jam. Inspektor Hadi meneliti daun pintu rumah banglo berwarna coklat itu. Dia tidak mendapati apa-apa kesan kerosakan pada daun pintu. Tingkap ruang tamu it pula telah dipecahkan dengan impak yang kuat dari luar. Barang yang hilang adalah sebuah jam tangan rolex berwarna emas dan juga dompet si mati. Kesemua perkara ini dicatat dalam buku notanya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang pegawai polis. “Inspektor, kami telah menjumpai kertas ini dalam poket si mati. Kad nama seorang penyiasat persendirian” Nama Ibrahim bin Khalid jelas tertera di muka kad tersebut. “Hmm….Nampaknya buat pada masa ini Encik Ibrahim inilah merupakan petunjuk kita yang utama”. “Adakah Inspektor menafikan bahawa si mati telah dirompak secara rambang dan telah dibunuh ketika bergelut dengan si mati?” “Ya, itulah pendapat saya. Beberapa titisan darah telah dijumpai di tepi sinki. Jika anda lihat dengan teliti, juga terdapat sedikit cebisan kaca dan juga serbuk yang berwarna hitam di sekitar dapur. Ini berkemungkinan besar bahawa mangsa sedang mengambil serbuk kopi dari dapur dan ditikam dari belakang. Ketika pergelutan itu berlaku, bekas serbuk kopi itu telah dipecahkan dengan tidak sengaja oleh mangsa. Setelah si mati rebah ke lantai, pembunuh itu telah cuba membersihkan dapur ini, kemudian dia meninggalkan tempat kejadian secara tergesa-gesa setelah memecahkan tingkap tersebut dari luar” balas ku dengan yakin. “ Bagaimana tuan begitu pasti bahawa tingkap ini hanya dipecahkan supaya kes ini dilihat sebagai kes perompakan?” “Rushdi, tidakkah anda berasa janggal setelah melihat serpihan kaca di dalam rumah ini besar-besar belaka? Seolah-olah pembunuh itu tidak memijak serpihan-serpihan kaca ini ketika melompat masuk? Semua ini seolah-olah menunjukkan si mangsa kenal akan pembunuh tersebut. Bagaikan ada udang di sebalik batu jika difikirkan dengan teliti, baiklah jom ikut saya melawat encik penyiasat persendirian kita ini.”

************************

Innalillah…. “Anda kenal si mangsa?” “Ya” jawabku. “Dia merupakan client tetap saya. Pada minggu lepas, dia telah meminta saya menyiasat sebuah syarikat. Dikhuatirinya, syarikat itu telah menggelapkan wang dengan menggunakan namanya. Akan tetapi hasil siasatan saya tidak membuahkan sebarang hasil.” “Hmmm..nah, basahkanlah tekak kamu itu dengan air kosong ini. Saya harap awak dapat menenangkan diri awak” “ Terima kasih” jawabku. Aku tidak teragak-agak meneguk air itu. Aku cuma tidak tersangka bahawa Azroy telah meninggal dunia. Baru minggu lepas aku bersua dengannya. Berbual dengan gembira. Betullah kata-kata ustaz aku di Sekolah Al-Amin dahulu. “Ingat Ibrahim, maut tidak kenal sesiapa. Izrail akan mencabut nyawa sesiapa sahaja pada bila-bila masa.” Bayangan lelaki berjanggut dan berkopiah putih itu jelas dalam ingatanku. Tidak mengapa, aku tidak akan sia-siakan kematian Roy. Pembunuh itu akan kucari mahupun ke lubang cacing!

“Ok…Encik Ibrahim, anda boleh beredar sekarang. Terima kasih atas kerjasama yang telah anda berikan.” “Tidak mengapa, itu merupakan amanah saya.”balas ku kepada Inspektor Hadi. “Kami akan menyiasat kes ini dengan sedaya-upaya kami.” Ketika itu, aku tahu bahawa aku tidak boleh membazirkan masa lagi. Aku terus menuju ke rumahku. Siasatanku akan kumulakan sekarang!

Syarikat Kejora. Ditubuhkan pada 5 tahun yang lepas. 2015, Azroy Azman telah memegang jawatan sebagai Lebaga Pengarah setelah kematian bapanya, Azman Ali akibat sakit tua. Setelah dua tahun mengendalikan perniagaan Syarikat Kejora, pada tahun ini Azroy telah meninggalkan syarikatnya secara mengejut. Roy, mengapa kau berbuat sedemikian? Bukankah kau berbangga dengan Syarikat yang telah bapa kau usahakan dengan bermandikan peluh ini? Hmmm….pasti ada yang tidak kena dalam pada masa itu. Pada 2 Januari 2017 pula, Azroy telah megupah Ibrahim Khalid untuk menyiasat syarikatnya. Siasatan itu ternyata tidak membuahkan sebarang hasil. 8 Januari 2017, Azroy telah ditemui mati di rumahnya. 2 tembakan di bahagian abdomen dan satu tembakan di bahu kanannya. Setakat ini, polis masih tidak mengenepikan kemungkinan kes itu sebagai kes rompakan secara rambang. Hmmm..Persoalannya, adakah pembunuhan Roy berkait dengan isu Syarikat Kejora? Nampaknya misteri kali ini agak rumit. Terpaksalah aku pergi ke Syarikat Kejora selepas ini. Triit..Triit.. “Helo” “Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Encik Ibrahim?” “Waalaikumussalam, boleh saya tahu dengan siapa saya sedang bercakap?” “ Saya adalah peguam Encik Azroy. Bolehkah anda berjumpa dengan saya buat sementara? Saya mempunyai hal yang penting berkenaan kematian Encik Azroy”. Pada saat itu, aku terus bergegas keluar dari rumah ku dan menuju ke pejabat Wisma Keadilan.


“Ya Encik, apa yang saya boleh bantu?” “Saya mahu berjumpa dengan Cik Rafidah, dia baru sahaja membuat appointment dengan saya pagi ini” “Sila tunggu sebentar.” Selepas beberapa minit, datangnya seorang wanita bertudung putih dan berbaju hitam sambil memegang sebuah fail menghampiri aku. Aku bangun lalu berkata “ Rasanya awak inilah cik Rafidah kan?” “Tepat sekali, sebenarnya tujuan saya menjemput awak ke sini kerana tragedi yang menimpa Encik Azroy 2 hari yang lalu. Saya mempunyai sedikit maklumat untuk membantu siasatan encik” “Teruskan” jawabku dengan penuh minat. “Ini merupakan penyata kewangan Syarikat Kejora pada 3 tahun lepas. Bandingkan ketiga-tiga ini dengan penyata bank Syarikat Kejora” kata Rafidah sambil memberikan aku penyata tersebut. “Yang ini pula pada 2 tahun lepas dan akhir sekali pada tahun 2017” “Maaf, saya tak begitu arif tentang hal-hal sebegini, bolehkah saudari terangkan kepada saya dengan lebih terperinci?” Rafidah pun menjawab “ Ketiga-tiga penyata ini menunjukkan bahawa kedudukan kewangan Syarikat Kejora adalah kukuh. Akan tetapi, terdapat beberapa duit yang hilang begitu sahaja. Sila lihat kiraan yang telah Encik Azroy lakukan sehari sebelum kematiannya. Duit yang hilang itu sudah mencecah hampir sepuluh ribu ringgit sejak kematian bapanya. Encik boleh lihat bahawa kebanyakan duit yang hilang dalam setiap urusniaga hanya dalam lingkungan 200-300 ringgit apabila transaksi ke dalam bank dilakukan. Tetapi bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit” kata Rafidah dengan bernada tegas “ Kalau begitu, hanya ada satu sahaja cara untuk menyelesaikan teka-teki ini. Kita harus pergi ke Bank Muamalat sekarang juga. Segala transaksi Syarikat Kejora boleh dilihat dengan lebih terperinci di sana”

Didalam perjalanan, Rafidah menyemak semula fail yang telah diberikan kepadanya oleh Azroy pada minggu lepas.Dia tidak menyangkakan bahawa clientnya itu telah dibunuh.Walaubagaimanapun, Rafidah telah diyakinkan oleh Azroy bahawa Ibrahim pasti dapat membantu menyelesaikan kes ini. Seperti apa yang awak katakan Roy, dia memang seorang yang teliti dan pantas ketika membuat keputusan.. “Cik Rafidah” “Ya?” “ Cik pernah dengar tak tentang perkataan money trail?” “Pernah, tetapi saya tidak beberapa faham dengan konsepnya.”jawab ku. “Begini, setiap kali adanya transaksi, pemindahan atau keluar masuk amaun di dalam setiap akaun, ianya pasti akan memberi kesan yang terbalik kepada akaun yang lagi satu itu. Katakan penggelap itu telah mengambil sejumlah wang dari setiap urusniaga Syarikat Kejora, amaun itu pastinya akan dipecah-pecahkan ke akaun-akaun yang berbeza. Salah satu akaun yang dipindahkan itu adalah milik Roy. Oleh kerana itu lah Roy meminta saya menyiasat akan hal ini. Malangnya, petunjuk yang saya dapati semuanya tidak jelas dan akhirnya apa yang saya temui adalah jalan buntu” jelas Ibrahim kepadanya. Gaya lelaki itu yang seolah-olah lenggang terbukti hanya menipu mata-mata kasar yang melihat diri nya dari luar. Di dalam mindanya, persoalan-persoalan yang difikirkannya diselesaikan olehnya dengan rumit. “Ah! Kalau dikatakan bahawa akaun encik Azroy itu juga digunakan dalam muslihat ini, bagaimana pula penjenayah kita akan mengambil semula wang tersebut?” soal Rafidah kepada Ibrahim. “Menurut penaakulanku, pada malam itu Azroy cuba menghidangkan minuman kepada tetamunya, akan tetapi telah diacu oleh sebuah pistol dan diugut untuk memberikan akaun tersebut. Malangnya sikap Azroy yang tidak mudah mengalah telah menghancurkan muslihat penjenayah tersebut sama sekali. Baiklah, jom kita lihat petunjuk kita yang seterusnya.” Kata lelaki yang berkaca mata ini dengan penuh keyakinan.Mereka pun memasuki bank tersebut.

“Sila ambil nombor giliran” “Maaf, saya di sini bukannya untuk transaksi wang akaun saya. Saya Ibrahim Khalid, penyiasat peribadi dan ini rakan saya, Cik Rafidah Bahar. Kami di sini untuk menyiasat sebuah akaun yang berada di bawah pengurusan bank ini.” “Sekejap ya, saya akan panggil majikan saya untuk berurusan dengan kamu berdua.” Huuh….harap-harap kali ini segalanya akan menjadi lancar. “Assalamualaikum!” “Waalaikumussalam! Adakah awak pebgurus bank ini?” kata ku kepada lelaki yang memberi salam tersebut. “Ya, nama saya adalah Fadzil Mohd Raj dan awak ialah….” “Ibrahim Khalid penyiasat persendirian dan ini pula peguam Syarikat Seroja, Rafidah Bahar. Tujuan kami ke sini adalah untuk menyiasat tentang akaun Encik Azroy.” “Boleh, tetapi adakah anda membawa sebarang bukti bahawa anda telah diamanahkan olehnya?” Lantas, Rafidah memberikan dokumen-dokumen yang dibawanya kepada Fadzil. “Baiklah, mari ikut saya. Saya agak terkejut apabila mengetahui Encik Azroy telah meninggal dunia. 2 hari sebelum kematiannya, dia memberitahu kepada saya akan ada dua rakannya menyiasat akaun miliknya. Ketika dia menemui saya, mukanya kelihatan agak risau. Tekanan kerja agaknya.Baiklah, jika dilihat disini, akaun Encik Azroy ini telah dimasukkan dengan sejumlah wang yang agak banyak. Tetapi, di sini adanya satu…” belum sempat Fadzil menerangkan kepada kami, sedas tembakan kearahnya telah dilepaskan. Lantas, merah berkesimbah di lantai itu diikuti keluhan seorang lelaki yang tidak bersalah.


“Jangan bergerak! Ini sebuah rompakan!” jerkah seorang lelaki yang bertubuh sasa. Dua rakannya pun masuk dan mengacu senapang AK-47 kearah khlayak ramai. “Kau! Yang pakai cermin mata dan kulit sawa matang itu! Mari sini!” Arggh! Jari telunjuknya tepat menghala kearah ku. “Ambil tali ini! Ikat semua orang didalam bank ini! Kalau kau cuba bermain helah, perempuan ini yang jadi mangsanya nanti!” Allahuakbar! Apa yang aku harus buat sekarang? Fadzil telah rebah di lantai. Rafidah dan yang lain pula jadi tebusan. Apa patut aku buat?

“Bagus, bagus. Ikat sampai habis” “Bos, data tentang ‘itu’ sudah dipadam.” “Lagi bagus. Bos kita sudah tentu akan puas hati dengan berita ini. Sekarang, tibalah masanya untuk meletak titik penamat ke dalam scenario ini. Encik Ibrahim. Awak ini terlalu menyibuk. Kalau awak biarkan perkara ini dengan begitu sahaja, awak pasti tidak akan menyesal sebagaimana awak sedang menyesal sekarang” “Kau kenal aku?”kataku kepada lelaki bertubuh sasa tersebut “Aku cuma diberi arahan. Jangan salahkan aku. Ini semua adalah akibat perbuatan kau sendiri. Selamat tinggal” Pistol yang dipegangnya pun diacukan kearahku. Tanpa ragu-ragu, aku terus menepis tangannya dan membuat kunci lengan ke atas lelaki tersebut. Lehernya terus aku tetak dengan tangan kanan ku sambil itu pehanya disapu dengan kakiku. Lelaki bertubuh sasai itu terus jatuh rebah. Lalu ku jadikannya sebagai perisai aku. Mereka terus mengacu kedua-dua senapang kearah ku lalu melepaskan berdas-das tembakan. Ya Allah! Adakah mereka sanggup membunuh rakan mereka demi wang semata-mata? Tanpa berlengah-lengah, aku terus mencampakkan ‘perisai’ aku itu ke arah mereka dan terus membuka langkah. “Mana kau nak lari!” kata lelaki yang bertopeng badut itu. Rakannya pula terus mengheret Rafidah lalu mengugut untuk menembaknya. “Kalau kau masih berdegil lagi, rakan kau ini akan mati! Baik kau keluar sekarang! Satu….Dua….Ti…AAAAAAAAAAAAA!” Rafidah memijak kaki lelaki itu dengan tumit tingginya lalu dia terus melutut bahagian kelangkang lelaki tersebut. Bagaikan pokok yang ditebang, lelaki itu terus rebah ke tanah sambil mengerang kesakitan. “Berani kau buat camtu kat kawan aku! “ lelaki bertopeng badut itu pun menghalakan senapangnya kearah Rafidah. Malang baginya, senapang tersebut tidak berfungsi lalu meletup. Tangannya hampir hancur akibat letupan tersebut. Ketika itulah, aku terus menerkam ke arahnya lalu menjamu buku limaku tepat pada dagunya.

“Awak ok?” “Ya..Alhamdulillah.” “Tak takut ke tadi bila diorang tembak awak dengan senapang itu?” “Takut juga, tapi macam orang kata apabila di ambang maut Allah akan tolong hambanya yang memohon pertolongan kepadanya. Awak pun apa kurangnya. Bukan main berani awak bantai lelaki itu. Walaubagaimanapun, Allah telah selamatkan kita. Kalau senapang itu tak meletup, kita berdua sudah menjadi allahyarham.” “Kamu berdua ok?” sampuk Inspektor Hadi. “Kami sihat wal-afiat. Bagaimana dengan saspek kita?” balas Ibrahim kepada Hadi. “Seorang ditembak sebanyak 10 das tembakan dan mati tepat di tempat kejadian. Seorang lagi pengsan akibat kesakitan yang amat manakala yang lagi satu itu pula koma akibat letupan senapangnya dan juga rahangya telah retak. Kejadian pada hari ini telah mengubah persepsi saya terhadap kes kematian encik Azroy. Ini sebahagian dari nasihat saya. Ibrahim, lebih baik awak jauhkan diri dari kes ini. Pihak saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan kes ini.” Pesan Hadi kepada Ibrahim. Ibrahim terkaku buat sementara. Dia berasa bingung dan tidak tahu apa yang boleh dilakukan olehnya lagi. Data-data tentang akaun Roy telah dimusnahkan. Salah satu petunjuk dalam menyelesaikan misteri ini telah hilang. Rafidah juga berasa terkejut akibat kematian seorang lelaki yang tidak bersalah. Walaubagaimanapun, aku tetap takkan menyerah. Penyiasatan ini masih belum berakhir..

***********************

Sudah hampir seminggu sejak kematian Azroy. Aku masih berasa bingung. Mengapakah semua perkara ini terjadi? Rompakan Bank Muamalat pada tempoh hari masih segar di ingatanku. Aku dan Rafidah hamper menjadi mangsa di dalam insiden tersebut. Mengapakah perompak-perompak tersebut memusnahkan data-data akaun Roy? Mengapa aku perlu dibunuh? Siapakah dalang di sebalik kesemua ini? ARGGGHH! Makin lama makin naik panas kepala aku memikirkannya. Daripada memikirkan persoalan-persoalan ini yang masih tidak terjawab ini, lebih baik aku meninjau semula Syarikat Kejora. Sesiapa yang mendapat untung dari kejadian ini boleh dikategorikan sebagai saspek aku.

Keesokan harinya, aku terus bergegas ke Syarikat Kejora. Aku harap Rafidah pada hari ini dapat membantuku untuk menyiasat lagi tentang kematian Roy. Seketika aku disitu, aku telah disambut oleh seorang lelaki. “Encik Ibrahim, saya Rayyan Azman. Adik kepada Azroy. Saya banyak dengar tentang cerita tentang saudara dari abang saya. Masuklah ke pejabat saya.” Aku terus masuk ke pejabatnya tanpa segan silu. “Ini adalah abang kembar saya, Sirul Azman.” “Apa khabar?” “Baik, terima kasih atas layanan kamu yang baik ini. Apa yang kamu berdua mahu bincangkan bersama saya?” soalku kepada kedua-duanya. “Begini, penyiasatan kamu telah sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Syarikat kami. Kejadian di Bank Muamalat pada hari itu telah menyebabkan kami kehilangan beberapa kontrak. Jadi kami berharap encik..” “Batalkan penyiasatan saya? Adakah itu yang kamu mahukan?” “Ya” Sampuk Sirul dengan nada yang sinis. "Beginilah, apa kata awak biarkan sahaja kes ini disiasat oleh pihak polis. Lagipun, kematian Azroy tidak akan mempengaruhi perniagaan ini" kata Sirul kepada ku sambil bermuka selamba. Aku pun mula menggenggam tangan ku. “Tentulah. Apabila Azroy mati, segala harta dan wasiatnya akan jatuh ke tangan kamu berdua.Walaupun kamu mempunyai talian persaudaraan yang rapat, kamu tetap cinta akan duit dan pangkat di dunia ini melebihi dari segalanya.Oleh itu aku faham. Duit betul-betul telah mengaburi mata kamu sehingga kamu tidak kenal saudara kandungmu sendiri. Kamu tidak ubah seperti binatang!!!” jerkahku dengan hati yang membara. “Encik Ibrahim, jangan sampai saya paksa security iring awak keluar dari bangunan ini!”balas Rayyan kepadaku. Sambil bangkit dari kerusiku, aku pun berkata “Aku tidak akan biarkan kematian Roy menjadi sia-sia. Dendam ini pasti akanku balas!!! Penjenayah tersebut akan ku bawa ke muka pengadilan!!!!” lalu aku keluar dari bangunan tersebut dengan segera.

Pukul 8 malam. Triiit…triit. Telefon bimbitku menerima sebuah pesanan ringkas.

Encik Ibrahim, saya rasa kita perlu berbincang atas kejadian yang berlaku pada pagi tadi. Saya minta maaf atas permintaan saya yang melampau. Jumpalah saya di parking lot Syarikat Seroja dalam masa 30 minit lagi.

-Rayyan

Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, aku terus memandu Proton Personaku. Setibanya di sana, aku berasa ada sesuatu yang tidak kena. Kelihatan sorang lelaki sedang terlantar. Allahuakbar! Rayyan! Baru sahaja aku mahu memeriksa keadaannya, sebuah sapu tangan diletakkan di batang hidungku. Aku cuba melepaskan diriku, akan tetapi bau klorofom yang terlekat pada sapu tangan itu telah memengsankan aku. Kegelapan lalu menguasai ruang....

********************

Huuaaaa… Mengantuknya aku. Eh? Dimanakah aku? Apakah benda di tangan aku ini? Pistol? Alamak! Rayyan! Ditepiku kelihatan sebujur mayat terlantang. Darah kelihatan dari dada kirinya. Tidak silap lagi. Rayyan sudah meninggal dunia. Dan aku lah suspek utamanya. Aku cuba melarikan diri, akan tetapi kedengaran bunyi tapak kasut berladam menghampiriku. “Berhenti! Jangan bergerak! Letakkan senjata anda dimana saya boleh lihat dengan jelas!” Aku terus membekukan diriku. Pistol ditanganku pun dilepaskan dengan serta-merta. “Sepak pistol itu ke sini.” Aku pun menyepak pistol itu sekuat-kuatnya lalu terkena muka polis itu. Tangan kiriku menggapai pistol nya lalu aku benamkan sikuku tepat pada hidungnya. Setelah dia rebah ke tanah, aku terus memandu keretanya keluar dari Syarikat Keroja. Nampaknya aku baru sahaja menyenaraikan diri aku di dalam saspek pembunuhan Rayyan. Bagaimana aku mahu buktikan bahawa aku tidak bersalah! Ya Allah! Bantulah hambamu ini.

Tok tok… “Tunggu sebentar! I’m coming!” daun pintu rumah semi-d itu pun dibuka. Kelihatan Ibrahim berdiri di hadapan itu sambil tersengih-sengih.“Apa khabar Waja?” “Ibrahim? Asal kau datang lak time malam bebuta camni. Dah nak pukul 11 dah.” Kata lelaki yang mukanya seakan-akan kacukan Melayu kepada Ibrahim “Aku dalam sedikit masalah ini. Boleh tolong tak?” balas Ibrahim kepada rakannya itu. “Apa-apa lah. Masuk la, kalau tak demam nanti”

*******

“Apa! Kau disyaki telah membunuh orang!” “Ya, dan kalau aku tidak cepat dalam menyelesaikan kes ini, nayalah aku jawabnya.” Balas Ibrahim kepada Waja dengan muka yang selamba. “Ok, sekarang apa yang kau nak aku buat?” “3 tahun lepas kau telah ditangkap cuba untuk mencerobohi sistem firewall Balai Polis Negara. Oleh itu, aku perlukan kepakaran kau dalam bidang menggodam untuk mencari bukti di Syarikat Keroja. Sistem firewall syarikat itu sangatlah rumit.” Soal Ibrahim kepada ku. “Tentulah, aku yang cadangkan kepada Roy supaya syarikatnya dilindungi oleh sistem sebegitu.” “Maksud kau, kau tahu akan kelemahan sistem Syarikat Kejora?” “Tepat sekali, sekarang aku sedang cuba untuk membuat brute force system attack terhadap firewall tersebut. Serangan dari pelbagai arah akan melumpuhkan system tersebut lalu terdedah dari segi keselamatannya. Segala data-data yang ada di dalam syarikat tersebut akan menjadi milik kita.” “Bagus, sekarang aku mahu kau pergi ke bahagian keselamatan. Perhatikan video pada pukul 9 malam. CCTV tersebut berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.” “Hmh. Itu lah mangsa kau. Dia sedang menunggu siapa?” “Aku” jawab Ibrahim. “Nampaknya Rayyan telah bertemu dengan pembunuh kita. Mereka seolah-olah sedang berbual tentang sesuatu" Kemudian, bunyi tembakan kedengaran. Lalu Rayyan rebah ke atas lantai." Tapi dari sudut ini, kita tak dapat mengecam muka penjenayah itu.” Kata Waja setelah memerhantina video itu bersama rakannya. “Tidak mengapa, ini pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa pembunuh yang sebenar masih bebas. Walaubagaimanapun, cara kau ini hanya merosakkan data-data syarikat itu. Bagaimana kau dapat mengambil data-data mereka?” tanya Ibrahim kepada Waja. “ Begini, di dalam komputer aku, adanya undelete software. Perisian ini membolehkan aku menghidupkan semula data-data yang telah dicoret oleh virus aku dengan mudah. Lagi selamat dengan menggunakan cara ini dari mengguna spyware. Mereka akan sangka virus ini hanya merebak secara tidak sengaja dan tidak mengesyaki bahawa data-data mereka telah dirompak oleh kita.” Katanya dengan yakin. “Terima kasih atas bantuan kau. Alhamdulillah aku dapat jumpa kau pada waktu malam buta seperti ini.” balas Ibrahim kepadanya. “Tidurlah, kau tentu sudah penat dengan apa yang telah kau hadapi pada hari ini. Jikalau bukan kau yang sanggup menghulurkan tangan ketika aku di dalam tahanan, aku mungkin tiada di atas kerusi ini. Anggap sajalah ini takdir Allah kepada kita..” mereka berdua pun mula tersengih lalu ketawa terbahak-bahak. Teringatkan kehidupan ketika mereka bersekolah di waktu dahulu. Naif, nakal dan terlalu riang. Pendidikan agama telah guru-guru kami cuba sebatikan ke dalam diri kami pada waktu itu. Apabila teringatkan takdir, Ibrahim dan Waja pasti teringatkan kelas agama kami setiap hari Isnin.

Tok tok... kedengaran bunyi ketukan pintu. “Coming!” ketika Waja mahu membuka pintu, terdapat bunyi sesuatu yang pelik. Bunyi seperti tolakan peluru ke dalam sebuah senapang . Lalu, dalam sekelip mata, Ibrahim terus menariknya keluar dari lingkungan pembukaan daun pintu tersebut. BLAM! Daun pintu tersebut hancur luluh bagaikan dirempuh oleh meriam. “Waja, larikan diri cepat! Biar aku selesaikan hal ini!” jerit Ibrahim kepadaku. Aku terus menggapai kunci kereta Ibrahim di atas meja komputerku lalu membuka langkah seribu ke arah pintu belakang.

Kelihatan seorang lelaki botak beralis putih memakai cermin mata hitam muncul dari layangan serpihan-serpihan daun pinyu tersebut. Lalu dia memasuki rumah Waja. Ibrahim dengan tangkasnya telah menghayunkan salah satu serpihan daun pintu yang bersepai tadi tepat pada tangannya. Lelaki albino tersebut melepaskan senapang ditangannya . Senapang patah tersebut terjatuh di atas sofa. Lantas, hayunan Ibrahim dari kiri tepat pada muka si albino. Malangnya, Ibrahim pula yang mengerang kesakitan. Tengkorak si albino itu keras bagaikan besi rupanya. Dia pun menghayunkan tapak kasutnya tepat pada ulu hati Ibrahim. Ibrahim pun terjatuh ke atas lantai sambil menahan kesakitan yang dialaminya. Si albino lantas menggapai senapangnya. Muncung senapang itu dihalakan tepat pada dahi Ibrahim. Tiba-tiba, bunyi enjin Proton Persona menggegarkan ruang tamu tersebut. Lampu neon tepat memancar kearah mata si albino. Dinding ruang tersebut pun berkecai lalu kereta hitam itu terus menyondol si Albino. Ibrahim sempat berguling ke arah kiri. Si albino pun terpelanting dan jatuh rebah di lantai. “Cepat naik! Kita harus tinggalkan tempat ini secepat mungkin!” jerit Waja. Ibrahim tidak teragak-agak untuk memasuki keretanya itu. Mereka pun beredar dari situ.


“Aduuh…Kemana pula kita ini?” tanyaku kepada Waja. “Kita akan bersembunyi di tempat yang selamat buat sementara. Jangan bimbang, sebelum kita beredar aku telah mengisikan pendrive aku ini dengan data-data syarikat tersebut. Menggunakan PDA aku, dapat dilihat bahawa Sirul Azman telah mendapat kenaikan harga syer sebanyak 30 % sejak kematian Roy dan Rayyan.” “Perkara ini sudah ku agak. Nampaknya Encik Sirul kita ini mempunyai banyak perkara yang perlu dijawab. Kita tiada masa lagi. Oleh kerana lagi sejam lagi subuh nak masuk, ayuh kita singgah di masjid yang terdekat”






Pada pukul 5, kereta berwana hitam dapat dilihat berhenti di sebuah masjid. Persoalan timbul di hati Waja dan Ibrahim. Mengapakah manusia pada zaman sekarang lebih suka bermalam di stadium bolasepak, pusat membeli-belah, disko dan sebagainya. Dimanakah terletaknya masjid di dalam hati mereka? Keadaan ini membawa mereka berdua kembali ke zaman lampau mereka. Dimana mereka dipaksa untuk bermalam di sekolah mereka dan menunaikan qiamullail sebelum masuknya azan subuh. Akhirnya, mereka mula terasa adanya satu perasaan timbul di hati mereka. Perasaan yang aneh. Perasaan yang hanya boleh dirasai apabila ibadah dilakukan dengan hati yang tenang dan khusyu’. Setelah bergemanya laungan azan di kala subuh. Kedua-dua mereka pun memasuki saf untuk menunaikan kewajipan setiap muslim. Ketika mereka di sekolah, Memasuki saf hadapan adalah sangat sukar kerana berebut-rebut dengan para pelajar yang lain ketika mereka di sekolah dahulu. Kini, hampir setiap masjid yang mereka pergi hanyalah kosong di waktu pagi seperti di hari ini. Lantas, Imam mengangkat takbir, kedua-dua wira kita terus melupakan segala-galanya yang telah mereka lalui pada hari ini dan kedua-dua tangan mereka diangkat lalu pandangan kepalanya direndahkan tanda akur pada tuhan mereka sebagai hambaNya.

Kelihatan seorang polis memasuki pintu Hospital Ampang Puteri. Kerisauan jelas terpapar di mukanya. Dia terus memasuki lif dan menuju ke tingkat 3. “Ibrahim, aku tidak percaya awak boleh membunuh seorang lelaki. Adakah semua ini benar?” soal Hadi kepada dirinya sendiri. Lif pun terbuka. Sejurus keluar dari lif, Hadi pun disapa oleh seorang yang bermata sepet dan memakai vest . “ Jarang saya nampak awak melawat orang bawahan awak.” Kata lelaki tersebut. “Encik Muhammad Roslan, saya hanya melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya. Berdosalah saya jika saya tidak mengambil berat dan melindungi orang bawahan dari saya. Itu sahaja. Saya pergi dahulu.” Hadi terus beredar lalu meninggalkan lelaki itu berseorangan. “Tidak mengapa, walaupun awak dan Rushdi tidak mahu memberikan maklumat kepada saya, saya tetap akan dapat maklumat tentang pembunuhan Encik Azroy dan adiknya Rayyan. Maklumlah, saya inikan wartawan!” kata Muhammad dengan suara yang lantang. Hadi tidak mempedulikannya lalu memasuki ke bilik 504.
"Apa khabar?" tegur seorang doktor kepada Hadi. "Nama saya Zufar Aleiff. Saya adalah doktor bertugas pada hari ini. Kalau tidak silap saya awak adalah Inspektor Hadi bukan? Bagaimana dengan kaki awak?" tanya doktor tersebut kepada Hadi. Hadi menjawab " Khabar baik. Saya hanya berada di sini untuk melawat Rushdi, anak buah saya. Walaubagaimanapun, terima kasih atas rawatan yang telah awak berikan kepada saya tahun lepas" " Inspektor, jangan berasa bimbang. Encik Rushdi hanya telah dipengsankan dengan menggunaan hentakan yang kuat pada lehernya. Setelah diteliti, tiada apa-apa kecederaan yang kami dapati" "Alhamdulillah..." jawab Hadi. "Kalau begitu doktor, saya mahu berjumpa dengannya buat sementara" "Dipersilakan. Dia sudah sedar dari tadi." kata Zufar kepadanya

Inspektor memasuki ke dalam bilikku. Mukanya agak risau. Dia pun terus duduk di kerusi yang disediakan untuk para pelawat. Tiba-tiba Inspektor melontarkan soalan kepadaku “Pegawai kedua Rushdi, benarkah Ibrahim Khalid telah dijumpai memegang senjata pembunuhan di tempat letak kereta?” Aku mengangguk. “Adakah dia berada berdekatan dengan si mangsa ketika itu?” Jawapanku masih sama. Kali ini, aku pula memberi soalan. “Akan tetapi, Ibrahim hanya memengsankan saya dan mencuri kereta saya lalu beredar. Mengapa dia tidak membunuh saya pada waktu itu? Saya adalah satu-satunya saksi yang melihat dia memegang senjata pembunuhan dan berada di mangsa!” Inspektor berdiri dari kerusinya lalu berkata “ Tiga perkataan sahaja. Dia bukan pembunuh” Lalu, Inspektor beredar dari bilikku sambil tersenyum. Mungkin betul apa yang dikatakan olehnhya. Tidak mungkin seorang pembunuh yang baru sahaja membunuh melepaskan seorang saksi yang dapat mengaitkan dirinya ke dalam kejdian tersebut. Ya Allah, aku harap gerak hati Inspektor Hadi tentang perkara ini tepat. Tunjukkanlah kepada kami Ya Allah, siapakah pembunuh yang sebenar. Sesungguhnya kaulah Yang Maha Adil dan Yang Maha Berkuasa.

**********

“Kita di mana sekarang? soal Waja kepada Ibrahim.
“ Rumah Azroy. Aku sekarang mahu mencari sebarang bukti yang dapat mengaitkan Sirul dengan kematian kedua-dua adik-beradiknya.” jawab Ibrahim. Mereka pun memasuki rumah tersebut. Kelihatan pelekat-pelekat tertulis DILARANG MASUK terlekat di sekitar banglo dua tingkat tersebut. Kedua-dua lelaki tersebut masuk dengan berhati-hati. Kesan lukisan di mana kelihatannya mayat Azroy disaksikan oleh Ibrahim dengan sepenuh perhatian. Di dalam mindanya, terbayang Azroy bergelut dengan pembunuh tersebut. Dia cuba merampas pistol milik pembunuh tersebut dengan sedaya-upaya. Akhirnya sedas tembakan dilepaskan ke arah bahu Azroy. Kemudian dua das lagi tepat mengenai perutnya. Akhirnya dia pun terlantar di atas lantai dapurnya. “Eh, tunggu sekejap. Jika Azroy ditembak dari hadapan, sudah pasti dia akan jatuh terlantar. Mengapakah dia dijumpai secara terbaring? Adakah…” Ibrahim terus membuka pintu kabinet dapur yang terletak di bawah sinki. Tiada apa-apa yang dijumpainya. Gerak hati Ibrahim menyuruhnya mengambil cecair luminol yang dimilikinya lalu diletakkan di bahagian dalam kabinet tersebut. “Waja, tutup lampu “ arah Ibrahim kepada rakannya itu. Waja terus menutup lampu di dapur. Kelihatan cecair yang berwarna di dinding tersebut. “S.A! Nampaknya tekaan kita tepat sekali.” Kata Ibrahim. “Ya, betul. Akulah yang telah membunuh Roy, pengurus bank itu dan Rayyan.” Sampuk seorang lelaki. Tangannya memegang sebuah pistol. “Kalaulah awak tidak menyibuk, semuanya tidak akan menjadi serumit ini.” Kata Sirul. Waja dan Ibrahim menjeling ke arah satu sama lain. “Kau selalu lindungi aku Ibrahim, kini tibalah giliran aku pula.” Waja terus berteriak lalu melompat ke arah Sirul. Dua das tembakan tepat mengenai dada Waja. Ibrahim seolah-olah tidak percaya akan apa yang terjadi. Dalam sekelip mata, Ibrahim terus menerkam ke arah Sirul. Pergelutan terus berlaku. Ibrahim menjamu lawannya itu dengan buku limanya. Akan tetapi, Sirul tidak mengalah. Dia menerajang Ibrahim tepat pada rusuknya. Ibrahim pun terpelanting ke belakang. Sirul terus bangkit lalu mengacu senapangnya. Pada ketika itu, memori-memori zaman silam Ibrahim kembali pada mindanya. Zaman kanak-kanaknya. Zaman remajanya. Rakan-rakannya yang telah meninngal dunia dan yang masih hidup. Semuanya terbayang di matanya. Kedengaran bunyi tembakan peluru di ruang udara. Lalu burung-burung berterbangan. Jeritan batin seorang lelaki kedengaran di setiap pelusuk……

*********




“Apa khabar? Saya adalah Muhammad Khalit dan anda sedang menonton Berita Utama. Pada dua hari lepas, polis telah berjaya menumpaskan seorang pembunuh di sebuah banglo dua tingkat. Dalam kejadian itu itu, Sirul Azman, 24 dikatakan sedang mengacu sebuah pistol ke arah seorang lelaki. Inspektor Hadi mengatakan bahawa saspek disyaki terlibat dengan kematian Azroy Aman, Rayyan Azman dan juga Fadzil Mohd Raj. Saspek juga dipercayai telah melepaskan dua das tembakan terhadap salah seorang saksi kami di dalam rumah tersebut. Alhamdulillah, saksi yang telah ditembak tersebut tidak mengalami cedera parah. Kedua-dua saksi terselamat dalam kejadian tersebut. Sirul Azman juga dikatakan telah menggelapkan sejumlah wang syarikat miliknya. Baiklah, kita teruskan dengan Berita Sukan.


*TAMAT*
This entry was posted on 8:36 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: